Friday, June 27, 2008

Demam

Bismillah...

2 hari aku demam. Tapi masih pergi kerja. Malas nak MC (takut jumpa doktor).
Tadi masa check email, ada email dari bekas bos aku. Bos tempat aku buat freelance dulu. Dia offer aku job baru.. ehehehe...
Sebelum ni, beberapa minggu lepas, kawan lama ajak aku kerja kat tpt dia. Kat KL sana tu. Aku hampir2 buat kepetusan untuk ke sana. Tapi fikir-fikir semula, rasanya baik aku duduk kampung aje.
Hari ini, delima lagi satu... nak join company tu balik ke tak ye...

hmmmmm

Moralnya
Kalau dah bagus tu, kerja mesti cari kita.. bukan kita cari kerja..

ahaks

Monday, June 23, 2008

Kecewa Lagi

Kecewa lagi?
hmmm...
Italy pulak bungkozz
-dah update-

Wednesday, June 18, 2008

5-S

Bismillah...

Hari ini, ada audit 5-S untuk department aku. Seperti yang telah berlaku saban tahun (juga dijangka), department aku bakal memperoleh markah tercorot. Ini disebabkan banyak perkara dalam 5-s itu tak dilaksanakan. Labeling tak tepat, susunan tak teratur, habuk dan sample-sample yang berterabur.

Kalau masih ingat, pada tahun 2006, masa tu aku bekerja di Bukit Rambai, 5-S department aku dapat markah tertinggi. Siap dapat hadiah lagi. Tapi kali ini, tercorot...

Sebenarnya, department kami masih belum sempurna sepenuhnya. Library yang dijangkan siap bulan lepas tergendala gara-gara banyak projek yang perlu dilaksanakan. Jadi library tu tertangguh. Walhal, kami dah plan majalah dan risalah hendak disusun dalam library tu. Tapi buat masa ni, semuanya masih dalam kotak. Sample-sample hendak diletak dalam cabinet berkaca, juga tak jadi lagi. So, sumbat dalam drawer je. Sudahnya, kami dapat markah kurang...

Itulah alasan aku ketika mengiringi pihak auditor... ahaks
Moralnya,
Jangan banyak bagi alasan :)

Thursday, June 12, 2008

Tek 7

Bismillah
Tek dari Purpleheart & Jentayutiara

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
* Teruna :)

* Lahir bulan Sept.. tahun 76
* Tak suka orang panggil Shah...

* Suka buat kerja sorang2
* Tak suka gie meeting

* Suka makan pedas2
* Diam

7 THINGS THAT SCARE ME:
* Tuhan

* Laju
* Makan ubat
* Kilat/ribut petir
* Memandu dalam hujan
* Kemalangan
* Harga minyak naik Jarum suntikan

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:
* Lagu Siti Nurhaliza

* Lagu Rock
* Lagu Nasyid
* Lagu Wings
* Lagu Search
* Lagu Dangdut
* Sorry... kurang arif tentang hiburan.. ahaks

7 THINGS I SAY THE MOST
* Tu la pasal
* Sebab?
* Ye la kot
* Apa diaaaa?
* Hek eleeh

* Amenda ni?
* Gerak....

7 THINGS I TREASURE THE MOST.
* Duit
* Handphone
* Beg (ada resit, bisnesscard, cop company, buku cek,alatulis)
* Organiser

* Kunci
* Mycard/Lesen
* Kereta


7 FIRST TIME THINGS I EVER DID:
* Kena/bayar saman (Potong double line, lebih hadlaju, tak bayar parking, parking salah tpt)
* Buka company sendiri
* Gaji pertama pada akhir bulan Jun 1997 - RM400++ je

* Bersunat
* Pembedahan
* Jumpa/salam Agong

* Dating - Bandar Hilir, Melaka (Tahun 1995).. kekekeke

7 NEXT
* 7 dulang hati nyamuk
* 7 benda ajaib di dunia
* 7 lapis langit
* 7 lapis bumi
* 7 jenis dan warna bunga - mandi bunga
* 7 warna pelangi
* NTV7

Monday, June 09, 2008

RM625.00

Bismillah...
Abang A : Tak cukup!! Setakat RM625.00 setahun, bukan boleh buat apa-apa pun.
Abang B : OK la tu dari tak ada. Sekarang semua harga naik. Dia nak bagi tu pun dah cukup bagus.
Abang A : Huh... Tak puas hati aku
Abang B : Kau pakai kereta 1.6, dah habis bayar dah rasanya. Senang je hati sejak dua menjak ni. Masa minyak belum naik la, maksud aku.
Abang A : Kereta tu nama adik aku. Nama aku blacklist dulu...
Abang B : Ooo.... kiranya ko tak layak dapat RM625.00 tu la ye..
Abang A : Entah!
Abang B : Ceh!!

........

Soalan:-
Adakah Abang A layak menerima bayaran rebet berkenaan?

Moralnya:-
Jangan berlagak kalau tak mampu :D

Wednesday, June 04, 2008

Kisah Di Kedai Gunting Rambut

Bismillah...
Aku ke kedai gunting rambut. Sudah 15 tahun aku gunting rambut di kedai ini. Mula-mula aku gunting rambut dulu, harganya lebih kurang RM4.00. Hari ini RM7.00.
Bukan soal harga gunting rambut yang hendah dikupas. Tapi dialog orang-orang di dalamnya petang tadi.
.........................
India (Si Tukang Gunting) - Besok minyak sudah naik harga. 80 sen naik. Ini semua orang putih punya hal. Cilaka betul. Sikit-sikit mau gaduh. Iran pun dia mau kacau. Cilaka orang putih. Semua dia mau bolot.
.........................
Melayu 1 (Pelanggan yang sedang menunggu giliran) - Ikut harga pasaran ada naik, ada turun. Hari ini minyak naik, semua barang naik. Besok, harga minyak turun, mau tengok siapa berani turun harga barang.
Patut kerajaan buat macam ni tau. Dia kasi naik harga minyak, tunggu sebulan dua. Barang-barang mesti naik harga punya.
Kemudian kerajaan turunkan semula harga minyak. Besok tu kerajaan buat operasi. Siapa tak turun harga barang, saman........... Kerajaan banyak dapat duit punya.
........................
Melayu 2 (Aku - Selepas gunting rambut) - Berapa boss? RM7.00? Harga U tak naik, kan?
........................
Aku respect sikap India itu. Masih bersikap rasional dan 'baca buku punya orang'. Tak seperti sikap umat Melayu yang gerenti punya marahkan kerajaan.
........................
Aku tertarik dengan idea Melayu 1. Kalau ikut pasaran, harga mesti turun naik. Tapi, ada ke yang akan turunkan harga barang masa tu nanti?
hmmmm.... Tadi adik aku beli kuih lopis kat pasar rabu. Sekeping 50 sen. Murah ke mahal?
Moralnya,
Berbelanjalah ikut kemampuan.

Tuesday, June 03, 2008

Jun - Pertengahan Tahun

Bismillah
Pada mulanya, nak jawab tag purpleheart, tapi ketiadaan idea di samping tahap kemalasan yang optimum sebab cuaca sejuk. Petang tadi hujan dan kelembapan masih terasa. Nak tidur je rasanya nih.
Jun muncul lagi. Pada aku, apabila tibanya Jun, maka bersedialah untuk menghadapi tahun baru. Terlalu pantas masa berjalan. Rasanya baru je tahun 2008 hari tu. Kini dah pertengahan tahun.
Bersedialah untuk menghadapi tahun 2009, cabaran yang lebih besar menanti. Jangan dilupa juga, bahawa mati juga makin menghapiri kita. Tak tau bila, tapi ia pasti datang juga.
Sesungguhnya, masa terlalu pantas berjalan, kan? Atau kita yang terhegeh-hegeh merangkak?
Wallahualam
Moralnya,
Jangan lalai dengan dengan dunia.....