Friday, May 30, 2008

Gangguan Teksual

Bismillah

Hari ni terima kiriman dari cik FAMIA. Buku Gangguan Teksual yang aku langgan secara online
Perkara pertama yang aku buat selepas membuka sampul surat itu adalah meneliti gambar lipas tersebut. Tapi aku dapati tiada apa-apa yang menarik pun tentang gambar lipas itu.

Wahai cik FAMIA, apa yang menarik tentang lipas itu?

Moralnya
Mari baca buku

Monday, May 26, 2008

2 Benda

Bismillah
Beberapa hari yang lalu, ketika aku sedang memandu ke pejabat. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman..
.. dumm!!
aku toleh side mirror sebelah kiri..
- burung
Beberapa hari selepas kejadian...
Aku sedang memandu pulang ke rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi...
... kelepek!!
tahi burung.. betul2 atas cermin depan aku
aik.. balas dendam ke???

Sunday, May 25, 2008

Tik-Tek

Alahai.. beratnya tek ni...
Been taggd by purpleheart....
Currently = ngadap PC, bukak pelbagai website.
Pending = bill streamyx.. ahaks
What's NEW = cermin mata
Real Name = Nama saya Rain Ezad
Nickname= Shah, Ezad, Angah, Rain
Married = Belum lagi
Male/Female = Lelaki suci
High school = STP
College = Cosmo
Are You A Healthy Freak? = Mungkin :D
Do You Have A Crush On Someone? = Ada kot :D
Current status = Encik la
Do You Like Yourself = Sukaaaaaaaa
First Surgery = Bersunat :D
Person You See In The Morning = Mak
Award = Tak der award pun
Sports You Join = teng-teng N/A
Vacation = Duduk di rumah, tidur sambil peluk bantal. waa.. nikmatnya hidup
Concert = N/A
I'm About To = kawin :D
Your future..
Want Kids = kena kawin dulu laaaa
Want To Get Married = Kawin & nikah sama ke beza? kekeke
Careers In Mind = CEO
Which is better?
Lips Or Eyes? = Mata
Hugs Or Kisses? = Kisessssss!!
Shorter Or Taller? = Tall laa.. macam era fazira.. ahahaha
Romantic Or Spontaneous? = spontaneous
Sensitive Or Loud? = Loud
Troublemaker Or Hesitant? = Troublemaker kottt
Have you ever.
Kissed A Stranger? = Ada, bantal.. ahahaha
Drank Bubbles = Apa ni? minum buih ke? ekekekeke
Lost Glasses / Contacts = Takat hilang tu tak der la, tapi terbakar ada la.. ahahaha
Ran Away From Home = Tak larat nak lari. Ada kereta, naik kereta la
Liked Someone Younger = Ada
Broke someone's heart = Ada kottt :D
Been arrested = Ditangkap, pernah.. menangkap pun pernah
Cried when someone died = Adaaa
Do you believe in..
Yourself = 90%
Miracles = Percaya gak
Magic = Pun percaya gak
Angels = Malaikat percaya la...
Answer truthfully..
Is There Someone You Want To Be With Right Now? = Ada :D
...................................
Hari ini, kami sekampung ke Kajang. Menghadiri majlis perkahwinan saudara kami. Lotih melayan.. aduhaiii
Moralnya,
Jangan makan banyak-banyak time kenduri.

Thursday, May 22, 2008

Arkib Seminggu

Bismillah

Seminggu aku tak update blog. Maka berikut adalah ulasan berita untuk minggu ini.


Mahathir & son, Keluar UMNO
Perkara ini aku dah agak dah. Sejarah membuktikan bahawa Mahathir senantiasa mahu berada di hadapan. Dia juga sentiasa beranggapan bahawa dia betul. Ketika zaman Tunku, kini zaman Abdullah, Mahathir senantiasa menjadi pengkritik. Ada saja perkara yang tidak betul pada orang lain. Namun, ketika dia memerintah, dia senantiasa berjaya menyumbat mulut pengkritik-pengkritiknya. Dia juga mendendangkan lagu-lagu setia kepada parti, individu tidak penting, yang penting parti. Juga lagu2 yang kerajaan buat keputusan secara kolektif, bukan keputusan PM, jgn lawan presiden supaya parti tak berpecah.... Melayu Mudah Lupa
Oh.. jangan cerita keburukan dalam negara kepada orang luar, nanti pelabur dan pelancong tak mau datang Malaysia... Melayu Mudah Lupa
Dulu dipecat dari UMNO, kali ini dia pula keluar UMNO. Dan beberapa tawaran dari pihak parti lawan agar Mahathir masuk parti mereka. Dulu, Mahathir ini lah Maha zalim, siapa sokong masuk neraka. Tapi hari ini, dia la mahkluk tuhan paling berkaliber...

Tun,
Terima kasih atas perjuananmu selama ini. Namun, perjuanganmu selama 22 tahun sebagai perdana menteri adalah sia-sia kerana pengganti yang kamu namakan itu tidak berkualiti, kata rakyatmu sendiri. Dan kamu cuba memperbetulkannya. Tapi ada harga yang perlu kamu bayar.

Aku,
mencari borang UMNO (walaupun tak bercadang untuk jadi ahli)

..........................................

MU vs Chelsea
Alaa............... MU menang nasib

..........................................

Jual Kain
Seorang rakan di KL buat promosi untuk barang-barang jualannya. Maka, sesiapa yang berminat untuk membeli kain tudung, kain ela, kain telekung, sila la luangkan masa untuk melayari fotopagesnya.

.........................................

Lempuan
Seorang rakan sekerja aku, seorang lelaki lembut. Bawa bedak ke office, isi dalam paper bag. Di kalangan kami yang gagah perkasa ni tegur agar dia ubah gaya. kami kata dia tu lelaki. Tapi dia kata bukan..
Dia lempuan....
Ada orang panggil dia abang dia marah, tapi kita orang panggil dia bapuk dia suka. Dia kata...
Dia memang bapuk....
Masa lunch, dia tak join kami. Sebaliknya dia join rakan2 perempuan. Bawa bekal dari rumah (masak sendiri, katanya), dan dihidangkan kepada rakan2 perempuan sahaja. Kami yang gagah perkasa, kena makan kat kafe. Bila dah habis makan, mereka akan bergosip. Cerita artis la, cerita masak memasak la.
Baru-baru ni, dia kena tegur sebab selalu gayut kat telefon. Sembang lama-lama dengan receptionist. Lepas tu, asal cakap je, mesti nak guna perkataan bodoh (macam kau tu pandai sangat)
..........................................
Moralnya,
Blog aku dah updated

Thursday, May 15, 2008

Barang Baru

Bismillah...

Hari ini aku menerima parcel dari kad Mesra. Aku buat redemption dengan Eastern Harmony Aromatherapy set. Boleh gak la release tension dengan muzik sambil menyalakan lilin.. :)
Harganya adalah RM4000.00 tau!!. 4000 points sebenarnya :)


Minggu lepas aku tempah cermin mata yang baru. So, hari ini dah siap. Tapinya, entah mana la aku letakkan resitnya tempoh hari. Power cermin mata aku dah meningkat kepada 250 untuk kedua-dua belah mata aku. So sekarang, penglihatan sudah semakin jelas. Boleh la tengok b etis amoi yang gebu dan licin itu


Maka dengan rasminya, tamatlah perkhidmatan cermin mata ini setelah 4 tahun berkhidmat. Huh! lamanya...


Moralnya:-

Simpan duit!

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

Bismillah...

Hari ini kami sekeluarga meraikan Hari Ibu untuk ibu kami.

Selamat Hari Ibu untuk Hajjah Haspah Bt Shabudin

Terima kasih atas pengorbananmu mendidik kami

Friday, May 09, 2008

Semalam dan Hari Ini

Bismillah...
Semalam, berlaku percanggahan pendapat aku dengan HOD. Ianya berpunca dari lukisan aku untuk assembly instruction. Pada aku, apa yang aku buat itu adalah betul, tapi tidak bagi pihak HOD. Sudahnya kedua-duanya bertegang urat, dan di akhir pertengkaran itu, aku telah merampas lukisan dari tangan HOD. Petang tu, aku balik awal.
Pagi tadi, seperti biasa, aku akan sampai office lebih kurang jam 7.40 pagi. Dan seperti biasa HOD dah memang sampai lebih dulu. Untuk sampai ke meja aku, aku mesti melalui meja HOD. Dia panggil aku ketika aku nak ke workstation aku. Tanpa meletak beg, aku terus menuju ke tempatnya.
Dia menunjukkan penilaian prestasi aku. Sebagai staff baru yang belum confirm, setiap 2 minggu, akan ada penilaian prestasi. Tapi penilaian itu sepatutnya tidak boleh dibincangkan sehingga tarikh confirmation. Tapi pagi tadi dia panggil aku untuk discuss mengenai prestasi aku. Dia kata kerja aku memang bagus. Sebab aku sendiri ada pengalaman dan aku mampu ajar orang lain buat kerja. Aku sendiri puas hati dengan markah yang diberikan. Tak der la tinggi sangat. Tapi boleh la. Then dia suruh aku teruskan cara kerja aku, cuma katanya cuba2 la bawa discuss elok2, ni asyik nak marah je. Dia tau la aku handal...
hahahaha
Aku mempunyai sikap yang sangat fokus dalam buat kerja. Dan aku terpaksa bersikap garang dan tegas lebih2 lagi dengan puak yang pandai berniaga ni. Jangan nak ambil kesempatan kat aku ok.. Akan ku ganyang cukup2 :) Dan sejak aku kerja dengan company2 puak yang satu ni, ramai kata aku garang, dan mereka takut dengan aku?
Takut?? hmmmmm
Moralnya
Make sure korang handal sebelum 'mengganyang' orang lain

Tuesday, May 06, 2008

Penggunaan Nama Allah

Bismillah
Ada pihak bukan Islam menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.
Dan mereka sedang berbicara di mahkamah. Kata mereka, Allah bukan hak eksklusif umat Islam. Selepas ini, jangan terkejut jikalau mereka juga hendak menggunakan perkataan-perkataan lain seperti assalamualaikum, insyaallah, alhamdulillah....
Kini apa yang tinggal untuk umat Islam? Semakin terhakis kekuatan agama suci ini.
Dunia akhir zaman bilamana semua orang menjadi kafir.
Moralnya,
Bersatulah! Buat apa yg disuruh, tinggalkan apa yg dilarang.

Sunday, May 04, 2008

Tempat Baru

Bismillah..
Cuti hujung minggu. Tiada apa yang menarik berlaku. Ke beberapa tempat atas urusan perniagaan. Di samping menyiapkan kerja-kerja pejabat.
Semalam, ada discussion dengan HOD. Berkaitan dengan design yang aku buat untuk annual report syarikat. CEO telah mereject semua design yang aku dan assistant HOD buat. Tapi dia respect sebab aku buat design guna photoshop. Assistant buat guna powerpoint je. So, CEO mahukan konsep yang berbeza. Dia nak aku create design yang ada unsur-unsur alam sekitar. Maknanya mesti ada pokok ke.. sungai ke. Lepas tu masukkan effect yang menarik.
Ceh!!!
So, korang ada gambar pokok-pokok yang manarik ke? Bagi la aku. Aku nak abadikan dalam majalah annual report kita orang.

Ha... ni tempat aku yang baru. Tempat yang menjadi rebutan designer lain. Belum dihias lagi. Barang-barang terus sumbat dalam drawer je. Maklum la kerja tengah banyak. Yang kat depan tu ada barang-barang yang masih belum diangkut keluar lagi. Banyak benda yang belum sempurna lagi. Tapi akan dilaksanakan peringkat demi peringkat sehingga pertengahan bulan ini. Fokus utama sekarang adalah menyiapkan library. Tempat yang kononnya akan memberi ketenangan kepada para designer.


CEO kata, department kami perlu environment yang manarik dan rileks. Sebab kami adalah barisan hadapan untuk company. Perlu memberi idea untuk mencipta produk-produk yang menarik juga. That's why la department kami sebelah bilik CEO!

Moralnya,
Jadilah seorang product designer yang kreatif :)

Thursday, May 01, 2008

Hari Pekerja

Bismillah
Hari ini adalah cuti umum. Walaupun bercuti, tapi aku masih bekerja menyiapkan tugasan pejabat. Aku mesti habiskan segala projek terbengkalai dia orang sebelum ni. Tinggal lagi 2 series tak siap lagi.
Semalam, department aku sudah pindah ke tingkat 3. Meja aku paling strategik. Terlindung seluruhnya dari pandangan orang, terutamanya boss aku. Meja tu sebenarnya menjadi rebutan designer lain. Tapi HOD dan assistantnya telah memberi meja tu untuk aku. hehehe.. Sebenarnya, awal-awal lagi assistant dah tanya aku kat mana nak duduk. Dah pakat awal-awal dah. Assistant ngan aku ngam.
Keseluruhanya belum set up habis lagi. Sebab library belum siap. Majalah dan buku-buku pun masih di tingkat 2. Mungkin besok bawa semua buku-buku tu ke tingkat 3. Mungkin mingggu depan, siap la kot library kita orang tu.
Moralnya:-
Jangan berebut dengan otai.. hehe