Thursday, August 30, 2007

Merdeka 50

Klik gambar untuk besarkan imej

Sunday, August 26, 2007

Tandatangan

Satu Garis di Bawah Tandatangan
Memiliki keyakinan yang tinggi dan personaliti diri yang baik.Namun, agak kedekut tetapi percaya kepada ‘Kebahagiaan dalam Kehidupan Manusia’.

Dua Titik di Bawah Tandatangan
Mereka boleh dikatakan sebagai yang berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju.Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri mencuba untuk kelihatan menarik.Mudah menarik perhatian orang lain.

Satu Titik di Bawah Tandatangan
Lebih cenderung kepada seni klasik, mudah dan ‘tenang’.Jika orang lain kehilangan kepercayaan pada mereka, mereka tidak akan ‘kembali’ pada mereka.Maka, perlulah berhati-hati dengan orang seperti mereka.

Tiada Garisan atau Titik di Bawah Tandatangan
Mereka hidup dalam dunia sendiri.Tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain (pada fikiran orang).Boleh dikatakan sebagai yang menghargai alam sekitar tetapi agak kedekut.

Tiada Persamaan antara Nama dan Tandatangan
Mereka mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu, tidak pernah berkata terus dan memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan orang lain.

Ada Persamaan antara Nama dan Tandatangan
Berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi tidak pernah berfikir.Menukar idea dan pandangan seperti angin yang mengubah haluan.Tidak pernah berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya.Orang lain boleh ‘memenangi’ mereka dengan hanya memuji mereka.

Tandatangan dengan Huruf yang Tidak Bersambung

Mereka sangat baik pada orang lain.Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan bersedia berkorban demi kebahagiaan atau kepentingan orang yang disayangi. Namun, terlalu banyak berfikir dan ini memungkinkan mereka untuk cepat marah.

Tandatangan dengan Lengkap seperti Nama
Mereka sangat baik hati.Boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja suasana dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.Sangat teguh pada pandangan dan memiliki keinginan yang kuat.


...................................

Ni tandatangan aku. hehehe.. Siapa boleh baca ni?

Tuesday, August 21, 2007

Musim

Bismillah...

Kau orang rasa, sekarang ni, kat Malaysia musim apa?
Aku rasa, musim bas terbalik........

.................. tu je idea aku kali ni .......................................

Saturday, August 18, 2007

Tag Smart Tag

Bismillah...

Tag lagi..

Kali ni kena double. Dari purpleheart ngan emmacommey

8 perkara mengenai diri sendiri. Walawei.. sungguh mencabar tahap SPM soalan ni. Kalau soalan ni keluar masa SPM 1993, sah-sah SPM aku kantoi.
Pendiam
Pendiamkah aku? Ye la kot. Sebenarnya, aku ni tak der la banyak cakap sangat. Tapi kalau ada geng, memang meriah la jugak.
Suka lukis-lukis
Aku suka lukis. Tapi lukisan aku tak cantik. Dan sebenarnya aku tak tau melukis pun. kekeke.. tapi aku memang suka lukis-lukis. Dulu angan-angan nak jadi arkitek. huhuhu
On-time
Aku ni memang on-timer. Kekadang tu, aku cuba gak lewat-lewatkan pergerakan aku. Tapi at the end, aku akan sampai tepat pada masanya. Pelik betul. Masa menunggu akukah?
Selalu abaikan 2 benda penting
Apa tu? Tidur dan makan. 2 benda ni selalu sangat aku tak kisah nak buat atau fikirkan. Kekadang tu, makan sarapan, malam baru makan lagi. Tidur lak selalu lewat-lewat. Tapi bila dah flat bantai tido gak laaa. Kalau kat rumah, biasanya aku akan tidur dalam bilik dan makan di dapur. Payah la nak tengok aku terbongkang atas sofa ke, makan kat ruang tamu ke...
Jarang tengok tv
Aku kurang tengok tv. Aku lebih suka mengadap pc. Kalau kau orang ada duit lebih, dan nak belikan aku tv 42", aku rasa, lebih baik kau orang belikan aku pc baru.. hehehe... Rumah aku ada Astro. Nak picit remote Astro pun terkial-kial. Maklumlah, jarang pegang.
Fokus buat kerja
Kalau aku buat sesuatu, contohnya melukis, aku akan beri tumpuan 100%. Tapi bohong la, kalau bom meletup pun tak perasan kan? Tapi biasanya aku akan marah bila orang sergah masa aku tengah buat kerja.
Tak suka guna duit siling
Kalau harga suatu barang harganya RM1.20, aku akan bagi RM2.00 kepada taukey kedai. Bila taukey kedai tanya pasal duit 20 sen, aku jawab tak ada, walaupun kadangkalanya ada dalam poket. Bila balik rumah, aku kan simpan duit siling tu dalam tabung. Aku ada mak cik yang berniaga, selalunya aku akan tukar dengan dia.
Aku cerewet
Hahahaha.. ni bukan aku yang kata. Sesetengah orang yang kata. Kat mana kecerewetannya tu, kena la tanya orang-orang yang berkenaan.
Dah lapan kan? kekeke.. cukup la tu...
OK.. selamat menggelakkan aku.. ehehe

Friday, August 17, 2007

Pengat Pisang

Bismillah..

Hari ni, dapat order lagi. Pengat pisang. Pesanan telah dilakukan oleh wan.
Silalah cuba ye puan-puan

Bahan-Bahan:
15 biji pisang (samada pisang raja, awak, abu atau nangka)
6 ml santan 6 cawan santan**
3 helai daun pandan
6 sudu besar gula merah
5 sudu besar sagu
3 sudu besar jagung manis

Cara:
Campurkan santan, gula merah, sagu, jagung manis, daun pandan di dalam periuk & masak hingga mendidih. Biarkan 15 minit di atas api kecil. Masukkan pisang ke dalam campuran itu & biarkan lima minit sebelum diangkat. Buang daun pandan, kemudian hidangkan di dalam mangkuk kecil.


** updated

Tuesday, August 14, 2007

Lepat Pisang

Bismillah...

Seorang rakan tanya rupa lepat pisang. Ni la rupanya. ehehehe... Siap dengan resepinya sekali. Cuba lah ye


Bahan-Bahannya
Pisang(dilenyek)
tepung
gula merah
sedikit gula pasir air(campur dgn garam)
kelapa parut(buang kulit)
Daun pisang
Cara membuatnya
Gaulkan semua bahan. Masukkan ke dlm daun pisang dan kukus selama 1/2 jam.
Selamat Mencuba!!!

Monday, August 13, 2007

20 Maut, 9 Cedera Bas Ekspres Terjunam Ke Dalam Parit

Petikan Utusan Malaysia

TAIPING 13 Ogos - Seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera dalam nahas bas ekspres paling buruk dalam sejarah negara, di KM 229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat sini hari ini.
Bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth dilaporkan sedang menuruni jalan berbukit sebelum terbabas merempuh penghadang jalan sebelah kiri lalu terjunam ke dalam sebuah parit sedalam lima meter kira-kira 4.30 pagi tadi.
Seorang lelaki rakyat Indonesia adalah antara yang terbunuh. Turut maut ialah pemandu bas berkenaan.
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang belum dikenali, mengalami cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Taiping.
Turut cedera ialah dua warga Vietnam dan seorang rakyat Nepal.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak memberitahu pemberita, setakat ini, hanya 11 mangsa yang terbunuh, kesemuanya lelaki, berjaya dikenal pasti, manakala pengenalan sembilan yang lain, termasuk tujuh perempuan, belum diketahui kerana dokumen pengenalan diri mereka bertaburan di tempat kejadian.
Mereka yang telah dikenal pasti terbunuh ialah pemandu bas, Rohizan Abu Bakar, 38, dari Taman Seri Petaling, Kulim Kedah; rakyat Indonesia H. Abu Bakar yang berasal dari Medan; T. Krishnan, 46, dari Taman Haji Muslim, Kuala Ketil, Kedah; Fadliz Ahmad, 22, dari Jalan Penaga, Taman Maju, Jasin, Melaka; dan Josli Arshad, 22, dari Jalan Dang Merdu, Jembatan Duyong, Melaka.
Nazri Noordin, 35, dari Desa Baiduri, Bandar Baru Ayer Itam, Pulau Pinang; Pang Tee Min, 58, dari Jalan Ong Kim Wee, Melaka; dan Mohd Yazid Md Yusoh, 23, dari Jalan Kolam Air Utama, Fasa 4, Taman Maju, Jasin, Melaka.
Md Basri dari Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka; dan Kamis Said, 62, dari Batu 22 1/2 Pasir Gembor, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Kesemua mereka terbunuh di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Shahril Efendi, 22, dari Alor Star, mati di Hospital Taiping pada pukul 5 petang ini.
Selain kanak-kanak berusia tiga tahun ini, turut dirawat di ICU Hospital Taiping ialah pembantu pemandu bas itu, P. Veeraman, 36, dari Taman Sri Merbau, Sepang, Selangor.
Dua lelaki warga Vietnam yang cedera dan dirawat di Hospital Taiping ialah Quang Ngoi Hung dan Ngu Yeh Hui Vinh, 27.
Turut dimasukkan ke Hospital Taiping ialah Mohd Fauzi Hassan, 27; Zurina Rashid, 23; Mohd Zahidi Che Ahmad, 22; dan Siew Ken Meng (lelaki), 21.
Seorang lelaki warga Nepal, Chatrapati Eyam, 24, adalah mangsa tunggal yang mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.
Raja Musa berkata, kebanyakan penumpang maut berikutan bas ekspres itu remuk dan bumbungnya tercabut, mengakibatkan ada penumpang tercampak dan sebahagiannya tersepit di dalam bas itu.
Katanya, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu berjaya mengeluarkan sebahagian penumpang yang cedera dan memberikan rawatan kecemasan sebelum menghantar mereka ke Hospital Taiping yang terletak kira-kira 20km dari tempat kejadian.
Bomba juga terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat bas itu yang dalam keadaan senget untuk mengeluarkan mayat penumpang yang tersepit.
Menurut Pegawai Penguat Kuasa Balai Bomba Taiping, Mazlan Zainal, operasi mengeluarkan semua mayat yang terperangkap dalam bas itu mengambil masa kira-kira tiga jam.
Pasukan bomba mendapatkan bantuan kren untuk mengangkat bas sebelum mengeluarkan mayat yang tersepit dan terperosok.
Mazlan berkata, anggota bomba dari Taiping dan Kuala Kangsar tiba di tempat kejadian kira-kira 4.50 pagi.
Beliau berkata, pasukan itu telah mengeluarkan mangsa yang cedera daripada bas sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Taiping.
Syarikat pengendali Lebuh Raya Utara Selatan, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) turut menutup lorong sebelah kiri lebuh raya bagi membolehkan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan.
“Ini kemalangan paling buruk dalam sejarah negara,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy kepada pemberita sejurus selepas melawat tempat kejadian dan menziarah mangsa kemalangan yang dirawat di Hospital Taiping.
Pada November 2003, 14 orang maut dan 28 lagi cedera apabila dua buah bas bertembung di Jalan Kuala Lipis-Merapoh di Pahang.
Chan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan hari ini dipercayai akibat kecuaian manusia.
“Punca kejadian daripada siasatan awal adalah kecuaian manusia tetapi ia belum dapat dipastikan.
“Siasatan terperinci telah dimulakan oleh semua jabatan dan agensi terbabit seperti polis, bomba dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan),” katanya.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengetahui aspek kesihatan pemandu yang kemungkinan keletihan, mengantuk atau membabitkan penggunaan dadah.
Siasatan terperinci itu turut melibatkan keadaan struktur bas dan reka bentuk jalan, katanya.
Chan berkata, bas yang terlibat dengan nahas itu didaftarkan pada 1987 dan dimiliki Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd dari Taiping.
“Bas ini sudah berusia 20 tahun. Bas telah diperiksa dan mendapat kelulusan Puspakom pada Mei lepas,” katanya.
Chan berkata, bas berkenaan berlepas dari Melaka kira-kira 10.30 malam tadi dan telah melakukan perjalanan kira-kira 400 kilometer.
Rangka bas itu telah ditarik ke Balai Polis Daerah Taiping.
“Bas ini mempunyai pemandu dan pembantu pemandu. Kita akan siasat sama ada pertukaran pemandu telah dilakukan, kerana mengikut peraturan, pertukaran perlu dibuat selepas perjalanan lebih dua jam,” katanya. - Bernama
.......................................
Selepas kejadian sebegini, akan terdendanglah pelbagai langkah, peraturan yang akan dilaksanakan yang kebiasaannya hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam'. Bas ekspres wajib ada pemandu kedua, bas perlu berhenti 2 kali, perlu hantar PUSPAKOM, perlu itu, perlu ini. Hanya berkokok seketika sahaja. Selepas itu, perlaksanaannya hanyalah ibarat melepaskan batuk di tangga,
Tak percaya?.. tunggu dan lihat. Percaya ataupun tidak, perkara ini akan berlarutan sehingga musim perayaan yang bakal menjelang tak lama lagi. Lepas tu, mereka-mereka ang berkokok itu hanya akan mengais-mengais tanah untuk menjaga perut masing-masing
Dengan13 saman, dan 2 waran tangkap, tak mampukah pihak berkuasa memberkasnya lebih awal? Tak cukup kakitangan atau sememangnya tak buat kerja?

Saturday, August 11, 2007

Selamatkan Bukit Taman Melawati

Bismillah...
Sebagai orang yang pernah tinggal di kawasan Taman Melawati, aku ingin berkongsi laman web ini dengan semua pembaca blog aku.
Mari kita sama-sama selamatkan Bukit Taman Melawati. Suatu kawasan yang sangat nyaman, segar dan mendamaikan. Udara yang segar dan kawasan yang redup. Sesuai untuk riadah bersama teman dan keluarga.
Layarilah web berikut. Berilah sokongan kepada mereka. Jangan biarkan kawasan itu dinoda atas nama pembangunan.

(klik)

Thursday, August 09, 2007

Menjadi Pembunuh

Bismillah
Siapa sangka, dalam diam-diam, aku adalah seorang pembunuh. Dulu, aku pernah membunuh sekali. Hari ini, sekali lagi aku memikul gelaran pembunuh.
Selepas anjing beberapa tahun lepas, hari ini, ayam orang kampung pula dileyek oleh keretaku. Siapa suruh binatang tu main teng-teng tengah jalan, kan?
Bukan salah aku....

Monday, August 06, 2007

Mimpi

Bismillah...
Baru-baru ni, aku mimpi satu perkara. Bagi aku agak menarik, tapi aku tak tau maksudnya. Mungkin ada orang yang boleh menafsirkan mimpi aku ni.
Aku bersolat di suatu kawasan yang kurang sesuai. Tempatnya di tepi longkang dengan orang ramai lalu lalang. Tak siapapun pedulikan aku bersolat di situ. Tapi, ada seorang gadis bukan muslim memerhatikan aku sedang bersolat. Aku kenal gadis bukan muslim itu. Selesai bersolat dia dekat pada aku sambil tersenyum...
Lalu, hari pun siang

Friday, August 03, 2007

Budak Maut Dirempuh Lori Depan Bapa

*Petikan akhbar Utusan Malaysia*

JASIN 2 Ogos – Seorang kanak- kanak maut setelah dirempuh sebuah lori di depan bapanya selepas selesai sembahyang Isyak di sebuah masjid di Kampung Ayer Barok di sini, malam tadi.
Mangsa, Abdullah Lutfil Hadi Daud, 11, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jasin akibat cedera parah di bahagian kepala.
Ketika kejadian, lori tersebut dikatakan terbabas dan merempuh pagar sebuah masjid dan bahagian belakang sebuah kedai makan menyebabkan empat yang lain turut tercedera.
Mereka yang tercedera ialah dua tukang masak kedai makan, seorang pembantu kedai serta seorang pelanggan yang masing-masing mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Bapa mangsa, Daud Abu Hasan, 44, berkata, ketika kejadian dia berada hanya beberapa langkah dari anaknya itu yang terlebih dahulu turun dari masjid selepas sembahyang Isyak.
“Tiba-tiba saya dengar bunyi berdentum dan melihat anak saya tidak ada lagi di depan saya. Kemudian saya tengok ada sebuah lori telah melanggar belakang kedai di sebelah saya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, dia kemudian tercari-cari anaknya itu dan tergamam melihat Abdullah Lutfil terbaring di tebing jalan berlumuran darah kira-kira enam meter dari tempat kejadian.
Daud berkata, kemalangan itu berlaku terlalu pantas dan beliau hanya merasai angin yang dibawa oleh lori yang melanggar anaknya.
“Kalau tak ada tembok masjid, kemungkinan saya juga akan dilanggar oleh lori itu,” katanya yang hampir setiap hari bersembahyang Isyak di Masjid Lama Kampung Ayer Barok bersama-sama mangsa.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Daerah Jasin, Cif Inspektor Mohd. Zaki Ashar berkata, sebelum kemalangan maut itu, lori berkenaan telah terlibat dalam satu lagi kemalangan dengan sebuah lori membawa ayam beberapa ratus meter dari tempat kejadian.
“Akibat ketakutan, pemandu itu melarikan diri dan memandu lori itu dalam keadaan kelam-kabut menghala ke pekan Jasin dari Kesang,” katanya.
Mohd. Zaki berkata, lori yang dipandu laju itu kemudian hilang kawalan ketika di selekoh berhampiran Masjid Lama Kampung Ayer Barok.
“Lori itu merempuh tembok masjid, mangsa (Abdullah Lutfil Hadi) dan bahagian belakang kedai makan berhampiran,” katanya.
Menurutnya, pemandu berkenaan kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
.............................................
Di hadapan masjid Air Barok tu ada selekoh yang agak berbahaya. Di samping itu, jalan baru yang telah siap dibina dikatakan mengelirukan pengguna jalanraya tersebut. Pemandu dari Melaka sepatutnya masuk ke jalan baru yang seolah-olah, simpang ke kiri. Tetapi pengguna sedia maklum bahawa jika hendak ke Bandar Jasin, mereka perlu jalan terus, iaitu mengikut jalan lama. Jika mereka terus melalui jalan lama. Begitu juga sebaliknya jika kenderaan dari Bandar Jasin. Mereka harus ke kanan (masuk jalan baru) untuk ke Bandar Melaka. Jika salah satu kenderaan salah memasuki lorong, sudahnya, mereka akan bertembung antara 1 sama lain. Apatah lagi jalan tersebut agak sembit, dan ini memberi risiko tinggi kepada pemandu kenderaan berat. Seperti yang berlaku semalam.

Wednesday, August 01, 2007

Menghitung Hari

Bismillah...
Hari ini, Ogos membuka lembarannya. 2007, suatu waktu dulu, orang sibuk menyambut kedatangannya. Hari ini sudah 7 bulan berlalu. Terlalu pantas masa berjalan. Tanpa sedetik pun menunggu kita.
Kita masih lagi terkial-kial mencari arah tuju. Meraba di dalam kegelapan tanpa kepastian samada masih ada cahaya di hujung terowong ini.
Aku pula sedaya upaya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Bagaimanakah hasilnya? Setelah 7 bulan berlalu, hasilnya masih belum seberapa. Masih tidak berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.
Tuhan,
Berilah aku kekuatan untuk mencapai apa yan aku impikan selama ini. Limpahkan hidupku dengan limpahan nikmat dari Mu tuhan.