Sunday, July 29, 2007

Hari Japerun Merlimau

Bismillah...
Tamat sudah kemeriahan Hari Japerun Merlimau yang diadakan selama 3 hari bermula dari hari Jumaat hari tu.
Macam-macam aktiviti dilakukan. Kali ni, aku tumpang gerai peladang. Maka, ada kakitangan mereka yang tolong jagakan produk aku. Selain produk aku, ada juga produk lain seperti dodol, tepung dan baja. Itu semua adalah produk usahawan peladang kawasan Merlimau Aku tidak tumpu sangat pada gerai. Aku lebih seronok ke hulu-ke hilir sambil sembang-sembang dengan peserta. Sekadar tambah rangkaian. Sebagai usahawan, rangkaian sangat penting. Di samping itu, ambil beberapa gambar sebagai kenangan.
Walaupun letih, namun aku puas hati. Banyak yang aku perolehi. Walaupun aku tidak sepanjang masa berada di tapak ekspo, tapi aku telah gunakan masa sepenuhnya ketika berada di sana.

Jom layan gambar :)

Wednesday, July 25, 2007

Guru dan Pelajar

Bismillah
Sekarang adalah musim guru dan para pelajarnya. Musim bumbung bocor dah habis dah. Jadinya, saban hari, kita akan didendangkan dengan cerita-cerita pasal guru tampar murid, guru rendam murid dan tak kurang juga murid saman guru.
Beberapa hari lepas, ada yang berpendapat, pelajar sekarang lembik dan manja. Tapi bagi aku, mereka bukan lembik. Tapi mereka degil. Kepala batu. Kurang ajar. Tak der sebab mereka tu lembik. Kalau lembik, dia org tak aggresif. Tengking sikit dah nangis, balik mengadu kat mak bapak. Mak bapak pujuk, bagi cokelat. Diam la. Baru la lembik dan manja.
Dalam kes-kes kebelakangan ni, aku akan berpihak kepada guru-guru tu. Setakat ni, aku rasa, guru-guru tu tak der la bertindak di luar batasan pun. Takat rendam si pengotor dalam kolam kotor, memang patut pun. Pengotor mesti duduk kat tempat kotor. Salahkah guru mengajar sebegitu rupa?
Aku percaya, anak-anak akan mengadu kepada ibubapanya tentang kejadian di sekolah dengan menyatakan yang dia adalah mangsa. Takkan ada anak yang menceritakan yang dia buat salah kat sekolah. Yang mak bapak ni pulak percaya bulat-bulat. Dia tak tau, yang dia dah kena kencing dengan anak sendiri. Tanpa usul periksa, terus serang guru. Buat laporan polis, lapor kat TV3. Sudahnya, cikgu yang jadi mangsa.
Budak-budak zaman sekarang, semuanya tak boleh ditegur. Bila guru tegur sikit, mula la buat macam-macam. Sakit hati guru tu dibuatnya. Guru pun manusia juga. Ada had kesabaran.
Tapi apakan daya, lebih baik makan hati dari jentik anak orang.
Tak pe la cikgu... Ada hikmah disebaliknya.

Monday, July 23, 2007

Bagai

(Kesinambungan dari entry Rindu (Entry Berunsur Jiwang Karat Barat))

Original nukilan:
Maliha ANoushka Radzwil Ross
TM NS@berSAMA-MASA
Diulangcetak secara lanun oleh : ezadahmad@mencaridamaiabadi


Entah kenapa...
ye.. kenapa entah..
Kapan bila tidak ku ketahui
aku tak tahu nak beli kain kapan kat mana
Ada kelainan dijiwa ini..
jiwaku lain, jiwamu lain
Disanubari ini
jiwa dan sanubari lain ke sama?
Bagai ada yang tak kena..
memang ada yang tak berapa kena
Tak keruan berkecamuk didalam dada
dadaku berkecamuk tak keruan
Entah kenapa
ye.. kenapa entah
Kapan bukan sehari dua
Kapan dah beli dua tiga hari lepas
Munkin juga telah berminggu
Tak sampai seminggu, baru 2-3 hari je
Resah, gelisah terus melanda
gelisah melanda resah terus
Jiwa kacau, perasaan bergelora
jiwa bergelora, perasaan kacau
Bagai bulan tiada berbintang
walau berbulan, tak semestinya berbintang
Bagai siang tiada cahaya
siang tiada cahaya, tandanya gerhana
Bagai computer tidak berfungsi
Upgrade la hardisk
Bagai nasi tiada lauknya
nasi tanpa laukpun sedap juga
Bagai begitu
begitu bagai
Bagai begini....
begini bagai
Jatuh cintakah aku??
tidak, aku tidak jatuh cinta,

cumanya....

Credit card center dah 3-4 kali call
Aku tak bayar card kredit la... dah masuk 4 bulan ni...
aduhai... rindunya dia kat duit aku...

muahahahahaha

Saturday, July 21, 2007

Rindu (Entry Berunsur Jiwang Karat Barat)

Bismillah...

Dua-tiga hari ni (ke minggu?) aku rasa lain macam la. Tak keruan. Apesal entah. Rindu pada alam ke? Alahai.................

See, aku tak pandai tulis bab jiwang.. hahahaha

Friday, July 20, 2007

Aku Penat Dan Letih

Bismillah..
Sekarang ni, macam-macam nakkena buat. Buat design, jual barang, buat promotion. Alahai.. letihnya.
Aku nak rehat. Ingat nak gi melancong la.. hahahaha
Tengah sengkek, lagi nak melancong.. kui..kui..kui.......
Angan-angan je...
Badan dan minda aku keletihan.
Ooo... gi spa pun best ni.. kekekeke..
Adoi.. letihnya

Wednesday, July 18, 2007

Dapat Tawaran

Bismillah...
Hari ni, aku dapat tawaran untuk buka gerai kat Hari Japerun Merlimau. Alhamdulillah. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, Hari Japerun Merlimau akan diadakan pada 27-29hb Julai ni nanti.
Oleh itu, orang-orang Melaka, jom hebohkan Merlimau pula. Dapatkan produk-produk Dr Azimuth.
......................................
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga 6 anggota tentera udara yang maut dalam nahas pesawat nuri. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan. Kepada roh mereka, supaya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan umat yang beriman.
amin

Saturday, July 14, 2007

Lagi Teruk

Bismillah...
Satu lagi keputusan diterima. 5-0. Lebih teruk dari keputusan yang lepas. Syabas sang harimau, kerana mengekalkan rekod tanpa memang di kandang sendiri. Lupakan sahaja perlawanan yang berikutnya. Pasti kalah lagi. Dan pasti tiada siapa yang akan menonton. Tak perlu kerah kudrat lagi. Pulanglah ke kampung. Main sahaja bersama budak-budak kampung kalian. Tanpa jersi, tanpa but dan tanpa media yang akan memerhatikan kalian bermain.
Bapak-bapak yang di dalam persatuan tu, bawa-bawa la cari benda lain nak buat. Tak perlu la ke pejabat persatuan. Kerana, kalian sendiri tak reti buat kerja tu. Setakat beri alasan, budak tak pergi sekolah pun boleh buat.
Rakyat terus menerima aib. Dari tengok sang harimau main, lebih baik bawa MU datang sini hari tu. Negara membazir tak tentu pasal. Bayar gaji, bayar elaun, buat projek macam-macam.. hasilnya entah ke mana.
Lepas ni rasanya tak perlu la dok berebut nak jadi tuan rumah acara sukan tu. Buat malu kaum je. Tak pe la, main kat tempat orang. Kalau kalah pun, tak der la malu sangat. Tapi kalau kejohanan tu jauh-jauh sangat tak payah la pergi. Buang duit rakyat je. Setakat main nak timba pengalaman, tak perlu la pergi jauh-jauh.
Bila nak maju ni???

Wednesday, July 11, 2007

Antara Dua Darjat

5 - 1
hahahahahahaha...
aku gelak sebab aku kecewa, bukan gembira.
Kalau lawan team budak sekolah pun belum tentu boleh menang.
Nak bubarkan persatuan ke? Rasanya elok juga. Buat perhabiskan duit rakyat aje. Bangunan persatuan tu jual aje la. Duit tu, buat sekolah ke, buat asrama ke. Tapi jangan buat stadium. Atau nak suruh pihak-pihak atasan tu resign? Bagus juga resign. Gaji tu, pakai duit rakyat. Dari bayar mereka, baik bayar Indon mop lantai pejabat kerajaan. Fungsi mereka lebih baik dari pegawai-pegawai atasan persatuan tu.
Biarlah penyokong sokong team luar. Lagi bahagia rasanya. Nak pujuk rakyat sokong pasukan sendiri, untuk apa?
Sabarlah rakyat.

Tuesday, July 10, 2007

Lotih Den

Bismillah..
Bebebrapa hari ni, badan aku letih sesangat. Tak bermaya betul. Banyak benda nak kena buat ni..
Aduhai...

Saturday, July 07, 2007

Bismillah

07.07.07
Tiada catatan yang menarik. Sekadar hanya ingin mengingati tarikh ini. Pasti yang cuba mencatat sejarah pada tarikh sebegini, kan?

Friday, July 06, 2007

Bahana 'Seksi'

Petikan akhbar Harian Metro
IPOH: Seorang penyanyi wanita kelab malam mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menahannya kerana dikatakan berpakaian seksi dan menjolok mata di kelab itu di Sunway City, Tambun di sini, malam Selasa lalu. Penyanyi wanita itu, Siti Noor Idayu Abd Moin, 24, berkata insiden itu berlaku ketika dia mengadakan persembahan di Rum Jungle Club apabila sekumpulan anggota Jaip memasuki kelab terbabit dan menahannya kerana berpakaian mendedahkan aurat. Menurutnya, dia tidak merasa pakaian yang dipakainya iaitu berbaju tanpa lengan serta bahagian belakang separuh terdedah sebagai seksi atau menjolok mata kerana ia bersesuaian dengan dirinya sebagai penyanyi kelab malam. Katanya, berpakaian sebegitu juga sesuai dengan keadaan dan suasana di situ
“Saya terkejut apabila dikatakan pakaian yang saya pakai seksi dan menjolok mata. “Saya hanya berpakaian mengikut keadaan dan bersesuaian sebagai penyanyi kelab malam,” katanya di sini, semalam. Siti Noor Idayu berkata, dia sudah menyanyi di kelab itu sejak tiga tahun lalu dan sebelum ini dia tidak menghadapi sebarang masalah sebegitu. Katanya, dia juga terkejut apabila anggota Jaip yang menjalankan siasatan merakamkan gambarnya dengan begitu banyak. Katanya, selepas operasi itu dia terus dibawa ke pejabat Jaip untuk soal siasat.
“Apabila saya tanya apa kesalahan saya, pegawai itu menjawab pakaian saya mendedahkan aurat serta seksi dan mengenai rakaman gambar, saya dimaklumkan ia adalah satu prosedur dalam siasatan,” katanya. Siti Noor Idayu dibawa ke pejabat Jaip bersama empat lagi anggota kumpulan muzik kelab itu bagi membantu siasatan. Berhubung kesalahan itu, Siti Noor Idayu dikenakan jaminan bon RM1,000 dengan seorang penjamin dan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Perak, Ipoh, 6 Ogos depan. Siti Noor Idayu berkata, dia akan hadir ke mahkamah bagi perbicaraan itu. Menurutnya, dia bersedia menghadapi dakwaan yang dikenakan ke atas dirinya. Sementara itu, Pengurusnya, K Selvaraj berkata, dia akan mendapatkan khidmat peguam bagi mempertahankan hak Siti Noor Idayu dan juga reputasi kumpulan muzik berkenaan. Katanya, tindakan itu bagi memastikan kerjaya seni Siti Noor Idayu dan kumpulan muzik itu tidak terjejas. “Mereka hanya menyanyi di kelab untuk menyara hidup dan keluarga. Tidak semua berkaitan diri mereka negatif,” katanya.
........................
Satu lagi ciri-ciri umat Melayu (Islam) yang tolol dengan pegangan agamanya.

Thursday, July 05, 2007

Jawab Tagg

Bismillah
Baru-baru ni, aku telah di-tagged oleh mamabear. Mengenai Transformers. Sebuah filem yang sedang hangat di pawagam ketika ini.
Suatu ketika dulu, cerita animasi Transformers begitu popular di kalangan budak-budak. Masa tu, aku masih sekolah rendah lagi. Namun, terus terang cakap la, ketika itu, aku tak erminat dengan kartun-kartun yang sebegini. Ketika budak-budak, aku lebih meminati kartun-kartun yang kelakar. Kartun yang kalau kena tembak, muka dia rentung, tapi mata berkelip, ketuk kepala sampai terbenam dalam tanah, jatuh gaung pun terbenam gak, kalau berlari, boleh tembus ke dinding... Banyak, kan cerita macam tu? Aku lupa lak tajuk-tajuk kartun tu. Maklum la, dah lama dah. Sekarang ni, jarang tengok tv.
Berbalik kepada cerita Transformers ni. Ketika di tahun 5 atau 6, di sekolah rendah, aku mempunyai dua orang kawan yang meminati cerita robot-robot ni, Mohd Nizam dan Zulhelmi. Sehinggakan mereka mampu melukis karektor-karektor robot mereka sendiri. Dengan menggunakan buku tulis, mereka melukis karektor robot masing-masing dan berlawan dengan karektor robot rakan. Contohnya, Si Nizam akan lukis robot dia, kemudian lawan dengan robot Zulhelmi. Dalam komik Nizam, dia adalah robot baik dan menentang robot Zulhelmi yang sungguh jahat. Tapi kalau baca komik Zulhelmi, robot dia la yang baik dan akan menang ketika menentang robot Nizam yang zalim. begitu la kisahnya...
Di samping itu, peralatan sekolah juga banyak dicetak dengan karektor-karektor robot ini. Bukan Transformers aje. Tapi ada juga karektor-karektor lain macam Tunder Cats. Mesti ramai yang ingat pasal "pencil case 2 tingkat". Pencil case sebegini popular masa aku sekolah dulu. Banyak tercetak karektor-karektor kartun, kan?
Walau apapun, aku kurang menonton cerita-cerita sebegini :) Maka, tiadalah karektor yang diminati atau dikagumi.
Errr.. boleh ke jawab tag macam ni? hehehehe
.........................
Kepada purpleheart, tag awak lom buat, nak cari gambar masa zaman budak-budak ni. Album dalam kotak.. hehehehe

Tuesday, July 03, 2007

Mari Makan Buah - Edisi Batuk Menggila

Bismillah..

Aku batuk. Tahap TB
Sakit tol dada aku nih. Adoii.. bahana buah rambutan la ni

Sunday, July 01, 2007

Mari Makan Buah

Bismillah
Hari ini, aku paparkan gambar buah-buahan. Actually, buah-buahan tu belum dirasmikan lagi, sebab masih peringkat awal. Baru nak masak. Tapi, walaupun baru peringkat awal, aku dah kena batuk dan sakit tekak sebab melantak rambutan. Durian aku tak makan. Tak best

So ini untuk tatapan umum sahaja. Tiada urusan jualbeli melalui blog untuk produk buah-buahan ini. Harap maklum





Buah Durian di atas mesin parut kelapa

Rambutan merah di atas pokok


Rambutan kuning juga di atas pokok (buah paling best)