Wednesday, January 30, 2008

Aku Sibuk

Bismillah...

Aku sibuk sekarang ni. Banyak benda nak kena buat. Antaranya...

1. Cari Lini
2. Lawat orang sakit
3. Jengah kampung-kampung
4. Derma sana sini
5. Semak harga barang

.........

Tu tanda nak election

Wednesday, January 23, 2008

Tek Lagi


Ni tek yang dianjurkan oleh selengetol. Rasanya dah pernah buat dah tek ni. Tapi dulu gambar lain. Sekarang dah lain.. hehehe
Aku suka gambar ni. Antara Senibina yang aku kagumi. Bentuk kapal layar. Kisah tentang bangunan ini boleh dibaca di sini :

Monday, January 21, 2008

KL dan Putrajaya

Bismillah...
Tahniah buat warga KL dan Putrajaya. Nampak gayanya, Rabu ni boleh la bersenang lenang di rumah. Tak payah la fikir soal kerja. Maklum la, dapat cuti. Jadi, dapat kesempatan cuti tu, gunakan la sebaik mungkin. Kemas rumah ke, bawak anak gi jalan-jalan ke.. :)
Selamat bercuti ye

**signal dari Pak Lah, tu nak election la tu**

Wednesday, January 16, 2008

AdiPutra

Bismillah...
Tadi aku tengok Buletin Utama
"Otak Adi ni macam kereta Ferarri, tapi pemandu bawa macam kereta Kancil. Jadi Kereta laju bawa perlahan, dah tentu lah enjinnya cepat rosak".
Siapa yang perlu dipersalahkan jika adik ini bosan dengan sistem persekolahan? Bahkan sukatan pelajaran di universiti juga telah 'dikhatam'.
Apa pandangan para cendikiawan terhadap masalah adik ini? Tiadakah ahli-ahli akademik yang dapat memberikan buah fikiran agar keistimewaan adik ini terus berkembang dan dapat dimanafaatkan?
Jika para cendikiawan gagal menyelesaikan masalah adik ini, maka adik ini lebih cendikiawan la dari mereka.
Mungkin keluarga adik ini perlu mempaternkan semua formula yang dicipta oleh adik ini. Dan sewajarnya sebuah dana ditubuhkan bagi mengkomersialkan formula-formula tersebut. Dengan cara ini, adik ini tak perlulah mendapatkan segulung kertas sarjana untuk diusung semasa mencari kerja. Dengan hak rekacipta yang dimiliki, adik ini hanya perlu tunggu royalti.
Yang paling penting adalah hak rekacipta. Ia harus dipaternkan!!

Saturday, January 12, 2008

Musim Baru

Bismillah..
Sekarang ni ada musim baru kan?
Musim tengkujuh?
... Bukan
Musim balik ke sekolah?
... Bukan
Musim budak hilang?
... Tak tepat
Musim membunuh?
... Tak jugak
Musim apa?
Musim CCTV
Hari ni orang bercakap pasal CCTV. Nak pasang CCTV kat setiap bangunan parti. CCTV perlu diselenggara dengan baik. Pastikan CCTV berfungsi....
Tapi paling best adalah cita-cita MB yang sorang ni...
"Kita akan pasang CCTV di setiap padang permainan." Kata MB ni.
Logik? Dari anak-anak kecil, sehinggalah warga tua, semuanya dijaga oleh kerajaan. Rakyat kita, atau lebih tepat lagi ahli keluarga, apa fungsi mereka?
Makin manja rakyat Malaysia. Tiada inisiatif untuk melakukan sesuatu. Semuanya mengharapkan orang lain, atau lebih tepat lagi kerajaan.
Kenapa tidak diaktifkan semula Rukun Tetangga di taman-taman perumahan? Mungkin sebab idea ni tak boleh dilaksanakan sebab orang kita sekarang buat hal masing-masing. Tak kenal jiran tetangga pun.
Jadi, ada idea lain ke?
Tepuk dada, tanya selera....

Wednesday, January 09, 2008

Maal Hijrah 1429

Salam Maal Hijrah
Apakah pengertian Hijrah bagi kalian?
Walauapapun pengertiannya, penghijrahan merupakan suatu perkara yang perlu dilakukan. Tak kiralah dari mana ke mana, tapi perlulah dari sesuatu yang buruk kepada yang baik, atau dari yang baik kepada yang lebih baik.
Hari ini, umat Islam dipandang serong oleh seluruh masyarakat dunia. Imej Islam hari ini adalah miskin, jahil, pengganas dan sebagainya. Tiada satu imej yang baik terlekat pada Islam.
Jadi, apa tanggungawab kita untuk membela agama suci ini? Inilah peranan hijrah. Kita harus berhijrah dari imej yang buruk kepada imej yang lebih baik.
Mudahkah?
Tidak semudah yang disangka. Umat Islam hari ini berpecah belah. Hidup berpuak-puak. Umat Islam hari ini seringkali mengaku yang Islam mereka lebih baik dari orang Islam yang lain. Orang yang tidak berserban dikatakan tidak berapa Islam berbanding orang berserban. Imam yang membaca ayat lebih panjang dalam solat dikatakan imam yang lebih baik dari imam yang membaca ayat yang pendek-pendek. Umat Islam sendiri yang meletakkan gred dalam agama mereka sendiri. Agama Islam macam telur, ada gred-gred tertentu. Maka orang lain menggapa Islam hanya sebiji telur yang bila dilontar pecah berderai. Bahkan lebih buruk apa bila telur itu telur tembelang.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita sama-sama mengubah sikap. Penyatuan ummah adalah perkara paling asas mencapai kemajuan. Bangsa Yahuni tak seramai mana, tapi sikap penyatuan mereka mampu memporak perandakan masyarakat dunia. Kekuatan ekonomi mereka mampu 'mentadbir' negara maju. Allah jadikan negara-negara Islam negara yang kaya. Namun disebabkan kedangkalan tentang ilmu, maka kekayaan itu tidak mampu diurus dengan baik. Ditambah pula dengan cara hidup yang berpuak-puak.
Apa kata jika kita ketepikan soal mazhab, soal puak, soal diri sendiri. Kita bersatu mentadbir setiap inci bumi Allah ini. Tanamkan azam untuk membela agama suci ini.
Percayalah, dengan penyatuan ummah sahaja umat Islam boleh maju. Setelah maju, baru lah imej Islam kembali bersih. Dengan imej yang bersih sahaja, umat Islam akan dipandang mulia. Setelah dipandang mulia, barulah bumi Allah ini kembali makmur.

Tuesday, January 08, 2008

Sudah Seminggu Tunggu Sebulan, Kemudian Setahun

Bismillah...
Sudah seminggu berlalu. Begitu pantas masa berlalu. Sedangkan, masih terasa bahang tahun baru hari tu. Kini, orang sibuk-sibuk pula bercerita pasal CNY, bulan hadapan.
Apa yang dah berlaku salama seminggu di tahun baru ini dalam hidup anda? Masih belum berlaku apa-apa yang menarik?
Aku, entah lah
Tak terkejar dek masa aku ni.
**entry merapu**

Wednesday, January 02, 2008

Pengakuan Ahli Politik

Aku hormat cara seorang ahli politik ini. Setelah dilanda skandal, dia buat pengakuan dan akhirnya melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan. Tanpa berselindung, tanpa pembelaan dari 'kepala', tanpa dolak dalih dan tanpa 'menunggu siasatan selesai'.
Ini cara orang yang 'bertanggungjawab'.
Cuba bandingkan dengan pemimpin parti yang satu lagi. Sibuk bercakaran, tuduh menuduh, baling batu sembunyi tangan dan berpegang kepada 'aku tak bersalah selagi mahkamah belum memutuskan aku bersalah'.
Ini cara orang yang gila kuasa.
Pilihanraya semakin hampir, jadi perhatikan betul-betul wakil rakyat kalian. Jika rasa dia tidak layak memegang jawatan, beritahu pucuk pimpinan, jangan merusuh di tengah jalan

Sudah 2

Bismillah..
Ye, sudah 2 hari tahun 2008. Sungguh pantas bukan?
Apa cara kita mahu kejar masa dan memastikan masa berada di belakang, bukan di depan?
Semasa melihat cara umat melayu menyambut tahun baru, aku melihat seolah-olah beruk yang menyambutnya. Terkinja2 dengan pakaian yang tak cukup kain, dengan rokoknya, dengan mabuknya, dengan perangai tak senonohnya. Sungguh teruk. Lebih teruk dari beruk kena belacan. Mungkin juga sebab umat melayu banyak makan belacan.
Mungkin kerajaan patut mengubah pendekatan untuk 'meraikan sesuatu dalam konteks masyarakat majmuk'.
Umat melayu, makin lama makin teruk.
Bila nak berubah?

..............