Saturday, September 29, 2007

Kenali Diri Melalui Rambut Oleh Dr. Fadhilah Kamsah

Bismillah...

RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
RAMBUT KERENTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.
RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripadamasalah.
RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambilhati seseorang.
RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....usahakasik kusut rambut korang....)
RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
TIADA RAMBUT
(Botak) ..kesian
RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahuahua

Wednesday, September 26, 2007

Jangan Pandang Belakang - Edisi Proton

Anda mampu mengubahnya

Monday, September 24, 2007

Songkok

Bismillah...

Hari ni, kita sembang pasal songkok.
Suatu ketika dahulu, di sebuah kelas, di sebuah sekolah. Mata pelajaran Agama Islam sedang berlangsung. Kelas tingkatan 1 atau 2.

Ustazah : Bila masuk tandas, kita kena tutup kepala, samada kain tuala, atau songkok.

Pelajar : Songkok? Bukan ke songkok tu digunakan untuk sembahyang. Tak boleh la bawa masuk tandas.

Ustazah : Boleh. Kalau songkok tak boleh bawa masuk tandas, bagaimana dengan baju yang kamu pakai?

Pelajar : ooo.. boleh ye?...

Faham? Tak faham ye? Sama la... tadi, masa tarawikh, aku tak pakai songkok.. kekeke



Sunday, September 23, 2007

Cukupkah Rehat?

Bismillah..
Hari ni, aku tak ada apa-apa program luar. Bahkan, kerja freelance pun aku tak layan hari ni. Maka aku hanya duduk di rumah sambil layan internet. Boring layan internet, aku layan tv. Boring layan tv, aku layan tidur. wah.. syok giler.
Lepas tarawikh aku ronda-ronda ke Kesang. On the way nak balik, aku lalu kawasan yang gelap gelita. Tiba-tiba aku teringat cerita Jangan Pandang Belakang. Adegan pelakon tu bawak kereta kat kawasan gelap. Aiseyyy.................... seram la pulakkkk :)

Saturday, September 22, 2007

Ramadhan 10

Bismillah...

Hari ni, sudah 10 Ramadhan. Alhamdulillah, 10 hari juga aku berpuasa, tapi 9 hari tarawikh.. :)
Hari ni, kami sekeluarga berbuka di Hotel Impian, Jasin. Saja-saja je berbuka di luar.

Setelah review prestasi syarikat, aku dapati ianya mengalami kemerosotan sejak 2 bulan ni. Sales aku agak teruk di samping kos yang meningkat.. hmmmmm

Apa tindakan selanjutnya. Nantilah.. kena buat mesyuarat ahli lembaga pengarah.. ehehe
**update**
Aku sedang mencari maklumat tentang UNITY BAND. Siapa ada maklumat tentangnya?

Wednesday, September 19, 2007

Keadaan Di Bulan Ramadhan (suatu hakikat atau alasan?)

Bismillah...
Hari ni aku mengantuk sangat. Asyik rasa nak terlelap je. Sudahnya, masa memandu tadi, aku terlelap juga. Entah apesal ntah. Nasib baik aku tak sondol motor depan tadi....
Aduhai...
Masa tarawikh pun tersenggut-senggut. Tapi bila balik rumah OK la pulak...
Aduhai...

Tuesday, September 18, 2007

Tag Ini

Bismillah...

Puan Norashburn (click) telah tag aku. 8 Fakta tengtang diri saya. Tag ini telahpun dibuat bulan lepas. Puan boleh rujuk di sini (click)

Sunday, September 16, 2007

Peristiwa Hari Ini

16 September 1983
Ketika subuh hari Jumaat, ayahanda kembali kerahmatullah. Keesokannya adalah hari raya aidiladha. Semoga rohnya dicucuri rahmat
amin

Saturday, September 15, 2007

Rahsia Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahiran Islam

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.
RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga.
JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.

Friday, September 14, 2007

Ulangtahun

Bismillah

Wednesday, September 12, 2007

Gambar Di Akhbar

Ini entry kedua hari ini. Aku sebenarnya tertarik dengan gambar di muka depan akhbar Berita Harian Hari ini. Tak tau kenapa...

Tapi aku memang suka!!






2

Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU RAHMAT KEPADA KITA SEMUA. SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA PEMURAH.
........................
Diam tak diam, Ramadhan kembali lagi. Rasanya baru semalam kita semua melaungkan takbir raya, esok dah puasa semula. Apa benarkah masa mempermainkan kita? Walau apa pun, kita harus bersyukur dengan pemberian tuhan ini. Kita masih dipilih untuk menjalani ibadah ini lagi. Tahun depan, wallahualam

Sunday, September 09, 2007

Update

Bismillah...
Sebenarnya, tak ada apa yang hendak dituliskan di sini. Beberapa hari ni, aku sibuk dengan design swimming cap.
Tadi, merayau ke Masjid Tanah. Mencari satu syarikat yang bakal aku hadiri esok. Untuk dapatkan projek design. Alahmadullah. Dah jumpa dah. Makanya, besok petang boleh terus pergi. Tak payah nak terjengah-jengah lagi, kan?
So, itu sahaja...

5

Wednesday, September 05, 2007

Warkah Untuk CM

Assalamualaikum
Kehadapan CM yang dikasihi. Terlebih dahulu, saya memohon maaf sekiranya warkah ini mengganggu rutin harian CM yang sangat sibuk. Saya faham, jawatan yang CM sandang amat berat demi memelihara kepentingan rakyat jelata. Di samping itu, tugas-tugas parti juga perlu diuruskan. Oleh yang demikian, warkah ini tidaklah terlalu panjang, dan diharap CM dapat meluangkan masa untuk membacanya.
Saya sekadar ingin meminta jasa baik CM supaya menangani isu babi yang hangat diperkatakan kini. Amatlah memalukan kami umat Melayu di bumi sekecil ini mempunyai ladang babi yang terbesar di Asia Tenggara. Apatah lagi, ladang haram itu letaknya diperkampungan yang rata-ratanya beragama Islam. Ketika diwawancara, CM wajah CM 'agak serba-salah'. Saya berharap agar CM atau mana-mana pegawai tidak melindungi kegiatan ini demi mengisi kantong sendiri.
Memang benar, isunya bukan soal kaum dan agama, tapi soal alam sekitar. Tapi sedikit sebanyak, terpalit juga kesucian agama dan maruah bangsa kami.
Sebagai rakyat, saya berbangga bumi sekecil ini bakal mempunyai sebuah kompleks bowling yang terbesar di negara ini. Namun, rekod itu tidak mampu menandingi ladang babi itu. TERBESAR DI ASIA TENGGARA????
Kami mohon CM menyelesaikan isu ini. Umat Melayu kini dilenyek-lenyek bagai mentimun dek sang durian. Mana kuasa umat bangsa Melayu? Di mana perginya slogan cintai alam sekitar?
Jika CM tinggal di situ, mampukan CM menghidu bau babi itu sepanjang masa? MAMPUKAH?
Tepuk dada, tanyalah selera. Itupun jika berselera la. Saya tengok dalam tv pun dah jijik....
Yang Benar
Rakyat Bumi CM
10

Monday, September 03, 2007

Penjelasan

Bismillah..
Sekali lagi entry aku telah disalahertikan. Kali ni berkaitan dengan entry Perkara Yang Lima. Lima perkara yang sedang dilakukan, salah satunya adalah mencari idea untuk design kad jemputan. Beberapa panggilan dan SMS yang diterima bertanyakan tarikh aku bakal menjadi suami orang. hehehehe...
Terpaksalah diperjelaskan...
'Kad Jemputan' yang dimaksudkan adalah kad jemputan untuk annual dinner sebuah syarikat. Mereka meminta aku merekabentuk kad tersebut. Konsep kad adalah sesuatu yang akan disimpan oleh penerimanya. Maksudnya bukan semata-mata 'kad'. So, aku terfikir untuk buat konsep CD, kotak, paper bag dan juga botol. Tengah design konsep. Belum buat prototaip pun lagi. Tu la yang dimaksudkan 'mencari idea untuk design kad jemputan'.
Kad jemputan dari aku? ehehehe.. tanya bakal isteri aku lah!.. hahahaha
11

Sunday, September 02, 2007

September - Muncul Kembali

Bismillah...
Kini September muncul kembali. Giliran aku pula untuk countdown menambah usia. Usia makin tua. Mata makin rabun, sendi dah sakit-sakit, uban dah makin banyak.. huhuhuhuhu... alam barzakh menggamit.
Usia sekadar angka? Betul ke? Jika ianya sekadar angka, mengapa tarikh mati makin hampir?
By the way, lets count!!

12

Saturday, September 01, 2007

Tag Lagi - Perkara Yang Lima

Bismillah...

Dapat assignment tag lagi dari purpleheart

5 benda dalam bag
- Organiser/Business card holder
- Alatulis
- Buku cek
- Cop syarikat
- Kunci

5 benda dalam wallet
- Kad (ATM, kad kredit, kad Mesra, Bonuslink) - I/C & lesen tak der dalam ni
- Duit kertas. Duit syiling tak der
- Kalender poket
- Nota kecil
- Habuk

5 benda feveret dalam bilik
- Katil
- Bantal
- Toto
- Buku
- Perfume

5 perkara yang nak dilakukan
- CEO syarikat sendiri
- Jadi hamba Allah yang taat
- Nak convert orang jadi muslim
- Jadi orang yang rajin
- Jadi suami orang.. ehemmm!!

5 perkara yg sedang dilakukan
- Update blog
- Lompat blog orang
- Dok cari idea nak buat design kad jemputan
- Surfing internet le
- Berangan :)

nak tag siapa
- Mereka dan keluarga mereka