Saturday, April 29, 2006

Tambah Kolum

Bismillah...
Hari nie, aku tambah column baru dalam blog aku nie. Column kerajaan Malaysia. So, sesapa yang nak buat rujukan pasal nama menteri ke, jabatan kerajaan Persekutuan ke, boleh la rujuk kat blog aku nie. Penting tau Pengajian Am nie. Aku panggil Pengajian Am sebab masa form 6 aku blaja bab2 kenegaraan nie dalam subjek Pengajian Am. Tak tau la kot2 skang nie dah tukar nama. Banyak faedah yang boleh diperolehi dalam column baru nie. Antaranya adalah persedian untuk menghadiri temuduga. Sekarang nie ramai mahasiswa yang tengah dok cari keje kan? haa... ada segelintir tu, nama je mahasiswa, tapi nama menteri pun tak tau, kan? So adik2, refer la blog abang nie yer... Insyaallah, pas temuduga punya lah..:)
Hari nie, lunch ngan bos. Dah lama tak dok sembang ngan aku katanya. Kalau dok office aku asyik ngadap PC je..kekekeke.. ye ke?? bukan snaking ke? Tak kisah la tu,. So, tadi makan ikan bakar kat Malim. Kembang perut aku..muahahahaha
Sekarang nie AIM ke 13 sedang berlangsung. Tak tengok sangat pun. Tak minat le benda2 nie. Yang aku tengok tadi, Siti menang untuk... vokal wanita terbaik kot... ntah, lupa lak. Hai la Siti, makin merah bibirmu itu..menggoda dan menggiurkan.. kekekekekeke...
Pe lagi?? Tak der kot, perut rasa memulas la pulak. Nak gi tabur baja lah.. kekekeke... BERAK pun tulis dalam blog ke?
Hampeh tol blog ezadahmad nie.....

Thursday, April 27, 2006

OK ke hari nie?

Assalamualaikum...

Hari nie kerja OK gak. Tak ada orang kacau. Kalau ada pun, packing line aje. Tu pun bukan pasal kerja, tapi fasal 5S....
Wah!! Naik saham kali nie..kekekekeke... Semua layout 5S dapat kat aku. Tapi jenuh gak la nak siap kan. Untuk packing line, aku janji hari Sabtu. Nasib baik aku janji hari Sabtu, kalau janji besok, sah2 malam nie aku tak tidur.. keekekekeke...
Yang tak bestnya buat FS nie ialah aku terpaksa guna banyak color untuk printer. Walhal, stock toner aku dah tinggal sikit ni. Nak pakai sampai 10hb 5. hmmm... lanyak je laaaa....

Hari nie baru dapat Info dari WT. Franchisor yang janji nak bagi info kat aku. Alhamdulillah. So, kena standby RP lagi.. Asyik buat RP je, hasil tak jadik2 gal:(

Chowzzz... layan tido la.. Hujan2 nie layan tido la best, baru blueeeee....ssss:)

Wednesday, April 26, 2006

Tips Peniagaan

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil (seperti di laman web PUNB)

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat berbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada 'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Monday, April 24, 2006

Belasungkawa: Negarawan sejati, tak jemu berbakti

TUN Ghafar Baba, negarawan yang dikenali kerana kesetiaannya kepada negara seperti pahlawan Melayu ‘Hang Tuah’, sudah meninggalkan kita semua, apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana penyakit asma di Pusat Perubatan Intan Gleneagles di sini kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang, kira-kira jam 7.34 pagi semalam.
Ghafar yang menyambut hari lahirnya ke-81, 18 Februari lalu, menghabiskan hampir keseluruhan zaman dewasanya memperjuangkan apa yang penting untuk Melayu menerusi Umno.
Perjuangan beliau yang tidak pernah kenal erti kegagalan menjadi satu model terbaik untuk diikuti masyarakat negara ini.Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai 10 orang anak hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Toh Puan Asmah Alang dan seorang anak perempuan, Kartika Sri hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri keduanya, Heryati Abdul Rahim.
Ghafar yang dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, adalah anak kampung yang dibesarkan dalam kemiskinan tetapi beliau tidak pernah menjadi kekurangan itu penghalang untuknya berjaya dalam kehidupan.
Dibesarkan dalam serba kekurangan, beliau menyaksikan adik bongsunya meninggal dunia hanya beberapa hari selepas dilahirkan gara-gara kekurangan makanan berzat. Abangnya pula menyusul ketika berusia empat tahun. Begitu juga tiga saudara perempuannya yang turut meninggal ketika usia masih muda.
Kesengsaraan dalam kehidupan antara pemimpin ulung negara itu tidak berakhir di situ, apabila ibunya meninggal dunia apabila Ghafar baru berusia enam tahun.
Kepahitan hidup cukup menginsafkan Ghafar, anak keenam daripada sepuluh beradik (enam perempuan dan empat lelaki), betapa perlunya dia harus keluar daripada belenggu kemiskinan yang melingkari kehidupannya.
Ketika berusia 14 tahun, beliau menjadi pemungut bola tenis dengan upah 10 sen sehari di Kelab Golf milik penjajah Inggeris, di Kuala Pilah.
Beliau pernah menjadi pemungut bola tenis kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan takdir menentukan, 20 tahun selepas itu, Ghafar berjaya duduk semeja dengan Tuanku Abdul Rahman apabila beliau yang ketika itu menjadi Ketua Menteri Melaka, menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
Kerjaya politiknya yang bermula sekitar 1940-an apabila beliau seawal usia 15 tahun bertindak menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1948) sebelum diharamkan British dan menyertai Umno pada 1951.
Beliau yang kemudian bertugas sebagai guru, mula dikenali kerana komitmen, dedikasi, pengorbanan serta kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Umno.Pada pilihan raya 1955, ketika berusia 29 tahun, beliau memenangi kerusi Ahli Parlimen Melaka Luar dan empat tahun kemudian, pada usia 34 tahun, beliau mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.
Beliau menjawat sebagai pentabdir utama Kerajaan Melaka selama lapan tahun (Jun 1959-Ogos 1967) dan dilantik sebagai senator selama setahun (Januari 1968-Mei 1969).
Niat tulus Ghafar untuk memajukan orang Melayu terbukti apabila beliau sanggup meninggalkan jawatan Ketua Menteri 1967 untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas Pengerusi Mara yang disandangnya pada 1966.
Di bawah pimpinannya, Mara membuat pelbagai langkah drastik untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dengan pengenalan Amanah Saham Mara, Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara), Maktab Sains Mara dan sebagainya.
Dua tahun Tunku Abdul Rahman (ketika itu Perdana Menteri) memujuknya mengambil tempat sebagai Menteri Persekutuan tetapi beliau menolak.
Hinggalah Tunku terpaksa melantiknya menjadi Menteri Tidak Berportfolio pada 1967 ketika Ghafar berada di luar negara.
Pada 1969, beliau dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar sebelum bertukar ke Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar pada 1974.
Sepanjang kerjaya politiknya, beliau adalah pemegang rekod sebagai calon paling lama bertanding dalam pilihan raya umum dan memenangi semua pilihan raya bermula pada 1955 hingga 1999.
Beliau juga mewakili Parlimen Jasin untuk lima penggal berturut-turut dari 1978 hingga 1995. Ghafar pernah menjadi Pengerusi Umno Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.
Beliau seterusnya menjawat beberapa jawatan penting termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Naib Presiden Umno mulai 1962 hingga April 1987 dan jawatan terakhir beliau dalam kerajaan ialah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar sebelum melepaskan jawatan itu pada 1993.
Jawatan tertingginya adalah Timbalan Presiden Umno disandangnya pada 24 April 1987 selepas mengalahkan Datuk (kini Tan Sri) Musa Hitam dengan majoriti 40 undi. Beliau kemudian dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Sebelum itu, beliau menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 1990.
Bagaimanapun, Ghafar melepaskan jawatan Timbalan Presiden Umno pada 1996 apabila terpaksa menarik diri dan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam Barisan Nasional (BN), Ghafar menjadi Setiausaha Agung sejak 19 September 1974 sehingga 25 Oktober 1993.
Sebagai orang dihormati semua pihak, Ghafar sering muncul sebagai orang tengah seperti krisis membataskan kuasa Raja-Raja Melayu (1983), kepemimpinan MCA (1984), kepemimpinan Parti Bersatu Sabah - PBS (1985) dan krisis kepercayaan kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (1987).
Bagi menghargai jasanya kepada negara, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dianugerahkan gelaran Tun sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1995.
Kehilangannya akan dirasai tetapi segala jasanya akan kekal dalam lipatan sejarah tanah air sebagai individu meletakkan kepentingan negara dan bangsa melangkaui segalanya.
Al-Fatihah.

Sunday, April 23, 2006

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMuBerilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Friday, April 21, 2006

Rasanya tak nak taruk tajuk lah

Hari nie Senior cuti. yabedabeduuuu..... Tapi subuh2 dah kena tembak. Senior punya drawing, aku pulak kena tembak. Hapeh!! Alaa... dengan betina purchacing tu aje. Buat bodo je la. Layan betina baru kawen tu.. (mlm tadi tak dapat apa2 gamaknya..) memang sengaja cari pasal la. Malas aku nak layan. Dia ngan adik dia sama je... Cam b*b*.. kekekekeke....
Haaa.. call mentor pasal protege. Nasib baik valid lagi. Tanya pasal tempat kursus 1hb nanti. Kat mana lokasinya.. Ape punye hang tuah daaaa... alor gajah punya area tak tau.. Tanya orang KL plak tu.. kekekeke.. bengongzz punya dak ezad nieh. Sah2 hari nie aku tak bawak otak gie office.... Pasal aku tak tau, aku tanya laaa. Kalau tau menonong je aku bawak kancil aku tu.....
Cakap pasal Kancil nie, isk.. risau gak aku, dah 4 bulan tak service nih. Dah la hari2 jalan jauh, tak service lak tu. Tu cam dah semput2 tu.....
Hmm.. nak kena gi service gak dlm bulan nie. Tengok la. Ada modal sket nih....
Student aku ari nie, banyak buat benda bangang. Ntah apesal ntah. Tak mandi pagi gamaknya (patut la busuk..kekekeke) Memula dia taburkan semua kertas yang dia photostat. Lepas tu cop lak original ngan cop copy..... pas tu salah filing... aduhaiii... silap2 salah bagi document kat department nie. Tak esok isnin, kalau ada yg berkokok..... nepal nie punya pasal la. Tension tol aku dibuat nie. Mana taruk otak daaa.....
Uncle Foh berenti, uncle lim berenti.............. uncle ezad.. bila nak berenti? kekekeke.. baru tanya prosedur resign (pancing je..) senior dah cuak semacam. Terus inform next month, aku dpt something dari company,.... kekekekeke
hai lahaiii... tingginya value ko uncle ezad oiii....... LAYANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Tuesday, April 18, 2006

Menjawat Jawatan Guru Sementara

Di samping menjadi pereka, aku juga telah ditauliahkan sebagai guru sementara (bukan siswazah) kat company nie. Guru yang mengajar komputer, guru lukisan dan juga guru pengkeranian. Mula2 dulu, murid aku dari puak yang 1 nie. Setelah 8 bulan, aku telah gagalkannya. Buat semak aje mengajarnya. Dan sejak hari Isnin lepas, aku dapt pelajar baru. Pelajar antarabangsa dari NEPAL. So, sebagai permulaan, sebagai mana biasa, murid aku berhadapan dengan sylibus yang pertama, iaitu memphotostat drawing set yang dah aku siapkan. Itu adalah subjek pengkeranian.. kekekeke.... seterusnya, aku ajar murid aku tu menggunakan komputer. Sylibus pertamanya ialah menaip menggunakan MS Word. Lepas taip, ajar gunakan printer pulak. 'Pengetua' meminta aku mengajar murid ni selama 3 bulan. Tapi kali nie aku cakap awal2, aku hanya akan ajar selama 1 bulan. Kalau result cam hampas kelapa, terus terminate. Malas aku nak layan orang2 lembap nie. Terhegeh2 cam siput b*b*.
Adohai... ape la nasib company aku tu. Memilki ramai staff yang tak power. Ramai cam hampas kelapa je. Hanya berguna jadik makanan ayam.
Ada tu, bertahun2 kerja pun, tak kenal lagi antara headboard dgn footboard kat bunk bed...
Siapa kata mereka nie bagus sangat??
Kini, buat sekian kalinya, aku bangga menjadi aku... Aku tau apa yang aku buat. Tak macam dia orang tu..... HAMPRAK
Ayat nie menarik tak?? : Kita bukan budak2. Kita adalah pemimpin. Jika kita memimpin tetapi macam budak2, kita bakal diperbudak-budakkan
hmmmmmm.... aku rasa : kita bukan bodoh. Kita adalah cerdik. Kalau kit tak guna kecerdikan kita, kita bakal diperbodohkan. Tapi kalau tau diperbodohkan adalah lebih baik dari tak tau diri tu bodoh, sekurang2nya, kita bersedia......
Apa da melalut memalam nie.. hujan lak tu.... layan tido lagi best
chowzzzzz

Monday, April 17, 2006

Sebuah Lagu

Kain Cinta Putih - Putra

( 1 )
Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

( 2 )
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

( 3 )
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

( 4 )
( korus )
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

( 5 )
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

( 6 )
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi

( ulang 1, 2 dan 4 )

( 7 )
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa

( ulang 4 )


......Semasa surfing, aku jumpa sebuah laman web yang mengandungi lagu nie. Terus mengingatkan aku masa zaman budak-budak. Seingat aku, nie lah kaset pertama yang aku beli sejak aku dapat oksigen kat atas muka bumi nie. Masa itu, rasanya aku tingkatan 1. Aku simpan duit semata-mata nak beli kaset mamat-mamat nie (sekarang tengok, cam mat gian je dia orang nie). Antara sebab aku beli kaset dia orang nie adalah kerana dia orang nie dari Melaka. Dolu2, ramai band group dari Johor, tetiba muncul lak dari Melaka, tu yang kemaruk tu.
Aku minat lagu nie (masa tu la) bukan sebab aku tengah syok bercinta monyet, tapi sebab band nie cam lain je. Tengok la dressing dia orang, seluar colorfull. Nie gambar album depan rasanya nie...
Masa dia orang buat show dalam tv (rasanya rancangan Muzik-Muzik kot...), punya la khusuk depan tv. Salah sorang gitarisnya, letak puting (yang baby nyonyot tu la) kat hujung gitarnya..
Anyway, thanks kerepek (http://muaturun.blogspot.com) sebab mengembalikan nostalgia zaman budak-budak aku...
terasa diri nie dah tua... uhuk..uhuk.....

Isnin Yang Agak Membosankan

Hari ini dah 17 April. Masa makin pantas meninggalkan aku yang dok terkial-kial kat sini lagi. Hari ni keadaaan office agak cool, tiada tekanan dari semua department. Kalau ada pun team production (biasa la tu kan.....). Nak drawing cepat. Terpaksa la berkejaran sampai siap.
Banyak lagi group yang nak kena siapkan. Pening gak kepala melayannya. Yang aku panding sekarang ada 3 group. Walawei... bleh demam canggini. Nak cuti pun tak leh. Ingat nak cuti buat biz sesikit. Isk.. keje kat opis tak siap lagi nih....
Tapi tak pe, aku tetap akan laksanakan tanggungjawabku..
Wassalammmm

Sunday, April 16, 2006

Ahad Yang Mendom

Hari nie, tak ada buat apa2 pun. Mendung aje hari nie, so aku pun lemau la. Macam biskut jugak, masuk angin. Lepas tengok Lagi-Lagi Senario, aku adakan upacara Lagi-Lagi Layan Tido. muahahahaha.... layannnn jee.. Hujan lak tu.

Lepas layan tido, aku layan kancil aku jap. Panaskan enjin (memandangkan dari petang semalam tak start enjin). Buang habuk2 sikit.. Tu je aktiviti aku hari nie. Nie pun rasa nak layan tido lagi nie. Besok dah keje la pulak. alahai.. rasa boring la pulak. Tapi besok, aku rasa kena awal sikit la. Sebab, baru aku teringat yang mirror aku tak siap lagi u ntuk group 81102. Ahaks, sok dahnak submit dah. Semalam borak2 ngan VGM. Terlupa lagi 1 perkara. Nak kena print packing instruction untuk packing line.... banyak nau kau lupa nie.. pe hal??? dah tua sangat ke nie????

Ape lagi ye? hmmmmm.... layan tido laaa....

click (padam lampu la tuuuu.....................................)

Saturday, April 15, 2006

Nak Upload Sound La

Semasa surfing tadi, aku dapat 1 laman web yang penuh dengan lagu. Guna web blogspot nie jugak la. Memang menarik giler babeng. Teringin gak nak masukkan lagu dalam blog aku nie. Tapi... aku ada masalah.....

Macam mana nak upload lagu ke blogger nie. Cari icon, tak jumpa pun. Ada sesapa boleh bagi idea? Ada baca help.. tapi.. aku tak paham.. kekekeke.. maklum la, dulu skolah melayu, sekerat jalan je lak tu... muahahahaha..

So, sesapa ada idea, bagi le cam ne aku nak upload lagu masuk dalam blog kesayanan aku nie...

Tuesday, April 11, 2006

Maulidul Rasul

Soalan yang sering menjadi kritikan dan takut untuk dibicarakan oleh umat Islam ialah kenapa kita menyambut maulidul rasul?
Bagi majoriti umat Islam Malaysia kini, 'hukum' maulidul rasul seolah-olah telah muktamad dan telah sepakat umat terhadapnya.
Saya bawakan persoalan di sini bukan utk memesongkan akidah ataupun melarikan pembaca dari ajaran Islam. Sebaliknya saya membawa serba sedikit ajaran Islam sebenar dari ajaran rasullulah s.a.w para sahabat dan salafus soleh.
Maulid nabi:
Mana asalnya?
Kenyataan 1:
Maulid nabi itu sunat.
Kita sering bertanya, apakah yang dimaksudkan sebagai sunat? Bagi seorang yang mendalami ilmu fiqh, sunat adalah satu hukum yang dikeluarkan dari nabi dan disampai kepada para sahabat dan diikuti kemudiannya oleh pengikut sahabt dan umat Islam seleuruhnya. Maka utk mengatakan sesuatu itu sunat, ia perlu berasal dari perkataa, perbuatan, atau diam nabi. Maka persoalannya, di mana dari perbuatan, perkataan atau diam nabi membenarkan sambutan hari jadi nabi ini? Ini membawa kita kepada poin yang kedua.
Kenyataan 2:
Nenek moyang kita telah melakukannya
Nenek moyang kita sampai ke hidup zaman rasullulah s.a.w sehingga mereka melakukan perayaan ini bersama dengan nabi? Sebab itu kita sering bertanya, di mana dalil nabi menyambut hari jadinya sendiri? Di mana dalil para sahabat menyambut hari jadi nabi? Di mana dalil para slaf (termasuk imam yang empat) menyambut hari jadi nabi. Maka ia membawa kepada poin yang seterusnya.
Kenyataan 3:
Kami menyambutnya kerana kami cintakan nabi.
Kalau hendak dikata entiti yang paling cintakan nabi ialah Allah swt. Mengapa Allah swt tidak menurunkan perintah untuk menyambut hari jadi baginda? Kalau dikatakan manusia yang mencintai nabi maka tidak pelik kalau kita katakan bahawa mereka ialah para sahabat yang sehidup dan semati dengan nabi s.a.w. Tetapi mengapa mereka tidak menyambutnya? Apakah tidak ada perayaan menyambut hari jadi pada zaman tersebut? Sebaliknya, antara budaya kaum arab ialah menyambut hari jadi (Abu Jahal antara orang yang gembira apabila nabi lahir dan menyembahnya di hadapan patung-patung berhala - baca raheq al maktum). Maka di mana asalnya ajaran maulid ini?
Kenyataan 4:
Kami menyambutnya kerana ia adalah bid'ah hasanah.
Sebenarnya orang yang bercakap mengenai bid'ah hasanah ini tidak faham apa yang ia cakapkan, atau ia keliru atau ia sengaja keliru. Kalaulah ini bid'ah hasanah, maka solat 4 rakaat subuh adalah lebih hasanah dari solat 2 rakaat. Dan ia adalah bid'ah. Maka kenapa kita tidak melakukannya dan memanggilnya bid'ah hasanah?
Kenyataan 5:
Inilah cara kami menyatakan cinta kami.
Kalau lah ini caranya kamu menyatakan cinta kamu kepada nabi, sekiranya nabi hidup pada zaman ini melihat kamu, saya rasa nabi akan menagis dari gembira. Maka benarlah kata-kata nabi pada akhir hayatnya "ummati, ummati" dengan nada sedih. Seolah-olah baginda sedar akan jadi begini umatnya. Dengan syair2 dan marhaban2 yang tidak ada dalilnya dan tidak ada asasnya dan tidak benar ceritanya kamu berqasidah. Dengan bercampur lelaki dan perempuan kamu melaung2kan slogan. Namun dalam masa yang sama kamulah yang bebas meruntuhkan tiang-tiang Islam. Kamu dirikan Islam di atas landasan maksiat. Kamu matikan sunnah berdakwah. Kamu lekakan umat dengan harta, kekayaan, kekuasan dan pangkat. Kamu jadikan Islam itu duduknya diceruk dinding masjid sahaja. Hidup pada malam Jumaat (satu bid'ah lagi), masa kahwin, maulid dan masa mati sahaja. Selain dari itu Islam tidak ada maknanya melainkan di atas kertas dan surat pengenalan kamu. Inikah cinta kamu kepada nabi? Kalau kamu cintakan nabi hidupkan sunnahnya. Bacalah Al Quran. Berzikirlah. Berselawatlah. Hidupkan solat malam. Hidupkan masjid. Bangkitkan semangat jihad Islam. Tingkatkan tarbiyyah rabbani. Bangkitkan balik iman umat Islam yang semakin hari semakin malap di himpit ruang sempit sekular dan penjajahan minda. Inilah cinta sebenar kepada nabi. Bukan dengan cara yang tidak ada asasnya ini.
Kenyataan 6:
Ulama kami telah melakukannya.
Lantas kami bertanya adakah ulama ini lebih tinggi martabatnya daripada nabi, para sahabat dan ulama yang empat sehingga boleh mereka merubah atau menambah hukum yang sedia ada? Maka tidakkah kita belajar dari guru segala guru, ulama segala ulama yakni imam malik r.a "Kata-kata manusia boleh diterima atau ditolak melainkan kata-kata rasullulah s.a.w"Maka benarlah kata imam malik ini. Apakah kata-kata manusia ini lebih tinggi dari Allah dan rasulNya sehingga ia tidak boleh dipertikaikan malah menjadi satu 'ibadah' baru buat umat Islam? Inilah yang kita persoalkan.
Sahabat, kadang kala pada nafsu kita itulah kebaikan. Tetapi pandangan nafsu selalunya akan berlawanan dengan pandangan syarak.
wallahualam

Saturday, April 08, 2006

Sabtu Yang Memenatkan

Hari Sabtu, kerja half day. Tapi dia punya penat, mengalahkan kerja full day. Banyak benda yang aku terpaksa uruskan. Take over kerja2 yang ditinggalkan oleh budak yang tak boleh diharapkan itu. Masa check filing, banyak benda berterabur. Main sumbat je. Makin banyak file aku tengok, makin banyak pulak teraburnya. Terus aku jadik tension. Sudahnya, aku tinggalkan semua2 tu. Buat benda lain lak. May be hari Isnin le aku ngadap balik benda yang tak senonoh tu. Tapi bila aku check drawing dia, lagi aku jadik panas hati. Tension betul. Aku buka file baru, then lukis balik.
Last2 aku keluar office pukul 2. Itupun sebab aku nak gi MITC. Tengok showcase Satu Daerah Satu Industi. Best!!! Memang best!!
Banyak info yang aku dapat dari SDSI. Pergi boot Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Perbadanan Nasional Berhad, Tekun dan lain-lain lagi.
Selain info, aku juga dapat tengok banyak produk khususnya produk kampung. Produk-produk macam makanan, pakaian, kraftangan dan perabot menarik minatku. So, ape lagi, borong kek. biskut la... macam ak sambut raya la pulak.
Nie yang bertambah semangat aku nie. Aku akan berusaha ke arah itu. Janjiku pada diri sendiri, akhir tahun nie, aku nak tengok hasilnya......

Friday, April 07, 2006

Mengejar Masa

Hari nie merupakan antara hari-hari yang tersibuk aku kat office. Macam2 benda nak kena buat. Semua kerja aku buat, macam biasa, lepas punch card, buka pintu office, pasang lampu/air-cond, on pc, on charger handphone, on plotter. Pas tu print drawing besar, hari nie pulak kertas habis, so kena tukar kertas kat plotter tu, buat drawing, print drawing A4, photostat, cop, distribute drawing. Discuss ngan marketing, ukur barang.... fuh.. giler la keje nie.. Boss lak tak der ari nie, masuk sepital, potong leher... teettt!! (pinjam trademark farah fauzana...) leher dia ada ketumbuhan sikit.. so potong leher la tu... ala... sembelih terus pun tak pe.. dapat boss baru.. teeettttttttttttttt!!! Datuk pun tak der. Gie Sri Lanka.. muahahahaha.. Sebab? cari kayu maaaa........ nak cari kayu.. nak cari kayu.. nak cari kayu.. nak cari kayu...
Semalam dah start expo SDSI. Apa tu? Satu Daerah, Satu Industri. So, besok nak gi tengok kat MITC. Cari peluang la mana-mana yang menarik. Semalam ingat nak gi, ambik exit pass, tak sempat lak. Banyak benda nak kena buat.
Selamat Malam...........

Tuesday, April 04, 2006

Hari Yang Memenatkan

Bismillah...
Hari nie, macam2 hal berlaku. Tapi, alhamdulillah, semuanya terkawal. Cuma bunk bed aku tak packing2 lagi. Ada masalah kat sample. Tu baru masalah kat sample, lom kat carton lagi. Aduhai, risau lak aku slat tak boleh lipat. Kalau tak leh lipat, kantoi lagi la aku bab packing. Sah2 hari Khamis kena jawab pantun VGM.

Monday, April 03, 2006

Selamat Pengantin Baru

Semalam, aku dah lakukan kesalahan yang agak besar. Tak pergi majlis perkahwinan classmate aku masa form six kat Kesang Jaya.
Pagi tadi, lepas solat subuh aku teringatkan kad yang dia bagi 2 bulan lepas (by post), kononnya nak stand-by le. Baca punya baca, rupanya semalam. Alamak!!!... Sorry geng, aku lupa lah.
Bagi menebus kesalahan, biar aku titipkan kenangan kita masa zaman muda2 kat skolah dulu.. kekekekeke
Aku kenal budak nie, tahun 1994 kat SMDB (sekolah menengah dalam belukar??..kekekek). Dia nie agak lemah lembut gak la. Aku sebenarnya, lebih syok kat adik dia, masa tu adik dia form 4. So, aku baik la kat akak dia nie (konon2 nak ngorat adik le.. hempeh tol).
Kat kelas, budak nie pendiam gak la. Selalu gak kena kacau. Aku kacau sebab nak ngorat adik dia.. muahahahahaha....
Ada sekali tu kita orang lepak kat Bandar Hilir (lama dah tak lepak kat sana). Ada Shyfuuz (lu dah jadi jurutera ke?) Ina (berapa anak u sekarang) Asiah (aku mcm nampak kau je ari tu, tapi segan nak tegur) dan pengantin baru (mana honeymoon geng??)
Biasa la, budak2 gie jenjalan mesti naik bas punya kan. So sebagai teruna (masih lagi ketika itu), pegi Shyfuuz bayar, balik aku bayar.. (gentleman la konon2....cizzzz.. habis duit..). Kat Bandar Hilir tu, biasa la, takkan baring2 pulak kan, sah2 la tengok2 kesan2 sejarah kat sana. Cam lawatan sambil blajar pulak dah. Habis tawaf Bandar Hilir, kita orang gi lepak makan kat tepi padang pahlawan tu. Makan Yong Tau Foo (masa tu makanan tu popular kat situ). Bila petang, kita orang pun balik la (kita orang bukan cam budak zaman sekarang, lepak sampai malam..
Dalam peristiwa yang lain, kita orang lepak kat Tanjung Bidara. Masa tu ada rombongan Shift Club (kelab elit SMDB, khas untuk student form six aje). Kat sana kita orang buat BBQ, sukaneka dan mcam2 lagi lah. Aku tak pernah2 berkayak, main kayak pulak dah. Sampai kena warning ngan cikgu sebab kayak jauh sangat (takut karam la tu..). Nak jadi cerita, masa keluar dari kayak tu, aku tersungkur la pulak, puan pengantin baru nie la yang tolong urutkan.. kekekeke... lu kata, lu nak jadik nurse, apesal buat LCCI pulak?? - soalan yang tak pernah dijawab....
Banyak lagi la kenangan2 menarik time form six ngan puan pengantin baru nie (actually ngan rakan2 form six..) Kat Sagil, kat rumah kengkawan time raya..kekekeke.. Tapi biarlah ianya hanya dalam lipatan memori kita aje....
Syoknya jadik budak2.....
L62'94
Selamat Pengantin Baru Siti Sarah.

Sunday, April 02, 2006

Welcome To Melaka


Jom lepak Melaka jom...

Saturday, April 01, 2006

Doa Pak Lah Ketika Pembentangan RMK9


Ya Allah, Engkaulah juga yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui atas segalanya, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang nyata dengan yang ghaib. Lindungilah kami daripada bencana dan malapetaka - daripada kekacauan dan persengketaan, makbulkanlah doa dan usaha kami; pandulah kami dengan hidayah dari Mu untuk melakukan kebaikan dan menemui jalan yang Engkau redhai, bekalkanlah kami dengan barisan warga yang berniat ikhlas, bersifat amanah, berpekerti mulia dan bersifat jujur, bertanggungjawab membina sebuah negara yang maju - membina barisan warga yang bersatu - senantiasa memohon keredaan-Mu, 'Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'.
AMIN