Sunday, July 31, 2005

PC Kaput Lagi

Walawei....
Apehal dengan PC aku nie ntah. Sah kena virus lagi nie. Ni yang tension nie. Nak kena hantar kedai lagi la nie. Boringnya.....

Thursday, July 28, 2005

Terlalu Banyak Sebab Melayu Gagal

Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung minggu lalu tidak ketinggalan mencipta sejarah. Dan sejarah yang berulang ialah kelantangan suara Pemuda UMNO disebabkan kegagalan orang Melayu mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti dalam kek ekonomi negara. Maka terciptalah satu lagi wawasan UMNO iaitu Agenda Nasional Baru (ANB). Di samping itu bergegarlah PWTC dengan sorakan untuk mengembalikan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB adalah istilah taboo bagi bukan Melayu di Malaysia. Sebut saja DEB, pemikiran semua pemimpin bukan Melayu, parti komponen BN mahupun pembangkang, menjadi kabur walaupun kaum mereka tidak pernah rugi daripada dasar itu. Saya percaya ini lebih dipengaruhi oleh perspektif politik daripada keuntungan kaum.
Bagaimanapun, suka saya mengajak semua orang Melayu menyahut seruan Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik. Beliau mengesyorkan agar para pemimpin Melayu mengkaji `punca sebenar' kegagalan orang Melayu mencapai 30 peratus ekuiti setelah 35 tahun DEB diguna pakai.
Awang Selamat kata sebenarnya, ini sudah pun dilakukan dan orang Melayu tahu di mana yang tidak betul. UMNO juga kata mereka tahu punca kegagalan Melayu mencapai sasaran. Lupakan saja pendekatan politik Parti Keadilan Rakyat dan Pas walaupun mereka juga kata mereka tahu.
Oleh kerana Melayu telah pun mempunyai ramai bijak pandai, kita boleh beri lebih seratus satu sebab kenapa Melayu gagal. Dari sikap malas dan lemah sehingga kepada kurang pengetahuan, kurang pengalaman, kurang punca kewangan dan tiada jaringan perniagaan.
Mungkin kerana terlalu banyak sebab, kita gagal mencari jalan penyelesaian yang terbaik kerana terpaksa menangani semua alasan yang ditemui.
Sebab saya mengajak orang Melayu memberi perhatian kepada kenyataan Presiden Gerakan adalah kerana beliau mahu kita kaji ``punca sebenar''. Kita perlu jujur dan bertanya diri kita dengan minda yang terbuka dan dada yang lapang, adakah apa yang ``orang Melayu dan UMNO dah tahu'' itu adalah punca sebenar?
Apakah setelah 35 tahun Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadi agensi memartabatkan Melayu, bangsa kita masih kurang pengetahuan. Apakah setelah beribu juta ringgit kerajaan memperuntukan wang untuk membantu usahawan Melayu, kita masih menjadikan kekurangan sumber kewangan sebagai alasan?
Apakah usahawan Melayu masih perlu disediakan unit-unit kedai oleh Mara, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi untuk berniaga? Dalam kita bercakap pasal Melayu Glokal, apakah Melayu masih mengalami masalah jaringan perniagaan?
Saya ingin mengajak orang Melayu kembali merenung tangisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu. Apakah betul apa yang ditangisi oleh Tun Mahathir sebelum beliau mengundurkan diri bahawa Melayu mudah lupa?
Jangan lupa bahawa mungkin ini merupakan antara faktor utama kenapa Melayu masih gagal untuk mencapai sasaran DEB walaupun setelah 35 tahun berlalu.
Beri pinjaman, lupa hendak bayar. Bagi tempat di IPTA, lupa tentang belajar. Beri kontrak, lupa yang dia kena buat sendiri. Ada peluang, bagi orang sendiri, lupa hendak agihkan kepada orang lain. Beri kekayaan, lupa berjimat. Beri kemewahan, lupa diri. Beri ruang niaga lupa janji mahu berniaga. Beri kuasa, lupa berlaku adil. Beri makan, lupa bersyukur. Berikan masjid, lupa sembahyang. Jangan lupa juga lihat implikasinya.
Dalam konteks Pemuda UMNO, mereka mungkin tidak lupa bahawa DEB telah tamat tempoh pada tahun 1990. Tetapi mungkin mereka lupa bahawa kerajaan telah pun menyediakan satu dasar dan strategi yang berdaya tahan dan berdaya saing dalam Dasar Wawasan Negara yang dilancarkan pada 28 Februari tahun 1991.
Adakah Pemuda UMNO juga lupa bahawa dasar ini telah didokong sendiri oleh UMNO dan majoriti orang Melayu menyokongnya? Apakah Pemuda UMNO lupa atau tidak yakin dengan dasar yang pengarapannya dipimpin oleh UMNO sendiri? Kalau tidak, apa perlunya Agenda Nasional Baru?
Mungkin kita lupa pernyataan Wawasan 2020 ini adalah penegasan semula ke atas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi antara kaum, antara wilayah, antara negeri dan antara bandar dan luar bandar.
Dalam konteks ini, Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu golongan kaum sebagai tidak adil, sebaliknya menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan.
Untuk renungan, langkah mengatasi `kebocoran' adalah baik dan perlu disegerakan. Tetapi `kebocoran' bukan sebab utama kegagalan Melayu. Persoalan utama yang perlu dijawab adalah kenapa kebocoran dibiarkan berlaku selama 35 tahun? Kita tidak mahu kerajaan bertungkus lumus menjahit kantung yang bocor tanpa membuang gunting yang berada di dalamnya.

- Kamaruzaman Ujang, Shah Alam, Selangor.

Tuesday, July 26, 2005

Team Work Training

Bismillah...
Hari nie, aku menghadiri kursus teamwork development. Aku cukup letih dengan benda2 nie semua. Bagi aku, kalau aku tak attend kursus nie pun, aku dah tau dah. Of couse la bila nak membangunkan semangat kerjasama, the important thing is, kita kena develop diri kita dulu. Baru la team kita strong & boleh bekerjasama. Benda tu sumer command sense. Tapi syok juga lak. Dapat main..ehehehehehe.... tak stress ngadap pc/kerja.
Hari nie juga merupakan hari terakhir Zila. Well, tak dapat wish apa2 kat dia sebab aku kol 8.30 dah masuk meeting room. Lunch hour tak jumpa sebab aku kuar lewat. Sama gak time balik tadi. Aku keluar jam 615. So tak jumpa la... Good Luck for her....
That's all for today

Friday, July 22, 2005

Resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2005 Diharap Mampu Memperkukuh Hala Tuju Dan Misi Parti Secara Positif

TARIKH 19 dan 23 Julai ini adalah tarikh penting bagi semua ahli UMNO kerana untuk selama seminggu perwakilan UMNO seluruh negara berkumpul di Dewan Merdeka untuk menyatukan minda mengumpul intipati perbahasan bagi mencari resolusi bermakna memperkukuh hala tuju parti.
Sebagaimana biasa, banyak yang akan diperbahaskan tetapi satu isu sahaja yang mungkin menjadi topik hangat iaitu isu politik wang yang akan diselang selikan dengan usul ekonomi, agama dan juga pendidikan.
Usaha UMNO membanteras politik wang dilihat sangat konsisten ketika ini dan ia dibuat dengan teliti ibarat ‘menarik rambut dalam tepung’.
Fungsi Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen terus diperakui sebagai satu mekanisme serius Majlis Tertinggi (MT) membanteras gejala tidak molek ini.
Ia diiring pula oleh penubuhan Lembaga Rayuan yang dipengerusikan oleh bekas peguam terkenal, Tan Sri Zuki Kamaluddin yang melaksanakan timbang tara adil serta telus kes-kes berkenaan.
UMNO peka bahawa ia sentiasa berada di bawah pemerhatian umum. Ia sentiasa mengawasi kedudukan dan aktivitinya. Sebenarnya setiap tahun ada saja perkara yang menarik perhatian umum dan ia adalah perkara-perkara positif yang sedang berlaku dalam UMNO.
Mengikut pandangan penganalisis politik, UMNO sedang berusaha menyesuaikan diri dengan zaman ketika mana rakyat menuntut para pemimpin UMNO terdiri di kalangan mereka yang boleh dicontohi dan diteladani.
Sudah ada bukti dan petunjuk bahawa UMNO mula hendak bergerak ke arah itu.
Usaha UMNO untuk membanteras amalan politik wang dilihat sebagai bukti sudah ada hala tuju jelas untuk mengembalikan kegemilangan itu. Sudah wujud perbincangan secara terbuka mengenai langkah-langkah yang harus diambil oleh parti untuk membanteras politik wang.
Perbincangan rancak ini berlaku di semua peringkat, baik di kalangan ahli biasa di kedai-kedai kopi mahupun di kalangan pemimpin bahagian dan nasional. Ia suatu yang sangat positif.
Veteran UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Musa Hitam dalam satu wawancara dengan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini berkata, keadaan ini baginya adalah satu turning point dalam sejarah UMNO sebagai sebuah parti politik yang memerintah.
Ketika perbincangan di kalangan ahli-ahli itu berjalan, atas nama UMNO juga tindakan-tindakan tegas sedang dilaksanakan oleh institusi yang juga ditubuhkan oleh UMNO iaitu Lembaga Disiplin.
Institusi ini menjalankan tugas dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli dan pemimpin UMNO dari yang rendah serendah-rendahnya kepada yang tinggi setinggi-tingginya.
Ia tidak pernah terjadi dalam sejarah UMNO. Belum pernah sebegini ramai ahli dan pemimpin yang dikenakan hukuman. Sejak pemilihan yang lalu kita boleh melihat statistiknya.
Perkembangan ini menimbulkan berbagai pendapat yang positif dan negatif.
Ahli-ahli UMNO harus memutuskan sama ada mereka hendak rasa kasihan atas perikemanusiaan atau hendak mengambil tindakan yang tegas dan tidak berkompromi dalam soal rasuah politik ini.
Setakat ini UMNO mengambil tindakan ke atas pemberi rasuah tetapi tidak penerima. Apakah tidak seharusnya kedua-dua pihak dikenakan tindakan kalau UMNO benar-benar serius?
Tan Sri Musa berkata, kedua-dua pihak yang memberi dan yang menerima pada hakikatnya sama-sama bersalah.
“Tetapi pada pendapat saya apa yang terjadi sekarang ini adalah satu permulaan. Sebagai permulaan proses ini harus dilaksanakan dengan bukti-bukti yang lengkap.
“Saya percaya ada kes tertentu di mana penerima tampil memberikan bukti dan barangkali mereka itu diberikan perlindungan. Saya percaya Lembaga Disiplin berpendapat sekiranya saksi-saksi itu tidak dilindungi pada masa akan datang mungkin sukar untuk mereka mendapatkan bukti-bukti. Ini soal pengumpulan bukti.
“Dalam kebanyakan kes rasuah lazimnya mereka yang menerima selalunya tidak mahu mengaku. Saya percaya untuk mendapatkan bukti-bukti yang jelas Lembaga Disiplin terpaksa memanggil penerima yang sedia memberikan bukti.
Amalan memberikan perlindungan kepada saksi ini bukanlah sesuatu yang unik dalam proses pengadilan,” katanya.
Beliau berkata, pucuk pimpinan perlu membuktikan bahawa mereka bukan saja serius dalam deklarasi tetapi juga mengambil tindakan tegas. Orang mungkin bertanya kenapa A saja yang dikenakan tindakan tetapi B, C, D, E sampai Z tidak. Dalam masyarakat begitu juga; ada banyak pencuri, penyamun dan penipu tetapi tidak semuanya dapat ditangkap.
Kalau UMNO meneruskan tindakan tegas ini adalah diharapkan pada masa akan datang mereka yang memberi dan menerima rasuah politik akan berkurangan, sebaik-baiknya dihapuskan. Apabila makna rasuah politik itu difahami oleh ahli-ahli UMNO secara mendalam mereka akan jadi lebih takut melakukannya.
“Dalam beberapa tahun yang lepas saya berasa sangat khuatir kerana sense of values di kalangan golongan muda semakin menurun. Mereka tidak teragak-agak menerima wang yang berupa rasuah atau habuan selepas menjalankan tugas tanpa ada rasa malu.
“Persepsi dan budaya sudah bertukar. Mereka mengatakan ``apa salahnya terima wang'' malah mereka merasakan amalan memberi rasuah itu sudah menjadi tugas dan tanggungjawab orang yang mahukan undi.
“Saya harap tindakan yang diambil ini dapat mengingatkan mereka dan mematahkan mereka kembali kepada nilai-nilai benar yang berteraskan kepada slogan kepimpinan melalui teladan dan bersih cekap amanah yang telah ditonjolkan kepada masyarakat awal-awal dulu,” katanya.
Sebenarnya ahli-ahli akar umbi peringkat cawangan dan bahagian seluruh negara menyokong usaha pucuk pimpinan tertinggi parti mambanteras rasuah politik. Ahli-ahli UMNO harus bangga kerana parti mereka tidak mahu imejnya terjejas sehingga kepercayaan dan keyakinan rakyat merosot.
Tinjauan rambang UMNO-Online baru-baru ini mendapati, perasaan ahli akar umbi atau golongan veteran parti berasa yakin usaha ini akan berjaya juga walaupun terpaksa berdepan halangan.
Hanya dengan langkah yang tegas begini UMNO dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia sebuah parti yang serius sehingga sanggup mengambil tindakan termasuk terhadap pemimpin yang berjawatan tinggi.
Kalau kita takut atau malu kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas sesiapa pun. Sesiapa pun boleh memberi dan menerima wang, dan kita hanya berbisik sesama sendiri. Inilah yang telah terjadi selama ini.
Ahli UMNO, tidak kira apa pangkat dan jawatan masing-masing dalam parti yang dikenakan tindakan amaran atau penggantungan keahlian dinasihatkan supaya jangan meragui ketelusan proses rayuan Lembaga Disiplin UMNO kerana proses yang dilaksanakan untuk tujuan itu dibuat dengan teliti serta adil.
Pengerusi Lembaga Rayuan, sayap kanan Lembaga Displin UMNO, Tan Sri Zuki Kamaluddin menegaskan bahawa proses semakan dan penelitian yang dilaksanakan oleh lembaga itu dibuat secara professional dengan memberi penekanan kepada aspek keadilan yang sebenar-benarnya.
Beliau berkata, dalam proses itu, mana-mana ahli UMNO yang dikenakan tindakan disiplin adalah dijamin hak mereka untuk mengemukakan rayuan untuk dipertimbangkan dengan seadil-adilnya.
“Proses rayuan ini dijamin sepenuhnya dengan tata etika yang adil atau saksama malah ia adalah satu peluang terbaik untuk mereka yang berdepan tindakan disiplin mengemukakannya.
“Kita menyemak dan meneliti dengan seadil-adilnya malahan jika katakanlah seseorang itu dikenakan tindakan oleh panel A sebagai contoh, panel A itu tidak akan terlibat untuk memproses rayuan itu. Ia dibuat secara adil dan bebas daripada sebarang kemungkinan berlakunya tindakan berat sebelah dan sebagainya.
“Saya tegaskan di sini bahawa proses rayuan yang dikendalikan ini mengutamakan keadilan sepenuhnya untuk mana-mana ahli UMNO yang dikenakan tindakan disiplin,” katanya untuk UMNO-Online.
UMNO-Online difahamkan, Lembaga Disiplin UMNO sedang merangka satu sistem penghakiman yang lebih kemas termasuk mewujudkan dua mahkamah keadilan dan lembaga rayuan untuk membicarakan ahli yang melanggar peraturan parti.
Satu pasukan penyiasat menyerupai pasukan polis akan ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap seseorang ahli itu.
Satu badan pendakwaan yang bertindak seperti timbalan pendakwa raya di mahkamah sivil juga akan ditubuhkan untuk mendakwa pihak yang tertuduh.
Pada masa ini prosedur untuk menghukum seseorang ahli yang dituduh melanggar peraturan seperti politik wang kurang tersusun.
“Jika tidak ada halangan mungkin sistem yang menyerupai sistem penghakiman negara ini dapat dilaksanakan tahun depan.
Mengikut cadangan Lembaga Disiplin, sistem penghakiman itu akan mewujudkan dua mahkamah menyerupai mahkamah tinggi dan rendah yang akan membicarakan sesuatu kes mengikut tahap keseriusannya.
Selepas dijatuhi hukuman, kata beliau, pesalah akan dibenarkan membuat rayuan di lembaga rayuan.
Oleh kerana perkara itu masih di peringkat cadangan, menurut beliau, pihaknya belum dimaklumkan calon yang akan dipilih untuk menjadi hakim sama ada daripada kalangan ahli UMNO atau pihak luar.
Lembaga Disiplin UMNO tidak akan tunduk pada mana-mana tekanan atau kritikan berunsur kecewa atau marah tetapi akan lebih tegas, pantas dan tersusun dalam tindakannya selepas ini.
Penyusunan semula seperti mana ditegaskan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membabitkan usaha memberi ‘taring’ dan meningkatkan kredibiliti lembaga itu khususnya memperkemas system pengadilan/pendakwaannya.
Zuki berkata, sebarang kritikan yang berunsur kemarahan dan kekecewaan akibat dikenakan tindakan tidak akan dilayan malah tidak mustahil pula mereka yang berkenaan akan terus dipantau bagi mengelak timbul masalah berbangkit.
Menurutnya, Lembaga Disiplin UMNO berpendapat mengkritik dengan niat marah dan mahu merendah-rendahkan kredibiliti lembaga itu adalah suatu pengkhianatan terhadap kewibawaan UMNO membanteras amalan politik wang.
“Kita menyediakan proses rayuan dan mana-mana pihak yang dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin UMNO dan tidak puas hati boleh mengemukakan rayuan.
“Kita tetap akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan-rayuan itu…bukanlah dengan mengkritik, menghentam dengan menggunakan surat khabar seolah-olah mereka yang dikenakan hukuman ini dikhianati…tidak diberi keadilan dan macam-macam lagi.
“Malah sepanjang proses siasatan dan pendengaran kes-kes, kita sentiasa ingatkan mereka supaya menyediakan bukti-bukti pembelaan diri..mereka mendapat keadilan sewajarnya.
“Jika bersalah, kita tetap lah akan kenakan hukuman berpandukan tahap kesalahan itu serta berpandukan garis panduan ditetapkan parti..jadi apabila bertindak mengadukannya kepada surat khabar..ia bukanlah tindakan bijak.
“Lembaga Disiplin UMNO yang ditubuhkan atas restu Majlis Tertinggi, diberi kuasa oleh pemimpin utama parti dan bermotifkan memelihara kepentingan ahli-ahli parti tidak akan sekali-kali tunduk dengan tekanan seperti itu malah kita akan lebih tegas selepas ini,” katanya semasa dihubungi.
Beliau mengulas tindakan beberapa ahli Umno yang digantung keahlian kerana politik wang mempertikaikan hukuman serta cara penyiasatan yang dijalankan oleh Lembaga Disiplin, dengan ada yang mendakwa tidak langsung dipanggil memberi keterangan membela diri.
“Jangan cuba berdolak-dalik dengan alasan atau andaian tidak sepatutnya kerana lembaga bertindak mengikut undang-undang tatatertib parti dan kita akan lebih tegas lagi selepas ini,” tegas beliau.
Beliau bagaimanapun terus mengingatkan mereka yang dikenakan hukuman oleh lembaga itu mengemukakan rayuan secara rasmi secepat mungkin dan menghentikan tindakan menggunakan akhbar sebagai medan ‘melepas perasaan’..
“Dalam hal ini, pihak akhbar juga janganlah terlalu ghairah untuk mensensasikan berita seperti ini kerana dalam banyak perkara, mereka tidak faham prosedur dan tindakan yang diambil oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO.
“Ada perkara tertentu yang kita terpaksa rahsiakan, ada yang kita perlu hebahkan dan ada yang mesti kita sembunyikan mengikut tatacara undang-undang…jadi jika terlalu mensensasikan berita hanya mengeruhkan suasana…bagi mereka yang marah dan tak puas hati kenapa tidak kemukakan rayuan rasmi?” katanya.
Ada penganalisis politik berpendapat, apabila seseorang itu berkuasa terlalu lama ia mewujudkan keadaan yang disebutkan power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Ini satu kenyataan.
Apabila kita sudah berkuasa terlalu lama kita merasakan kita boleh buat apa saja kerana kita berkuasa. Orang merasakan apa guna berkuasa kalau tidak dapat menggunakan kuasa yang ada.
Mentaliti ini sudah wujud beberapa lama dalam UMNO. Mentaliti ini membayangkan nilai dalam UMNO yang semakin lama semakin menurun. Harus ada tindakan yang tegas dan teratur yang diambil untuk membendungnya.
Adalah diharapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2005, dapat ditubuhkan satu jawatankuasa yang diberikan tanggungjawab untuk mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi gejala politik wang ini.

Wednesday, July 20, 2005

Pendedahan AP: Apa signifikannya kepada rakyat?

SENARAI pemegang permit import (AP) sudah didedahkan. Ada yang terkejut tetapi ada juga yang sudah menjangkanya.
Walaupun dinafikan, terbukti dakwaan bahawa sebahagian kecil syarikat menerima terlalu banyak AP adalah benar, dengan lebih separuh daripada 67,158 permit yang dikeluarkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, diberikan kepada tiga pihak yang berlainan.
Tiga datuk; Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Lt. Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad menjadi penerima terbanyak dengan 15,759 AP.
Selain Azzuddin, nama Syed Azman dan Mohd. Haniff merupakan rahsia terbuka dalam industri sebagai penerima utama permit itu sejak dua tahun lalu. Dan terbukti ketiga-tiga datuk ini sudah melangkaui tahap Raja AP yang dikenali ramai sebelum ini, Tan Sri Nasimuddin SM Amin, yang jatuh ke tempat kedua dengan 12,524 permit.
Pihak ketiga ialah sebuah syarikat pengedar kenderaan Hyundai, Hyumal Motor Sdn. Bhd., dengan 8,573 AP. Ia menimbulkan sedikit isu apabila Tan Sri Vincent Tan disenaraikan sebagai salah seorang pemegang saham, selain Berjaya Group Bhd. dan Sime Darby Bhd., sedangkan AP ini sepatutnya diberikan kepada syarikat dengan sekurang-kurangnya 70 peratus pegangan bumiputera.
Nasib baik semalam Hyumal menerangkan bahawa sudah berlaku perubahan dalam pegangan sahamnya dengan Sime Darby memegang 51 peratus kepentingan dan selebihnya dikuasai oleh individu serta syarikat bumiputera.
Ketelusan seperti ini memang amat dialu-alukan, tetapi apa yang lebih mahu diketahui ialah apa signifikannya kepada rakyat?
Terbukti, sistem AP memang bersandarkan naungan politik. Memang benar semua orang boleh memohonnya, tetapi hanya mereka yang teristimewa yang mendapatnya.
Ada 35 buah syarikat yang menerima AP francais manakala 76 buah syarikat lain menerima AP terbuka.
Daripada nama-nama yang disenaraikan, ada yang berulang-ulang. Nama dua daripada tiga datuk itu, sebagai contoh, dicatat dalam enam buah syarikat yang memegang AP francais.
Nama-nama bagi AP terbuka bagaimanapun lebih menyeluruh, dengan nama-nama yang `familiar' dalam dunia politik. Jumlah AP yang diterima oleh mereka juga adalah jauh lebih kecil berbanding penerima AP francais. Ada yang menerima 22 AP sahaja.
Antara penerima AP terbuka ialah bekas Pengerusi Tetap UMNO, Allahyarham Tun Sulaiman Ninam Shah; Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Leo Toyad; bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dan bekas Ahli Parlimen Limbongan, Wan Mohd. Najib Wan Mohamad.
Turut tersenarai ialah Datuk Yaakub Muhamad atau Yamud, bekas Ketua UMNO Bahagian Machang yang menjadi perhatian bulan lalu selepas pencuri memasuki rumahnya dan melarikan wang serta barang kemas bernilai RM1.4 juta.
Penerima AP francais pula sebahagiannya terdiri daripada ahli perniagaan yang dikenali umum, seperti Datuk Abdul Hamid Ibrahim daripada Torino Motor Industries yang mengedar Fiat, Syed Hussain Syed Mohammad dari Sisma Auto yang mengedar Jaguar serta penerima AP yang pertama sekali `diumum', walaupun hanya mendapat 95 AP, iaitu Datuk Mokhzani Tun Dr. Mahathir yang bertanggungjawab terhadap edaran kereta Porsche.
Sebahagian lagi agak sukar untuk ditentukan status mereka. Ahli perniagaankah? Ahli politikkah? atau kerabat-kerabat dirajakah?
Antaranya ialah Muhammad Fadhil Ahmad dan Zahari Jaffar yang menerima sehingga 1,807 AP untuk Competitive Supreme dan bersama Razak Al-Malique Hussain, mendapat 1,080 AP lagi untuk Brooklands Motor.
Begitu juga Tunku Datuk Zainol Tengku Izham dan Ramzia Arshad dari Amazing Tempo yang menerima 2,025 AP.
Syed Azman dan Mohd. Haniff, juga tidak kurang misterinya. Kedua-duanya dikatakan bekas pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, masih muda dan baru sahaja menceburkan diri dalam perniagaan beberapa tahun lalu. Tentunya mereka ada kelebihan kerana menerima jumlah AP terbanyak.
Namun, memandangkan nama-nama penerimanya sudah didedahkan, sekarang, timbul pula persoalan mengenai langkah seterusnya dalam isu AP ini.
Rungutan utama Tun Dr. Mahathir Mohamad, selain kemasukan berlebihan kereta-kereta import melalui sistem AP ini, ialah syarikat-syarikat pemegang permit membuat pengisytiharan harga kereta masing-masing di bawah nilai, sehingga merugikan kerajaan ratusan juta, mungkin berbilion ringgit, akibat hasil yang tidak dapat dikutip.
Kastam Diraja Malaysia menyatakan akibat peraturan perdagangan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa selain menerima harga yang diisytiharkan oleh pemegang AP.
Oleh itu, bagi tahun lalu, mereka hanya mengutip cukai berjumlah RM849.52 juta daripada kira-kira 67,000 kereta yang dibawa masuk menggunakan AP.
Secara mudah, ia bermakna setiap kereta yang dibawa masuk menggunakan AP dikenakan cukai purata RM12,679 setiap satu. Logikkah?
Dipercayai hampir semuanya adalah kereta mewah, tetapi yang dikutip cuma RM12,679 sahaja.
Bermakna harga yang diisytihar adalah jauh lebih rendah daripada nilai purata itu memandangkan Malaysia mengenakan cukai dan duti antara 140 peratus hingga 300 peratus terhadap kereta-kereta import.
Memandangkan senarai sudah diteluskan, tentunya tidak sukar untuk memburu mereka yang membuat penipuan harga ini.
Hentikan kebocoran atau ketirisan ini segera. Sekiranya ia dilakukan secepat mungkin, lebih banyak hasil dapat disalurkan untuk faedah rakyat.

Sunday, July 17, 2005

Hari Minggu

Ahad datang kembali...

Kini dah malam. Sekejapan sahaja masa berjalan. Dah pertengahan Julai. Besok dah kerja kembali. Aduhaii...
Siang tadi ke Melaka Sentral. Nak cari CD AutoCAD. Dah tak der pulak. Kena komplen kot. Time aku nak guna, semua benda tak der. Tapi kalau tak nak, bersepah-sepah... Tension aku. Cari CD dalam kotak, nasib baik ada 1. Tapi tak boleh pakai sebab tak competible dengan OS aku. Alahaiii.. macam-macam la pulak.
Siang tadi, lepak kat rumah je. Surfing the net. Tak jumpa2 lagi driver untuk scanner aku. Tension betul la. Semua tak boleh pakai.
Tak der apa-apa yang menarik pun. Boring la pulak. Nak layan tv, buat masa nie ada rancangan angerah filem. Tak menarik lah. Baik layan PC aku.....
Lagi bestttttt

Friday, July 15, 2005

Ada Bonus & Kenaikan Gaji?

Bismillahirrahmanirahim...
Satu-dua hari nie, aku berada dalam keadaan sibuk sangat. Tapi semuanya boleh handle. Cuma masalah aku dengan si Nicky nie. Semalam VGM dah minta report pasal mamat nie. Well, aku hanya dapat explain yang si mamat nie perlu masa lagi. Masalah paling besar si mamat nie ialah tak faham tachnical drawing. VGM tanya sama ada nak terminate atau tidak, aku just bagi tempoh. Bagi tempoh 3 bulan. Then, aku akan terminate sendiri mamat nie kalau tak perform. Bab nie yang rasa cam tak berani nie. Akak dia assistant manager. Naya aku nanti. ehehehehehe....
Project aku sekarang, Thomas Collehction. Nie pun masak nak buat. Sample dah hantar ke China. So aku lukis ikut dan je. Kena cari info dari workers. Hampeh tol...
Lepas balik dari solat jumaat tadi, siti inform aku yang bulan nie dia management nak bagi bonus + kenaikan gaji tahunan. Yahooo...!!
Next?
Tak der la. Layan rest la pulak. Ngantuk lak hujan-hujan nie...

Monday, July 11, 2005

Ular Yang Menyusur Akar

Assalamualaikum...
Hari nie, aku banyak menghabiskan masa mengajar si Nicky. Dari AutoCAD sehinggalah nak buat working drawing. Siap suruh color lagi. Tak paham jugak tak tau lah. Dah dekat sebulan dah dia buat desk mirror tu. Tak siap-siap jugak. Dah siap tapi salah (kira tak siap la tu kan). Rasa macam nak terminate je mamat tu. Cari orang lain.
Dalam pada masa yang sama, sebua item untuk Everett Group aku dah siapkan. Sekali ngan mirrornya. Mulai besok, aku start buat Thomas Group. Item nie masalah sket. Sample salah, drawing pulak dia org bagi dalam format PDF, puas aku putar scalerules tadi. Nak cari skala yang betul. Hampeh, confirm drawing tu dia pakai free scale.
Monitor aku tak ambil lagi. Tension tol la. Ingat nak ambik hari Sabtu hari tu. Tapi disebabkan kemalasan melanda. Aku tak buat. Sekarang, sapa yang menyesal?? Aku jugak!!
Besok aku dok sorang2 kat office. Sebab, senior, Zila & Nicky ada seminar. Turn aku 26hb nanti. Hmm.. . Ape nak buat besok ek??? Ngular??
Fikirkannn....................

Saturday, July 09, 2005

Yang Dipertuan Agong Tunai Solat Jumaat Di Masjid Simpang Kerayong

JASIN, 8 Julai : Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong bersama kira-kira 500 penduduk Simpang Kerayong. Ketibaan baginda yang diiringi oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di masjid berkenaan pada jam 1.15 petang telah disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka, Ketua-Ketua Jabatan dan penduduk-penduduk Simpang Kerayong. Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Simpang Kerayong, Abdul Bari Ahmad, Seri Paduka Baginda telah berkenan beramah mesra dan bersalam-salaman dengan para jemaah. Baginda kemudiannya telah berkenan melancarkan buku Masjid Negeri Melaka terbitan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang mengandungi sejarah 178 buah masjid di Melaka, pegawai –pegawai syarak dan ahli jawatankuasa kariah masjid. Baginda juga turut bersama-sama penduduk dan tetamu menikmati jamuan tengahari dalam Majlis Santapan Tengahari yang diadakan di perkarangan masjid yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Jasin itu.

(petikan dari akhbar Melaka Hari Ini)

Friday, July 08, 2005

DAULAT TUANKU

Hari nie, kampung aku dilawati oleh orang nombor satu kat Malaysia ni. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Turut mengiringi baginda ialah Tuan Yang Terutama Negeri Melaka & Ketua Menteri. Mereka bersolat Jumaat bersama penduduk kampung (baca penduduk Jasin). Meriah jugak la kampung aku tadi. Tapi aku tak boleh join lelama. Aku terpaksa bergegas ke JPJ, lesen aku mati daaaa....
sebelum ke masjid, aku ke MITC Air Keroh, atas urusan perniagaan (ehem..)
Besok kerja cam biasa. Nak gie Megatech juga. Ambil monitor.
Buat masa nie, aku masih mencari driver untuk scanner aku. Alaa.. Payah beno pulak nak cari driver Acer nie. Brand tak glamer canggitu lah. CD driver nya entah mana ntah. kat KL lagi kot. Hampeh toll la..
Chowww

Thursday, July 07, 2005

Senja Nan Merah


Bismillahirahmanirahim...

Lagi senang upload picture pakai windows xp ni. Kalau pakai windows 98, kena install program lain. Hmm... alhamdulillah la nie. Tapi view web aku berterabur lah. Apesal ek? Ke aku punya setting aje. Korang kalau view webblog aku, OK tak. Especially tang side bar. Gambar aku mesti selari ngan tajuk kat atas....



Hari nie, aku dah siapkan dresser. Besok... hmm.. aku plan nak cuti. Nak gie MITC, ada urusan prniagaan (ehem...) then nak gie bank. Tapi the important thing is.. aku nak gie post office, lesen aku mati hari sabtu nie. Sabtu nie, post office bukak ke? Ke, dah ikut gomen, keje 5 hari seminggu. Kalau dia ikut gomen..sapan la. Asal nak berurusan je, kena cuti.

Office ape cerita? Hmm.. hari nie, si Nicky kena basuh ngan VGM. Ape yang dia cakap aku tak paham la. Maklum la..'speaking longdong'..... Aku rasa, besok pun mamat tu tak datang keje... ehehehehehehe.. lantak ko laaaa... Males aku nak layan ko....

Wednesday, July 06, 2005

PC Dah OK

Bismillah...
Setelah beberapa hari, PC aku pulih sepenuhnya. Lega rasanya. Tapi view tak berapa menarik la. Especially for my blog. Macam terabur je interface aku nie.. Macam mana nak setting pun aku tak tau. Nie tengah cuba lah nie.
Pening gak kepala melayan benda nie.
One more thing, email setting aku semua dah hilang. So kena la guna email melalui webmail. Tapi jaring punya bikin gatal kepala la.. Langsung tak user friendly. Hampeh tol. Nak setting pakai microsoft outlook, incoming/outgoing mail server plak tak tau. muahahahaha..cam mana daaaa
fining daahhhh