Wednesday, May 31, 2006

Beban Yang Bukan Milikku, Tapi Terpikul Jua

Awal-awal pagi,
orang itu bagi tau...
Begini-begini

Bila siang sikit,
orang itu bagi tau...
begitu-begitu

Sebelum perut diisi beras yang ditanak,
orang itu bagi tau
begitu begini

Semasa nyaris-nyaris nak isi beras yang ditanak ke dalam perut,
orang itu bagi tau
we got a trouble...

ah!!! s*#l!!!....
beras yang diidam-idamkan hanya dijamah
terpikul satu beban
akibat tersilap langkah
(bukan langkahku..)

aku berang dalam diam
dalam diam aku memberang

ketika hampir bersurai
terhidang jua
hasil bebanan sebelum perut berisi beras yang ditanak...

tapi itu bukan bebanan
sebab aku tahu.. aku bisa mengatur

sambil tersenyum melangkah turun,
mungkin esok, mungkin lusa,
orang itu terpaksa memikul sendiri
segala beban-beban yang terbentang
beban orang itu, beban aku, beban kutu-kutu kayu

aku,
bakal memikul beban lain
jika beban itu yang aku pilih


kelak.....

tuhan
andai beban itu baik bagiku,
bentangkan lah seluas-luasnya
andai beban itu bencana bagiku
jauhilah ia dariku

titik

Sunday, May 28, 2006

Lamanya Tak Up Date

Salamzz
Uhuk.. lama gak aku tak update blog aku ni. Hari-hari jenguk je, tak buat apa-apa. Idea tak der 1 hal, bz ngan rancangan perniagaan 1 hal.
Walaupun keje aku ngadap pc je hari nie, tapi badan tetap rasa letih. So lepas zohor tadi, aku membawa diriku ke atas katilku. Lepas tido, sambung RP lagi, lepas tu layan cerita P pamlee lak.
Ada orang datang rumah tadi. Kawan mak.. Dia promote Zhulian.. uhuks.. nak layan cerita P Ramlee pun tak senang.
Satu lagi, aku dah bulatkan matlamat aku. Insyaallah, aku akan resign sikit hari lagi. Dah call Mara Jasin untuk dapatkan kedai. Sewa RM200.00, deposit RM500.
Hopefully, kali li berjaya.. korang doakan lah aku yer... Aku dah letih makan gaji. Dah letih berulang gi balik kerja. Aku nak try buat sendiri lak. Aku tau, ramai yang kata, sekarang nie tak berapa sesuai nak berniaga. Ekonomi tak baik lah, inflasi lah, pengangguran lah (dlm bahasa ekonomi ape yer.. lupa lak..)... maklum lah, nak masuk dlm bidang nie, kena la blajo2 bahasa ekonomi, ye tak? kekekekeke....
Ape lagi? hmmmm...... haaa.. hari nie, baru aku dapat pos surat untuk join mentor (ahaks!!!.. ingat rancangan mentor kat tv3 tu ke? layan je....) dah seminggu dah borang tu aku isi. Seingat aku tarikhnya 18hb.. ni dah 28hb.. 10 hari terperap dalam brefcase aku.. muahahaha
Next? tak der laa... nak layan IRC jap... sok lusa la print RP aku nie...
Chowzzz
bye

Tuesday, May 23, 2006

Disconnected

Semalam aku exit pass sebab nak uruskan beberapa perkara kat rumah. Especially, nak balas beberapa email dari beberapa pihak.
Sampai2 je terus on pc. Entah apesal, nasib tak berapa baik kot, streamyx aku tak leh connect. Call help desk TM Net, pun tak jalan gak. So dia suruh aku buat report. No report aku ialah 1674934. Dia suruh tunggu antara 24 sehingga 48 jam untuk settle kan problem aku. 24 jam?? aisey..tak dapek la aku membalas email2 tersebut.
Tengahri tadi dia org call lagi, inform samada streamyx aku dah ok ke lom. Aku kat office, cam ne nak check. So, tunggu la aku balik dulu. Kalau tak leh, dia suruh aku call dia org balik. OK lah...
Sampai rumah, aku check..dah boleh dah..

TERIMA KASIH TM NET

Sunday, May 21, 2006

Akademi Fantasia



Nah!!...

Rakyat Malaysia (paling tepat MELAYU) bakal dilanda demam Akademi Fantasia lagi. Ini musim ke 4 dah. Umat Melayu akan mengalami demam yang kronik, tawa, tangis.. semuanya ada. Dan yang paling dasyat sekali adalah wang yang bakal dibelanjakan untuk mengundi pelajar pilihan... SMS. Suatu budaya mengundi yang mungkin akan diiktiraf sendiri oleh SPR 10 tahun lagi.
Aku tak banyak mengetahui tentang Akademi Fantasia, walaupun aku ada Astro. Sebenarnya aku tak berapa minat dengan hiburan. Tapi aku lebih berminat tentang nasib bangsaku sendiri.. (ehem.. cam ahli politik lak.. muahahahaha..)
Dilaporkan SMS Akademi Fantasia mencecah jutaan ringgit, dan yang pasti majoriti yang mengundi itu adalah Melayu. Tak kusangka, Melayu nie kaya rupanya. Alangkah baiknya jika wang itu dilaburkan ke dalam saham2 amanah atau disimpan demi pendidikan anak2 di masa hadapan . Hmm.. mungkin aku silap, umat Melayu tak perlu fikir tentang perbelanjaan pendidikan anak2 kerana kerajaan akan menanggung mereka semua (JPA, MARA, PTPTN dll - siap boleh elak2 bayar lagi tu).
Ini tidak, wang sebanyak itu dileburkan untuk melahirkan orang2 seperti Vince, Zahid dan Mawi. Apa untungnya umat Melayu dengan kehadiran mereka? Dan persoalan yang agak penting, setelah mereka ini bergelar artis (layak kah?), apa yang diperolehi oleh pengundi2 mereka? Rumah? Kereta? hello.. nak tengok budak2 tu buat show pun kena bayar tiket mak cik oi.. tak der special price untuk pengundi2 pun.
Yang pasti, kebanyakan artis Melayu hanya mengikut musim. Mereka hanya digelumangi dengan glamor semata-mata. Tidak ramai yang mempunyai bakat yang betul2 diperlukan oleh seorang artis. Stakat pegang microfon, lontar suara, gaya sikit lebih kurang, aku percaya, 24 juta rakyat Malaysia mampu melakukannya. Cuma tak jadi artis aje.
Jika direnung lebih jauh, kekemarukan umat Melayu terhadap akademi Fantasia hanya akan menyebabkan pihak2 tertentu menjadi kaya raya. Namun, yang pasti bukan umat sendiri yang kaya, tapi orang lain. Siapa pemilik Astro dan Maxis?
Jika tak sedar juga, umat Melayu akan terus dieksploitasi. Bukan disebabkan kekuatan, tapi disebabkan kelemahan umat Melayu sendiri. Tidakkah dikau sedar hal ini? Kita dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan mereka, bukan sebab kekuatan kita (kuatkah kita?)
Menangisi nasib bangsa yang terkeluar dari arus perdana adalah lebih bernilai dari menangisi pelajar yang terkeluar dari rancangan Akademi Fantasia (walaupun mereka juga Melayu)
Mulai minggu hadapan (ye ke?) muka2 yang tertera di atas mengharapkan ikhsan pengundi2. Berapa pula jumlah wang yang bakal dileburkan oleh umat Melayu.
Tungguuuuuuuuuuu.............................
oh ye......... berapa ramai yang tahu pasal Akademi Quran?
Kucingku Putih, mati hari nie...:(

Saturday, May 20, 2006

Dari Dia Kita Datang, Kepada Dia Kita Kembali

Bismillah...

Balik dari office tadi, mak ajak gi kampung Sempang, rumah tok alang (Hj Budin Bin Md Derus) aku. Tok alang meninggal dunia jam 12 tengahari tadi sebab sakit tua.
Masa kita orang sampai kat sana, lebih kurang jam 200pm, orang lom ramai lagi. Tapi dia orang mula sampai jam 3. Kebumi jam 330pm.
Kesian nek alang aku....

***Al-fatihah***

Thursday, May 18, 2006

Sekejap Saja Masa Berlalu

Hari ni dah 18 Mai 2006. Pejam celik-pejam celik dah 2 minggu VGM kat USA. Hari ni dah sampai Malaysia. Kalau tak silap, hari Sabtu dia masuk kerja. Ala.. tension tol la. Gie la duduk kat US tu lelama sikit. Aman sikit aku kat opis tu nanti.
Aku punya bookcase dah nak siap. Yahoo!!... Tinggal nak key in BOM aje. Lelain dah settle. Lepas nie buat projek lain lak.
Hari nie aku ingat nak siapkan RP, memandangkan info banyak dah terkumpul. Tapi malas lak nak buat. Sibuk buat iklan untuk KTE. Upgrade aku punya iklan. Sabtu nie ingat nak gi Merlimau, edarkan iklan tu. Tengok la, selit dlm paper lagi la kot...
Petang tadi, ada call dari sebuah company. kekeke.. panggil aku interview kol 6pm tadi. Tapi aku cakap tak available. Dia suruh datang kat opis dia orang kat Mahkota Perade. Saje2 je aku masuk 'lorongkerja', then hantar je application banyak2. Time orang tu panggil interview tak gie.. kekekeke...

Lelain tak der la. Dah tak larat dah nie. Nak layan tido pulak lah

Chowzzzz

Sunday, May 14, 2006

Hari Minggu Yang Membosankan

Entah apesal ntah, aku rasa hari nie adalah hari minggu yang paling membosankan. Tiada apa yang aku buat sepanjang hari nie, melainkan buat floor plan yang dah tersadai 2-3 hari.
Antara penyebab hari minggu ni adalah hari ni aku ditegur oleh seseorang yang dah lama aku cuba lupakan kat YM. Msgnya betul2 menyebabkan aku tak berapa semangat untuk menjalani hidup hari nie. Betul2 menyakitkan hati...:(
Apa sebab? Aku tak nak catatkan di sini. Ianya pasti menyebabkan lukaku berdarah kembali.. uwawawawawa.... Biarlah ianya berlalu seperti angin. Aku tak mahu mencatatakan apa2....
Floor plan untuk abg Din tak siap gak lagi. Dah malam dah nie. Cadang memang nak buat. Tapi sebab hati dah panas, mood dah zero, terus aku abaikan. Save ape yg aku buat semalam dalam pendrive. Besok la sambung.
Esok kerja? Adohaiii... sungguh tak der mood la sekarang nie....
Malas nak layan

Saturday, May 13, 2006

Usahawan Bumiputera Digesa Rebut Peluang

Pengusaha makanan halal bumiputera diminta lebih proaktif, profesional dan berdaya saing bagi memenuhi hasrat kerajaan menjadikan industri tersebut diterokai sepenuhnya oleh golongan itu menjelang 2010.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop berkata, peniaga bumiputera dalam industri ini sepatutnya tidak mensia-siakan peluang ini, apatah lagi dengan usaha kerajaan untuk menjadi Malaysia sebagai hab halal sedunia.

“Pengusaha bumiputera perlu merebut peluang ini. Jika dilihat daripada jumlah umat Islam yang bakal mencecah tiga bilion pada 2010, sudah cukup untuk membayangkan betapa besar permintaan dalam industri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Kebangsaan Mengenai Produk Halal di Mines Resort City, dekat sini hari ini.

Tambah Khamsiyah, langkah kerajaan menjadikan Malaysia hab halal sedunia memberi peluang usahawan bumiputera menguasai industri dalam negara termasuk memasarkan produk mereka hingga ke luar negara.

Selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) membantu usahawan bumiputera, katanya, kementerian menubuhkan Kelab Pengeksport Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dengan 100 orang dipilih setiap tahun untuk mengikuti program inkubator selama tiga tahun.

“Matlamat utama program ialah memastikan industri halal antarabangsa diteroka sepenuhnya oleh usahawan bumiputera menjelang 2010.

“Program tersebut akan mendedahkan para peniaga bagaimana untuk meningkatkan kualiti pengurusan, pemasaran, sumber manusia, kewangan dan informasi teknologi dalam industri ini,” jelas beliau.

Beliau berkata, mereka yang terpilih menyertai program itu akan turut didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini dalam penyediaan makanan, piawaian makanan halal, pembungkusan, penjenamaan dan strategi perniagaan.

Wednesday, May 10, 2006

Aku Seorang Aku

Monolog Seorang Aku...
Hari nie, aku makin tertekan ngan situasi kat tempat kerja. Apatah lagi, masa aku check fail, banyak lagi benda2 tak teratur. Beberapa set drawing dah hilang. Tension betul aku dibuatnya. Tagging lain, isi lain, tu yang buat aku pantang tu.
Beberapa masalah yang dihadapi kat production membuatkan aku dok fikir perkara yang sama. Teruskan atau lepaskan. Tapi setiap kali tu juga lah aku fikirkan kewajarannya. Berbelah bahagi.
Blur... blur.. blur....
By the way, aku percaya, dalam tahun nie juga aku akan putuskan........
Aku Yang Tak Bermonolog Lagi
Hari nie, line 013 aku dah ok dah. Alhamdulillah. So, seperti yang dijanjikan, aku akan display nombor prepaid 017 aku....
(jap.. gie check jap......)
017-6910209
Balance yang tinggal ialah RM1.38. waa.. banyak lagi tu, kekekeke.... cadang nak top up, tapi malas la. Buang je la lepas nie....
Besok kerja lagi.. alaa... rasa tension la pulak....
Wallaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Sunday, May 07, 2006

Talian 013 Kena Block

Assalamualaikum...

Hari Jumaat hari tu, masa nak buat satu panggilan, telah berlaku 1 peristiwa yang amat sadis sekali (tahap SG18 la.. tak best sgt, kalau SX18 tu orait la jugak). Buat julung2 kalinya tahun ini, talian 013 aku diblok (bukan blog la dol). Ye, tahun nie, inilah kali pertama hp aku tu kena blok. Tahun lepas ada la 2-3 kali. Kalo korang tak paham block tu ape, blok tu, tak leh call keluar la (ape punya koman la ko....)

Punca? Suatu soalan yang aku rasa kalau tanya kat budak2 kat rancangan Macam2 Aznil pun dia orang akan pakat bagi 1 jawapan. TAK BAYAR BIL. Tu kalau tanya budak2 kat MMA, kalau tanya kat George Bush aku rasa, jawapannya adalah terrorist! terrorist!!...

Pandai.. memang korang pandai. Bil aku dah cecah 200++, untuk 3 bulan. Tak bayar bil selama 3 bulan.. har har har..... Dengan perasaan marah kat Celcom (ye la.. sesikit block..sesikit block..kekeke) malam tu jugak aku aku masuk maybank2u.com. Terus bayar. Tapi masalahnya, aku kena tunggu 3 hari waktu bekerja bagi membolehkan talian aku disambungkan semuala. Tak kisah la tu, sekurang2nya aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai pengguna. Membayar perkhidmatan yang digunakan. Ahaks....

So, sementara menunggu talian 013 aku disambungkan semula, aku ke kedai telefon kat Jasin. Tujuannya adalah untuk membeli starter pack prepaid. Untuk kes kali nie, aku pilih Hotlink 017 -AKTIFKAN DIRIMU..yeaahhh!!! - bak kata siti nurhaliza. Dolu2 dah pakai 019, 012 & 016. Kali nie nak pakai 017 lak. Nampak 014 dari DiGi, tapi macam tak best je. So nombor telefon prepaid aku kali nie adalah...
017-691**09

Haaaa... Takkan la aku nak tayangkan no phone aku nie kat public. 1 dunia baca webblog aku nie. Karang tak pasal2 pulak jadik hotline no nie. hehehe.. Tapi tak per, sok kalau kredit dah habis aku penuhkan 2 nombor yang tersembunyi tu. Tak lama, lagipun kredit aku RM4.00 je. Tak banyak.

Sebenarnya, dah banyak dah nombor prepaid yang dah aku gunakan. Tapi semuanya sekali je aku pakai, pas tu tak top up. Kira pakai buang la. Aku tak nak pakai prepaid nie sebab aku dah ada postpaid la ngok! Tapi kalau 013 aku kena blok, maka terpaksa la aku pakai prepaid. Tu pun sebab nak buat call je. Lepas buat call, aku pasang balik la sim kada 013.

Aku dah lama dah pakai pakai no 013 nie. Seingat aku dari tahun 1998 lagi. Masa tu, housemate aku nak jual handphone dia, So, aku beli la (handphone Motorola yang bateri besar tu, aku lupa lak siries ape...) Ada handphone tak der no ape ke jadahnya, ye tak, so aku pilih la talian TM Touch. Masa tu, prepaid ni tak ada lagi rasanya lah. Kalau ada pun belum meluas. That's why la, aku sayang sangat kat no 013 ni. Walau apa pun, aku akan cuba pertahan nombornya, Insyaallah..

Pe lagi? Haa.. hari nie lak, aku mula taip RP aku. Aku cadang nak submit dalam bulan nie gak. Tapi tengok la dulu.. kekeke.. banyak benda nak kena buat nie. Aku baru perasan yang aku tak der format untuk aspek kewangan. Aduhai... kena call member nie. Cari mana2 akauntan yang boleh buat akaun untung rugi, aliran tunai dll. Tu la, time form 6 ada blajar prinsip akaun, main2 time blajar. Kan dah tak reti nak buat... sesia je gi skolah canggini...

Tak pe la, itu la guna jawatan akauntan kat dunia nie. Karang, designer pun tau buat akaun kang, tak leh cari makan lak akauntan, tak gitu? (manusia.. ada saje alasannya..)

So, selain aspek kewangan, yang tinggal untuk RP aku adalah aspek pengurusan je, selain executive summary. Aspek pasaran dah settle. Senang je. Goreng cam goreng telo je.. muahahahaha...

So, that's all for today. Nite all


Thursday, May 04, 2006

04.05.06

Bismillahirrahmanirrahim....
Secara rasminya, aku akur (atau aku sebahagian daripada) pakatan penyingkiran 'Pelajar Antarabangsa' dari kelas aku. Ketidakupayaannya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan amat2 mendukacitakan (atau menyakitkan hati). So, bos cakap lebih baik jangan buang masa. Terus saja disingkirkan (bukan saja dari kelass aku tpi juga department aku). So, budak tu sekarang kat packing department. Sehari dua nie asyik buat rayuan supaya diterima kembali ke pangkuan kami. Tapi kabinet sebulat suara untuk tidak menerimanya kembali. cewaah... bahse sastera ke hape nie....
So, mulai sabtu nie bos tak der selama 2 minggu (merdeka kah kami???). Dia pergi US. Ntah ape dia buat kat sana, itu dia punya pasal. Dengarnya buyer dah reject salah satu product kami sebab rosak masa shipping. So, bos kena la settle kat sana gak. Kalau bawak balik, alamatnya bergandalah kos nya....
Anyway, what ever lah... Bythe way.. hari nie nya tarikh, menarik kan??

Tuesday, May 02, 2006

Berita KAmpungku : Mohd Awaldin, Sarrul Munirah Wakil Parlimen Jasin Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri

JASIN, 1 Mei : Qari dan qariah dari Koperasi Serkam Darat berjaya menggungguli Tilawah Al-Quran peringkat Parlimen Jasin yang diadakan di Perkarangan Masjid Sempang Kerayong, dekat sini, malam tadi.
Johan qari, Mohd Awaldin Mohd Nasir, 37, yang bertugas di Bahagian Haemodialisis Hospital Melaka mendapat 82 peratus dan menewaskan 12 peserta lain yang turut bertanding.
Tempat kedua bahagian qari pula disandang oleh Husni Ali Hassan dari Kampung Serkam Tengah dengan 81 peratus manakala tempat ketiga Haris Mahat dari Taman Koperasi Serkam Darat yang memperolehi 74 peratus.
Johan qariah disandang oleh Sarrul Munirah Haris dari Taman Koperasi Serkam Darat yang memperolehi 80 peratus diikuti Halimaton Ab Majid dari Kampung Loji Air Chinchin (76 peratus) dan Noraini Abdullah dari Taman Koperasi Serkam Darat (70 peratus).
Kejayaan itu membolehkan Mohd Awaldin dan Sarrul Munirah melayakkan diri mereka mewakili Parlimen Jasin ke peringkat negeri yang akan diadakan di Politeknik Merlimau pada akhir Mei ini.
Terdahulu, majlis perasmian tilawah itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Serkam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Wira Ahmad Hamzah yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim, Datuk Ramlah Abas, ADUN kawasan Merlimau, Mohamad Hidhir Abu Hassan dan Pengerusi Biro Agama dan Dakwah UMNO Bahagian Jasin, Halil Abdullah.
Ketika merasmikan majlis tilawah itu, Ahmad berkata, umat Islam hari ini perlu menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai satu amalan harian kerana ia dapat memberi petunjuk kepada mereka dalam melakukan kebaikan.
Menurutnya, Al-Quran yang merupakan sumber utama dalam perundangan Islam dan panduan hidup haruslah dipelihara, dijaga setiap masa dan perlu dihayati serta difahami ertinya.
“Kefahaman terhadap segala isi kandungan Al-Quran ini menjadi lebih penting kerana terdapat banyak ajaran dan tafsiran yang tidak tepat telah dibuat oleh golongan-golongan yang tertentu....dengan mengetahui tafsiran dan terjemahan dalam bahasa Melayu yang kita faham, dan ditafsirkan mengikut tafsiran yang sebenar maka dapatlah kita menolak ajaran-ajaran sesat dan menyeleweng,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

2420 Perniagaan Diwujudkan

Petikan Berita Harian 02.05.2006
PUNB mohon dana pembiayaan RM820 juta daripada kerajaan
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan mewujudkan 2,420 perniagaan baru yang diterajui usahawan Bumiputera dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan ekonomi golongan itu.
Ketua Eksekutif PUNB, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata pihaknya memohon dana pembiayaan berjumlah RM820 juta daripada kerajaan untuk menjayakan pelbagai program bagi mewujudkan peluang perniagaan itu.
Katanya, usaha mewujudkan 2,420 usahawan Bumiputera itu akan dilaksanakan menerusi empat inisiatif yang dikendalikan PUNB iaitu Skim Pembangunan PKS Bumiputera, Skim Prosper, Skim Pemborong Prosper dan Skim Prosper Siswazah.
Beliau berkata, sebahagian besar daripada usahawan Bumiputera yang akan diwujudkan ialah menerusi Skim Prosper yang sedia ada dan Skim Prosper Siswazah serta Skim Pemborong Prosper yang baru dilancarkan.
“PUNB akan mewujudkan 1,250 usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan menerusi Skim Prosper yang diberi peruntukan terbesar iaitu RM350 juta,” katanya kepada Berita Harian dalam satu temu bual di sini.
Mohd Nasir berkata, Skim Pemborong Prosper akan diberi peruntukan berjumlah RM245 juta, Skim Prosper Siswazah (RM25 juta), dan Skim Pembangunan PKS Bumiputera (RM200 juta) sepanjang tempoh RMK-9.
Beliau berkata, PUNB menetapkan sasaran mewujudkan 70 usahawan baru menerusi Skim Pembangunan PKS Bumiputera manakala 100 pemborong baru dijangka wujud menerusi Skim Pemborong Prosper.
Katanya, Skim Pemborong Prosper membenarkan usahawan Bumiputera menubuhkan usaha sama dengan bukan Bumiputera dengan syarat ekuiti bukan Bumiputera dalam syarikat itu tidak melebihi 30 peratus. Bagi Skim Prosper Siswazah, PUNB menjangka dapat melahirkan kira-kira 1,000 perniagaan baru yang diterajui lepasan pusat pengajian tinggi yang berminat menceburi bidang keusahawanan secara kecil-kecilan.
“Peruntukan bagi skim ini tidak banyak kerana jumlah pembiayaannya hanya di antara RM5,000 hingga RM50,000 setiap satu,” katanya.Mohd Nasir berkata, dalam tempoh RMK-9, PUNB juga bercadang mewujudkan bidang perniagaan baru yang tidak banyak diteroka Bumiputera, termasuk kedai konsep seperti kedai serbaneka 24-jam dan kedai basikal.
Katanya, usaha mewujudkan cabang perniagaan baru itu penting memandangkan potensi pulangannya yang lumayan, selain belum ramai usahawan mengusahakan perniagaan seperti itu.
“Kita nampak ada potensi dalam perniagaan kedai konsep seperti ini berbanding perniagaan tradisional lain seperti restoran yang mempunyai persaingan yang sengit,” katanya.
Beliau berkata, permohonan yang diterima bagi menjalankan perniagaan dalam sektor perkhidmatan seperti klinik kesihatan, klinik gigi dan perkhidmatan profesional lain seperti firma arkitek juga semakin meningkat.
PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 bagi meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam bidang keusahawanan selaras Dasar Pembangunan Negara (DPN) untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
Komenku
Begitu banyak peluang dan ruang yang diberikan. Namun aku masih gagal untuk mendapatkan hanya 1 tempat. Aku tak salahkan sesiapa. Yang salah diri aku. Aku yang leka. Masih dibuai keselesaan. Masih nyenyak dengan alunan gaji bulanan..... aku yakin, aku aku terus gagal jika terus begini.....
Perkara yang paling sukar dilakukan adalah ketika hendak memulakan sesuatu..... sukarkah???

Monday, May 01, 2006

Selamat Hari Pekerja

1 Mei 2006

Selamat Hari Pekerja aku ucapkan kepada semua tenaga kerja kat Malaysia nie. Ini termasuk la warga Indon, Bangla, Nepal, Vietnam dan lain2 lagi yang bekerja di Malaysia. Semoga rezeki yang diperolehi senantiasa diberkati.. amin
Aku masih pekerja..... Aku perlu mengorak langkah untuk menukar tittle tu. Bila.. aku tak pasti, tapi aku berjanji, aku akan tukar.... mesti tukar!!
Layout Plan untuk packing line tak siap lagi. Tapi aku janji hari Rabu. Ni dah siap separuh. Besok aku cuti. Nak uruskan beberapa perkara dalam RP aku. Moga-moga kali nie menjadi kenyataan. Penat dah fikir nak buat RP.
Tadi buat survey kat Melaka Sentral & Air Keroh. Jenuh buat sorang2. Tapi demi cita2 ku gagahi jua.. cewaahh.. cam dalam cerekarama pulak dah.. kui..kui..kui...kui...
layaaaannnn