Bismillah
HOD
Ada orang marah aku pasal entry semalam. Aku akui, aku tak sepatutnya kata bos aku sengal.
Secara peribadi, aku suka kerja di tempat sekarang. Walaupun beban kerja melampau-lampau, tapi aku suka kerja merekabentuk ni (designer la kata orang putih). Ditambah pula, HOD aku seorang yang sengal.. hehe..
Sebenarnya, aku hanya tidak sukakan cara HOD aku bekerja. Dia adalah ketua untuk para designer syarikat itu. Tapi hakikatnya, dia mempunyai beberapa kelemahan yang menyebabkan kami mempertikaikannya.
1. Dia tak tahu melukis! Ini perkara utama yang menjadi bahan kami. Lakarannya yang agak buruk menyebabkan kadang-kadang kami tak faham apa yg dia nak lukis. Lepas tu, lukis pakai pen merah. Dakat merah tu bertepek2 kat meja dia. Apa barang lukis dengan pen merah? Ingat ni sekolah ke?... tak sengal ke?
2. Tahu guna AutoCAD, tapi tahap beginner - Ini pun satu hal. Selepas design, kami akan buat lukisan spesifikasi untuk setiap design itu. Dalam 7 orang designer (termasuk si sengal tu) hanya aku yang berkeupayaan untuk melukis construction drawing (lukisan binaan??) dengan sempurna (berlagak la pulak). Mereka yang lain hanya menggunakan teori matematik untuk buat lukisan spect (tak by scale pulak tu). Pernah jadi satu kes yang mana, aku buat spect untuk mini kitchen, kemudian HOD check. Bila dia check, dia pi tukar spect aku tu ikut teori matematiknya. Sudahnya, bila buat sample, semua tak boleh pasang. Aku buat semula tanpa bagi dia semak, alhamdulillah, boleh pakai. Tak sengal ke?
3. Tak tau guna Inventor - Ini software 3D. Sebelum sesuatu design kita buat detail, kita akan buat lukisan 3D dulu. Ini untuk tunjuk kat CEO. Suruh dia komen ke, bagi idea nak tambah-tambah ke. Dari situ kita akan buat spect, kemudian sample. Semua design dia, dia suruh kami buatkan lukisan 3Dnya. Lepas tu banyak songeh pula. Ada je tak kena. Tapi bila pusing2kan objek tu, baru dia OK. Kalau tak, jangan harap. Dia fikir dia punya cerewet je, orang lain punya cerewet, dia letak mana? Tak sengal ke?
4. Suka buat kerja yang sama berulang kali - Cara kerja ini yang buat aku cukup menyampah dengan dia. Benda kecil pun disibuk-sibuknya. Contohnya kalau dlam inventor tu, kalau warna chrome tu, dia nak sebiji warna chrome. Bila dah print, tak der la cantik sangat chrome tu, tu pun dia bising-bising. Bila dah sibuk-sibuk macam tu, dah banyak buang masa. Kemudian suruh orang stay back pula sebab nak buat benda-benda yang tak sepatutnya tu. Tak sengal ke?
Aku profesional. Aku hanya tak suka cara dia bekerja. Itu sahaja. Dia orang Jasin juga. Dia pergi/balik kerja pakai kereta company. Kadang-kadang kalau dia nak outstation, kereta company kena tinggal office, dia tumpang kereta aku.
Lunch pun semeja.
Maka, hubungan aku dengan dia OK, cuma cara dia bekerja berbeza dengan aku. Aku nak buat kerja on time, benda remeh temeh aku tak nak tengok.
Kerja
Masa pameran di Germany hari tu, kami pamerkan produk set bilik tidur. Hari ini, beberapa customer dah beri confirmation untuk beli design kami. Yang mengejutkan kami adalah, kuantitinya agak besar. Ini semua berkat kerjasama kami semua, walaupun HOD kami sengal... hehe
Cuti
Besok aku cuti.