Saturday, May 26, 2007

Emosi Kecewa

Bismillah...
Pertama sekali aku nak minta maaf la kalau-kalau entry aku yang bertajuk Melayu Oh Melayu tu menyinggung perasaan umat Melayu. Aku bukannya apa, kecewa sangat-sangat dengan perangai orang Melayu ni. Kalau kau orang marah, kutuk la aku. Sememangnya aku juga Melayu. Bangsa yang banyak menerima kutukan dan hinaan.
Aku menghadapi satu situasi ini...
Ketika berada di suatu kawasan perindustrian, waktu rehat petang, disebabkan aku tiada ikatan dengan apa-apa peraturan di situ, aku mengambil masa yang agak lama ketika itu. Beberapa panggilan terpaksa aku buat ketika itu. Ketika waktu rehat telah tamat, aku dapati beberapa anak muda (Melayu lah) masih melepak sambil menghisap rokok. Tiba-tiba terdengar satu jeritan..(lebih kurang la)
suara : Hei Malai, masuk cepat la.. time kerja! (Kalau orang kita panggil rakyat Bangladesh sebagai Bangla, rakyat Indonesia dipanggil Indon, makanya rakyat Malaysia jadi Malai la)
anak muda : Kejap la. Nak habiskan rokok ni. Berlagak la si Bangla ni.
aku hanya memandang kumpulan itu sambil tersenyum
anak muda : Berlagak budak Bangla tu bang. Baru jadi supervisor tu.
Aku : Ikut je la. Dia supervisor
anak muda : alaaa.. kerja ajee pun bukan naik gaji pun.
Itu mentaliti bangsa aku. Kerja teruk-teruk tak naik gaji, naik pangkat jauh sekali. Tapi bagaimana pula si Bangla tu boleh naik pangkat?? Bukan sebab dia rajin ke? Sudah tentu la syarikat tu tak akan naikkan pangkat kakitangannya tanpa sebarang penilaian prestasikan?
Dah tau gaji kecil, berusaha la lebih keras. Ringan-ringankanlah tulang tu untuk bekerja. Ini, dah la gaji kecil, malas kerja lagi. Lepas tu kutuk taukey kilang sendiri, kedekut la, perah kudrat la. Engkau, duduk goyang kaki. Bangsa lain naik pangkat, kau orang masih dok takuk tu. Lepas tu dengki pulak. Bodoh punya orang!!
Natijahnya? Bangsa Melayu jadi kuli di negara sendiri. Bukan kuli rakyat Malaysia, tapi kuli Bangla. Jatuh betul maruah aku ketika kat situ. Bangsa aku kan tuan di negara ni, Bangla tu pendatang, tapi dia menyelia bangsa aku!
Aku sedar kini, bangsa aku hanya layak jadi kuli. Kuli Cina, kuli India dan kuli Bangla.
Syabas Melayu!! Kalau kau orang nak terus jadi begini, didik la anak-anak kau orang supaya bercita-cita menjadi kuli. Insyaallah, tercapai hasrat engkau orang tu nanti. Kuli, cukup la sesuap nasi.....................
(bodoh!)
Aku, tetap menyesal jadi Melayu

Melayu Oh Melayu

Klip video cabul gadis
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.
Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya. Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.S eorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’. Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu. “Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki. “Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan. “Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,” katanya. Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa. “Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan. “Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,” katanya. Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan. “Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit. “Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,” katanya. Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan. “Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya. “Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,” katanya. Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian. Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri. Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar. “Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,” katanya. Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu. Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah.

......................................................................


Luah kecewa kepada adik
Oleh Nazarali Saeril
SHAH ALAM: “Kakak lebih rela mati daripada dibiarkan tinggal di sini (rumah penjagaan orang tua bukan Islam). Tergamak anak sendiri hantar kakak ke sini.
“Kakak tatang bagai minyak yang penuh ketika mereka kecil dulu, tapi bila tiba masa membalas budi, tergamak mereka perlakukan kakak seperti ini seolah-olah kakak bukan ibu yang melahir dan membesarkan mereka,” luah seorang wanita warga emas kepada adik kandungnya, Kamaruddin, ketika ditemui di rumah jagaan orang tua bukan Islam di ibu negara, baru-baru ini.Wanita bergelar hajah berusia 71 tahun itu dihantar dua anak kandungnya ke pusat penjagaan orang tua swasta yang diuruskan pengusaha bukan Islam sejak dua bulan lalu.Sebelum itu, kedua-dua anak derhaka itu memperdaya ibu kandung mereka dengan menyatakan hendak membawanya pulang ke rumah sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendapatkan rawatan.Keluhan diiringi deraian air mata itu diluahkan wanita berkenaan kepada Kamaruddin, 60-an, yang datang menjenguknya di pusat penjagaan orang tua itu sebaik mendapat tahu nasib malang menimpa kakaknya selepas lebih sebulan mencarinya.Kamarudin memberitahu Harian Metro, dalam pertemuan itu, kakaknya seakan-akan sudah tidak mampu lagi meluahkan kekecewaannya diperlakukan sedemikian oleh anak kandungnya sendiri.“Sebelum bertemu kakak pada 7 Mei lalu, saya banyak kali bertanyakan dua anaknya di mana mereka ‘meletakkan’ ibu mereka.“Jawapan saya terima menghampakan apabila mereka sekadar menjawab, it’s only for family members (ia hanya untuk ahli keluarga mengetahuinya),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Seorang daripada anak wanita berkenaan suri rumah sepenuh masa, manakala seorang lagi lelaki yang difahamkan bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).Kamaruddin yang berang dengan jawapan angkuh itu kemudian melakukan siasatan sendiri dengan bantuan tiga adik-beradiknya yang lain sebelum mengetahui tempat kakaknya ditempatkan.Sebaik mengetahui tempat kakak mereka ditempatkan, dia yang juga bekas pengamal undang-undang bergegas ke rumah penjagaan orang tua itu, tetapi terpaksa menahan telinga akibat dicemuh dan dimaki-hamun penjaganya.“Saya tak kisah dimarahi atau diperlakukan apa saja. Yang penting saya dapat bertemu kakak dan melihat keadaannya.“Air mata saya tidak semena-mena mengalir laju apabila melihat keadaan kakak yang tak terurus selain wajah sayunya akibat diperlakukan sedemikian oleh anak kandung sendiri,” katanya.Wanita itu menceritakan apa sebenarnya berlaku selain rintihannya tidak mahu lagi dibiarkan terus tinggal di rumah penjagaan itu.Bagaimanapun, niat Kamaruddin mahu membawa keluar kakaknya dari pusat berkenaan pada masa itu tidak kesampaian berikutan beberapa halangan.“Kami berdua hanya mampu menangis dan saya berjanji kepada kakak, akan berusaha sedaya upaya dengan bantuan adik-beradik lain serta agensi kerajaan berkaitan untuk mengeluarkannya dari pusat itu secepat mungkin.“Jika dia dapat dikeluarkan, kami adik-beradik berjanji menjaganya. Kami tidak akan biarkan nasibnya tidak terbela oleh waris sendiri,” katanya diiringi deraian air mata.Sementara itu, sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk membantu wanita berkenaan.“Ada beberapa perkara perlu diuruskan sebelum wanita itu boleh dibawa keluar dari rumah jagaan orang tua berkenaan.“Proses itu mengambil masa, tapi kami akan melakukan yang terbaik,” katanya enggan mengulas lanjut. Harian Metro sebelum ini melaporkan, keluarga wanita berkenaan membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) memaklumkan tindakan dua anak derhaka terbabit menghantar ibu mereka ke rumah penjagaan orang tua bukan Islam, menyebabkan wanita itu tidak dapat melakukan ibadat dan rukun agama.Berpandukan maklumat diberikan, pegawai Jawi bergegas ke pusat berkenaan dan menemui wanita terbabit untuk mendapatkan maklumat berkaitan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

....................................................

Artikel ni aku dapat dari Harian Metro hari ni. Semakin terserlah kebebalan bangsa Melayu. Semakin hilang nilai kemanusiaan.
Artikel 1
Aku semakin menyampah dengan mat-mat rempit ni. Anak bangsa lain sibuk menimba ilmu, engkau orang sibuk dengan gelaja soSIAL kau orang. Pandai tak boleh diikut (pandai ke? bebal ada la), bodoh tak boleh diajar.
Makin banyak perangai2 macam SIAL engkau orang ni, yang engaku orang rakam, kemudian masuk internet. Kau orang fikir bagus sangat ke perangai kau orang tu? Engkau orang ni, kalau tergolek tengah jalan elok dibiarkan aje. Bawak pegi hospital pun buat perabihkan duit rakyat aje. Mampos lagi baik la kau orang ni
Artikel 2
Ni 1 lagi perangai macam bangsat. Mak bapak bela sampai masuk universiti, dapat jadi pensyarah. Lepas tu ajar anak bangsa nilai-nilai murni la konon. Tapi kau hantar mak engkau kat tempat macam tu. Otak batu ke apa kau ni? Elok sumpah jadi batu aje. Lepas tu sepak2kan aje. Jadi pensyarah pun tak guna. Perabih duit aje bayar gaji. Perangai macam SIAL. Patut la anak didik kau pun perangai macam SIAL. Penuh dengan gejala soSIAL.
Inikah Melayu? Kebebalan orang Melayu semakin menjadi-jadi.
Melayu memang bodoh
Melayu memang tolol
Melayu memang bebal
Melayu memang tak ada otak
Aku? Menyesal jadi Melayu...


... maaflah, aku yang kecewa dengan sikap bangsa sendiri...

Friday, May 25, 2007

Saat-Saat Yang Sibuk

Bismillah
Minggu ni, jadual aku penuh. Tak der langsung nak berehat. Tau-tau je hari dah malam. Minggu ni aku dapat freelance job kat sebuah kilang getah. Aku design gambar untuk produk-produknya. Macam topi renang dan tikar baby. Tapi minggu ni aku siapkan design untuk swimming cap. Best gak. Apply sepenuhnya photoshop, illustrator dan coraldraw. Ada gak dia orang tanya2 sama ada nak kerja terus ke.. hehehehehehe...
Besok, aku lari ke Muar pulak. Juga freelance job untuk design perabot dia orang. Kilang ni buat perabot macam meja komputer, rak buku dan meja tulis.
Aku nak kemas kedai pun tak sempat lagi..
adohaiii....
.....................................................................................................................
Apa yang akan dilakukan apabila situasi ini terjadi kepada anda.
Disebuah kedai makan, anda telah memilih lauk untuk dijadikan juadah tengahari. Ketika sedang makan, ada terasa di dalam mulut anda ada sesuatu yang tak sepatutnya berada disitu. Contohnya, BENANG
Pelik aku, dari mana datang benang dalam lauk aku tu pun aku tak tau. Turun dari langit kot!
.....................................................................................................................
Tadi masa dengar berita, FAM melenting pasal orang kata pemain mereka main bola macam pondan. hahaha.. takkan marah bro... tak macho la lu.. macam pondan!
hehehe...

Sunday, May 20, 2007

Sold Out

Saat Yang Aku Rindu

Bismillah...
Fuh!! tajuk.. macam lagu pulak :)
Suatu petang, aku bersama rakan-rakan baik, selepas masing-masing pulang dari kerja. Kami singgah di suatu kedai mamak (mapley). Biasanya tempat duduk yang diambil adalah di luar, seperti bawah pokok atau, ruang kaki lima. Jarang kami masuk ke dalam. Semak! Sampai je, masing-masing order minuman dan makanan. Aku, order teh tarik (atau nescafe tarik) bersama sekeping roti canai (atau roti telur). Sementara menunggu order sampai, masing-masing bercerita. Sambil di selang selikan dengan gelak ketawa. Di atas meja, ada hand phone, rokok (dunhill, marlboro, gudang garam dan mild seven) serta lighter. Sambil sembang, sambil gelak.. sambil hisap rokok.Ada ketikanya, kotak rokok beralih tuan, melambangkan rakan mengepau rokok la tu (baca rasa rokok member). Bila order sampai, masing-masing makan dan di selang selikan dengan sembang dan gelak. Dah tentu la time makan tak hisap rokok.
Selepas melantak, seperti biasa, rokok dinyalakan lagi. Asap makin berkepul-kepul. Orang kata, lepas makan hisap rokok, nikmat! (memang betul la tu). Bila dah makan, sure dah tersandar.
Itu lah saat yang aku rindukan. Bila la nak lepak dengan kawan-kawan. Kebelakangan ni, lepak dengan orang-orang yang mempunyai kepentingan sahaja. Orang berniaga beb....

Friday, May 18, 2007

Warkah Untuk YB

Assalamualaikum
Apa khabar YB? Semoga YB senantiasa sihat sejahtera dan mampu untuk terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya warkah ini mengganggu tugas harian YB. Saya mengerti tugas YB. Terlalu banyak. Dari soal bumbung bocor, sehinggalah wanita bocor, semuanya YB kena bangkitkan. Namun, saya berharap agar YB meluangkan sedikit masa untuk meneliti warkah ini.
YB,
Saya senantiasa mengikuti perkembangan YB dari masa kesemasa. Saya kira, YB ini popular jugalah di kalangan ahli-ali parlimen ketika ini. Namun, kepopularitian YB adalah lebih menjurus kepada populariti yang negatif. Nama YB mula menjadi sebutan ketika isu kastam, kemudian isu bocor. Semuanya membusukkan nama kawasan YB. Busuk lagi membusukkan.
YB,
Apakah tindakan YB itu membawa kebaikan untuk rakyat kawasan YB? Sudahkah YB hitung berapa banyak barang seludup yang dirampas di kawasan YB? Berapakah jumlah rampasan serta berapa banyak pula penyeludup-penyeludup itu didenda, atau dipenjara?
Sudahkah AJK-AJK masjid menghantar laporan berhubung kebocoran bumbung masjid di kawasan YB? Sudahkah YB menyemak aduan JKK-JKK berhubung beberapa jalan di kawasan YB ini masih berlubang dan tidak diturap dengan baik? Berapa banyak rumah-rumah di kawasan YB yang berlubang sana-sini? Rumah-rumah rakyat yang tiada bekalan air dan elektrik? Sudahkah YB melihat kesemuanya?
YB,
Kami hantar YB ke bangunan parlimen yang bocor itu adalah untuk membela rakyat di kawasan YB. Bukan berkokok pasal uniform kastam atau wanita bocor setiap bulan. Bawa lah isu bagaimana hendak jadikan kawasan luar bandar seperti kawasan YB ini kawasan yang maju. Mampu memberi peluang pekerjaan kepada para belia. Membuka laluan kepada peniaga-peniaga untuk mengembangkan perniagaannya. Meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Membela fakir miskin dan sebagainya.
YB,
Ada ketikanya, saya rasa kecewa bahawa YB adalah wakil rakyat kawasan ini. Hujah YB di parlimen tak jauh bezanya dengan YB pembangkang. Tiada isi. Bising macam tong kosong sahaja. Kalau begini, baik undi pembangkang sahaja.
YB,
Ini janji saya. Jika pucuk pimpinan parti YB terus meletakkan YB sebagai calon di kawasan ini untuk pilihanraya akan datang, saya akan undi calon lawan. Tidak jauh bezanya. Tetapi, kalau undi YB, memalukan parti Melayu sahaja. Kalau undi pembangkang, biarlah dia nak berkokok lagu mana pun, yang penting, tiada YB parti Melayu yang memalukan. Makanya, jika YB ditawarkan untuk menjadi calon, adalah lebih wajar sekiranya YB menolak tawaran itu. Berilah peluang kepada orang lain yang mana akalnya lebih panjang, bicaranya lebih beradab. Tidak sabar rasanya hendak menghadapi pilihanraya akan datang.
YB,
Jika YB mendakwa tindak tanduk YB selama ini adalah demi kepentingan rakyat, warkah ini adalah demi kepentingan rakyat juga. Rakyat di kawasan ini bukanlah kedana sangat. Masih mampu hidup walaupun wakil mereka merepek entah apa-apa dalam dewan itu. Tiada wakil sekalipun, rasanya kami tak merempat. Ada wakil, tapi sekadar perabihkan duit rakyat bayar gaji, tak guna juga, kan? Baik la duit yang ada tu digunakan untuk tukar atap rumah. Hendak harapkan pertolongan YB.. jangan harap!
YB,
Walau apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat YB. Walaupun khidmat YB tidak cemerlang (gemilang, terbilang apa tah lagi), namun setidak-tidaknya, YB telah mempopularkan nama kawasan YB selepas tenggelam seketika. Tapi, bukan itu tugas yang perlu YB lakukan untuk kami. Lain yang kami suruh, lain pula yang YB lakukan.
Semoga persaraan YB akan menjadi memori terindah buat YB dan keluarga.
Selamat bersara YB
Terima kasih
.................................................
(Pengundi tanpa parti politik)
............................................................................................................
*Warkah ini bertinta emas, bukan bertinta darah*
Siang tadi aku gi pejabat PPK Merlimau. Ambik kunci kedai aku. Ahad ni berangan nak sapu & letak barang sikit :)

Wednesday, May 16, 2007

Hari Guru

Bismillah...

Sempena Hari Guru Hari ni, aku nak ucapkan


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU YANG PERNAH MENDIDIK AKU.

Sekolah Kebangsaan Terentang, Jasin, Melaka (1983 - 1988)
Sekolah Tun Perak, Jasin, Melaka (1989 - 1993)
Sekolah Menengah Datuk Bendahara, Jasin, Melaka (1994)

.................................................................................................

Hari ni, aku gi bayar deposit untuk kedai aku. Alhamdulillah. Aku dapat lot yang tengah. Ingat tadi nak ambik kunci terus, tapi pegawai yang pegang kunci tak der. Dia orang suruh aku datang esok atau lusa. Tak sabar nak masuk barang ni :)
Mungkin minggu depan aku nak buat promosi.. hehehe.. datanglah beramai-ramaiiiii!!!

Saturday, May 12, 2007

Hari Ibu

Bismillah...

Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 13Mei ini, mari kita sorot kembali penyandang-penyandang Anugerah Ibu Mithali...

1. Enjah Mohd Ariff (1980) - Ibu kepada 12 anak, 8 perempuan dan 4 lelaki.
2. Wan Mas Wan Ibrahim (1984) - Ibu kepada 8 anak. 3 perempuan dan 5 lelaki, termasuk bekas Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nik Ariffin Nik Omar.
3. Wan Meriam Wan Ahmad (1985) - Ibu kepada 6 anak, 5 perempuan dan seorang lelaki.
4. Zabedah Shahid (1988) - Ibu kepada 13 anak, 7 lelaki dan 8 perempuan, termasuk tokoh koporat terkemuka, Tan Sri Azman Hashim.
5. Ayot @ Rokayah Rajak (1991) - Ibu kepada 16 anak, 8 lelaki dan 8 perempuan. Sembilan anaknya berjaya ke menara gading.
6. Maimon Abdullah (1994) - Ibu keada 10 anak, 5 lelaki dan 5 perempuan.
7. Kamariah Alang Mat Nasid (1999) - Ibu kepada 13 anak, 7 lelaki dan 6 perempuan, termasuk bekas Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Khairuddin Arsyad.
8. Kalsum Abdullah (2002) - Ibu kepada 15 anak, 8 perempuan dan 7 lelaki termasuk bekas imam Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail.
Beberapa panggilan IBU dari seluruh dunia
  • Maori - Madar
  • Mongolia - 'eh
  • Punjabi - Mai, Mataji, Pabo
  • Serbia - Majka
  • Sepanyol - Madre, Mama, Mami
  • Sweden - Mamma, Mor, Morsa
  • Telegu - Amma
  • Turki - Anne, Ana, Valide
  • Ukrain - Mati

Sempena Hari Ibu ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibuku Hajjah Haspah Bt Shabudin. Semoga senantiasa dilindungi Allah swt dan berbahagia selamanya.

**Sumber : Berita Harian**

Friday, May 11, 2007

Bandar Maharani

Bismillah..
Beberapa hari ni, aku berulang alik ke Bandar Maharani. Siapa tak tau Bandar Maharani tu kat mana? Kat Muo ler.
Kali ni, aku berusaha untuk dapatkan freelance kat sebuah kilang perabot. Yang freelance kat Serkam hari tu, senyap je. So aku tak nak fikirkan yang tu. Aku nak dapatkan freelance dari kilang kat Muar ni. Hari Selasa hari tu, dia suruh siapkan 1 design. Dan hari ni aku submit, dapat pulak yang lain lagi. ehehehehe....
Syok juga driving ke Muar ni. Tak der la sesak sangat. OK la.. Kalau dah siap highway baru tu nanti, sure berdesup je orang Melaka nak ke Muar. Boleh lebarkan sayap ke Muar ni... tak jauh sangat. Memula pergi hari tu, rasa cam jauh je. Tapi tadi kira-kira, dalam 45km je. Boleh la pergi selalu. Tu la pepatah mengatakan, alah bisa, tegal biasa.. betul ke tu?

Sunday, May 06, 2007

Produk Baru - GamatMaxx

Bismillah..

1 lagi produk terbaru jenama Dr. Azimuth.


GamatMaxx - Liquid Natural Food

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Kesidang Teguh Enterprise (click)



Friday, May 04, 2007

More Than Words - Extreme

Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words

Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two

More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words

Masa kat kolej dulu (lama tak la lama sangat la, muda lagi ni), lecturer Bahasa Inggeris kami berkehendakkan kami mengadakan persembahan secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu mengandungi 5-6 orang. Memang sesuai la tu (ingat lagi 6 jahanam?). Memandangkan ini adalah kelas Bahasa Inggeris, makanya persembahannya juga mesti dalam bahasa itu juga lah. Setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan selama 5-10 minit. Maka pelbagai jenis persembahan yang dipertontonkan kepada kami. Ada yang buat drama, ada yang menyanyi ada juga yang buat lawak. Kumpulan kami telah memilih lagu ini untuk dipersembahkan. Dengan gaya masing-masing kami telah cuba menghayati setiap bait-bait lagu tu. Nasib baik masa tu Akademi Fantasia tak wujud lagi. Kalau tak, ramai la suara-suara pengkritik yang akan mengkritik kami. Kami juga tak ada sponsor pakaian, maka kami hanya mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam. Tie pula pelbagai bentuk. Ada seorang ahli kami mengenakan tie gambar spider-man.. ceh!! Ada kumpulan lain yang mengenakan baju melayu, berkebaya dan sebagainya. Walaupun simple, kami tetap berpuas hati dengan markah yang kami terima. Standard la, kumpulan 6 jahanam.. kekekeke..
Aku bab nyanyi-nyanyi ni sebenarnya tak minat sangat pun. Dengar gitu-gitu je. Aku suka dengar radio masa memandu & buat kerja. Tapi aku tak fokus pada radio tu. Aku jadikan suara radio tu sebagai background music je. Supaya tak terasa sunyi sangat. Tu pasal la bab lagu-lagu ni aku tak kisah pun. Nak hafal lirik jauh sekali. Tajuk lagu pun kadang-kadang tak tau. Artis tu kenal la sekerat dua. Kalau artis-artis baru ni, tak kenal la. Nak-nak yang keluar dari realiti tv tu. Sepesen je aku tengok dia orang ni.
Tapi masa show kat kolej tu, aku praktis sungguh-sungguh. ehehe... maklum la, kami menyanyi bukan sebab nak tunjuk bakat, tapi nak dapat markah. Makanya, kena la sungguh-sungguh. Ada sekali kami masuk pertandingan nasyid, tu pun aku praktis sungguh-sungguh. Tapi bab tu, kemudian la aku cerita.
OK?

Wednesday, May 02, 2007

Hujan D Tengah Malam

Sekarang tengah hujan. Makanya sudah terbayang-bayang akan bilik tidur, katil, tilam, bantal dan selimut aku. Kalau layan tidur ni memang menyeronokkan. Apa lagi??
- shut down pc
- off semua suis komputer
- tutup lampu
- zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz