Friday, October 31, 2008

Harga Minyak Turun Lagi

Alhamdulillah...
Turun lagi 15 sen. Walaupun turun, hakikatnya, dunia dilanda kemelesetan ekonomi. Masa untuk berjimat cermat.
Aku sebenarnya kesibukan sejak kebelakangan ni. Design set bilik tidur untuk pameran di Jerman masih lagi tak approved. COO dah reject design kami hari Selasa hari tu, maka terpaksalah memikirkan design baru.
Adoi ai..
Mintak idea sikit, boleh ke?

Monday, October 27, 2008

Edisi Khas Walimatul Urus - Episod 2

Bismillah

Ahamdulillah... Majlis telah selamat disempurnakan.

Jumaat - 24102008
Aku telah sempurnakan peranan sebagai wali adik aku. Mula-mula rasa cuak jugalah, sehingga terfikir juga untuk melantik wali hakim. Tapi memandangkan keluarga aku tak besar mana, maka aku harus ambil peluang ini. Makanya dengan kekuatan yang ada, aku nikahkan sendiri adik aku tu. Pada lafaz pertama, pengantin lelaki terkucil, tapi lafaz kedua selamat. :)

Sabtu - 25102008
Majlis persandingan. Kerja-kerja memunggah barang-barang memasak sehinggalah kerja-kerja menghidang. Memang best. ahaha... lepas tu aku bersiap-siap nak sambut tetamu. Sessi salam-kaut bermula jam 11 pagi. Masyuk.. boleh buat rumah batu nih.. ahaha..

Ahad - 26102008
Majlis persandingan di rumah lelaki. Kami bertolak jam 12, sampai di Palong Timur lebih kurang jam 1.30 petang. Meriah juga lah... :)


Selamat Pengantin Baru


Sunday, October 19, 2008

Edisi Khas Walilmatul Urus - Episod 1

Bismillah..

Ketika ini kami sekeluarga sibuk untuk persiapan majlis perkahwinan adinda aku, yang akan berlangsung Sabtu ini. Antara perkara yang telah diselesaikan adalah pengedaran kad jemputan, pasang khemah, beli barang-barang masakan, ambil pekakas memasak dan pinggan mangkuk dari masjid, pasang khemah dan yang terbaru adalah tambak tanah depan.

Makanya, buat masa ini rumah kami tunggang terbalik.. :)









Kepada yang ada kelapangan, dijemput hadir.

Monday, October 13, 2008

Sari Berita Penting - Edisi Melaka

Bismillah...
Politik
Keinginan Ketua Menteri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dilihat sebagai tidak kena masa. Beliau yang baru sepenggal memegang jawatan Naib Presiden sebenarnya masih junior jika dibandingkan dengan Muhyiddin. Jika kalah (sudah pasti kalah), beliau mungkin hanya akan menjadi ahli majlis tertinggi, lebih rendah dari jawatannya sekarang (itupun jika dilantik - sudah semestinya dilantik sebab semua pengerusi perhubungan akan dilantik ke MT). Maka bukankah ini menyebabkan beliau kerugian? Muhyiddin dilihat calon sesuai untuk jawatan Timbalan Presiden yang akan berganding dengan Najib.
Hiburan
Datuk Sharukh Khan? Apa kejadahnya? Tak der sebab dia perlu diberi pingat itu. Setakat berlakon sekejap dibeberapa kawasan di Melaka ni, apa la sangat. Tolong betulkan fakta aku ni. Dia sekadar berlakon, sudah pastilah pemilihan lokasi bergantung kepada kehendak pengarah atau penerbit. Dan kalau diikutkan, pengarah/penerbit filem tu la yang patut dpt pingat (tu pun kalau kemaruk sangat filem hindustan la). Banyak lagi artis yang layak diberi anugerah. Kenapa dia?
Ekonomi
Minyak nak turun lagi?
ekekekeke...............

Thursday, October 09, 2008

Edisi Mengadu - Duka Lara

Bismillah...
Sejak kebelakangan ni, perkhidmatan streamyx makin teruk. Punya payah nak sambung, bila dah dapat sambung, 5 minit lepas tu putus. Hari tu aku dah call tm, dan seperti biasa kaedahnya adalah shut down pc, off modem, off suis, kemudian tunggu sehingga 15 saat, kemudian try sambung semula. Memang la boleh, tapinya sekejap je la. Kemudian buat hal balik.
Hal ini menyebabkan aku makin berasap. Dah la call tm tu, kena dengar iklan yang entah apa-apa. Tak ada kaitan langsung dengan hidup aku.
Sudahnya, tadi aku call tm lagi. Aku tanya kenapa streamyx ni makin teruk. Kali ni, dia suruh aku set up gateway. Tapi lepas set up tadi, sangkut gak 2-3 kali. Lepas ni tak tau la. Kalau ada masalah gak... hmmm
tukar operator laaa....


..................

Nota untuk Pak Lah
Hak tuan utk buat keputusan. Kami menyanjung tinggi budimu tuan. Walaupun kebanyakan rakyat dari bangsamu sendiri yang menolak kepimpinan tuan, kami percaya, tuan adalah pemimpin berjiwa besar. Sanggup berundur demi negara. Tak seperti seorang dua umat manusia (dari bangsa tuan sendiri), majoriti dari kami tak pilih dia pun tapi dok sibuk canang dia bakal pemimpin kami. Tak boleh ikut lubang depan, dia ikut lubang belakang...
Terima kasih Dato' Seri. Jasamu tetap dikenang
Ok... mari fikirkan tema baru untuk blog ini.... Mac tahun depan, blog ini genap berusia 4 tahun.. :), insyaallah

Sunday, October 05, 2008

Telah Tamat Hari Raya - Kembali Bekerja

Bismillah...
Setelah bercuti sakan sempena hari raya Aidilfitri, maka esok adalah hari untuk kembali bekerja. Melalui rutin seperti biasa. Aku percaya, ramai akan mula bekerja esok.
Makanya,

SELAMAT BEKERJA SEMULA

Friday, October 03, 2008

Tag - Edisi Aidilfitri

Bismillah..

Tek dari cik Famia. Kaedah mendajalkan kawan-kawan di hari raya.

1. The age you'll be on your next birthday:
Next?... 33 la

2. Place you want to travel to:
Tempat yang banyak gunung-ganang

3. Your favorite place:
Bilik tidur

4. Your favorite food:
Pedas

5. Your favorite pet:
Kucing

6. Favorite color combination:
Terang-gelap

7. Favorite piece of clothing:
Kain pelekat lalalala.. kain pelekat lalalalala

8. Your all time favorite song:
err.. kain pelekat lalalala..kain pelekat lalalala

9. Favorite TV show:
discovery channel... wahhh!! melampauuu.. muahahaha

10. First name of your significant other/crush:
errr.... apa ek?

11. Which town do you live in:
Jasin

12. Your screen name/nickname:
Ezadahmad

13. Your first job:
Masa belajar dulu, aku pernah kerja parttime kat toy r us kat kl tu, tp 3 hari je la. lepas tamat belajar aku kerja tetap sebagai pelukis pelan

14. Your dream job:
CEO.. ehehe

15. One bad habit that you have:
kencing berdiri

16. Worst fear:
Petir

17: Things you'd like to do before you die:
Memberatkan dacing sebelah kanan

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:
Ni duit mana? US ke, Indonesia ke? Malaysia ke?? Kalau RM aku ingat pusing 1 dunia, pas tu buat rumah besar2, beli tanah beli rumah, pas tu aku sewakan.. ahahaha

19. Your husband/wife:
Apa?