Bismillah...
Hari ni, apa kata kalau kita sembang-sembang pasal makanan segera ni. Sekarang ni kan heboh pasal kementerian kesihatan minta iklan pasal makanan segera ni dihentikan penyiarannya di TV. Setuju ke?
Bagi aku, sama ada benda tu ada iklan atau tidak, benda tu tetap menjadi pilihan rakyat jelata kan? Dunhill, Marlboro, Mild 7, Benson & Hedges, Salem... tu apa? Tak der iklan pun orang tau itu adalah jenama rokok. Orang tetap hisap juga. Malah, dikatakan jualannya saban tahun meningkat.
KFC, McD, Pizza Hut, A&W, Merry Brown, Meggi... tu apa? Tanya je budak-budak, for sure dia orang tau punya. Jenama-jenama tu semua orang dah kenal. So kalau tak der iklan kat TV pun, orang tetap akan membeli. Jadi, bagaimana kita nak menyeru kepada rakyat jelata supaya menghindarkan makanan-makanan tersebut.
Oppsss.. nawaitu aku sebenarnya, bukan nak berpolitik. Tapi nak menggamit memori dulu kaler.. seperti biasa, gambar di tv dah mula kabur
MEGGI... siapa tak pernah makan benda alah ni? Aku percaya, benda ni adalah makanan ruji orang bujang merangkap student dan orang-orang yang merantau, kan? Malah ada yang beli banyak2 diawal bulan demi bekalan dihujung bulan.. kan? Aku tak nafikan, bukan orang bujang je yang makan benda ni, orang yang dah kahwin pun makan, budak-budak pun makan juga.
Tapi aku nak cerita pasal orang bujang la.
Secara jujur, aku bukanlah dikatakan tegar dalam bab meggi ni. Aku tak jadikan meggi ni makanan aku dihujung bulan. Tapi tetap ada dalam simpanan (housemates beli untuk makan bersama-sama) Benda ni, aku makan kalau geng-geng 6 jahanam bertandang kat rumah (masa duduk KL dulu lah.. ingat lagi member2 6 jahanam aku yang buruQ lantaQ tu?..hehehe). Biasa lah, orang bujang mana tidur pukul 9, kan? Pukul 2, pukul 3 pun masih segar bugar lagi dengan pelbagai aktiviti. Haa.. masa ni, perut memang lapar, makanya, kami adakan aktiviti gotong-royong memasak meggi. Untuk 6 orang, biasanya kami masak 4-5 bungkus sekali gus - remember si buruQ lantaQ). Kadang-kadang rebus, kadang-kadang goreng... Siap la dengan teh O atau Milo. Tapi kadang-kadang hidang Coke (sorang runner pi beli kat 7E), & tambah la dengan keropok ke.. ape2 junk food lain. Bila dah complete, seperti biasalah, akan dihidangkan di atas surat khabar, di depan TV. Maka, tamatlah riwayat meggi-meggi itu dibaham dek kami semua. Gerenti tak der yang tinggal, habis licin semuanya. Dan kebiasaannya, bila dah melantak, & disudahi dengan aktiviti menghembus asap-asap yang merosakkan paru-paru, baru la kita orang boleh tidur.. hahahaha
Itulah, aku hanya akan makan benda tu bila reramai la, kalau sorang-sorang, tak layan sangat benda ni. Tapi tak tau la org lain.. aku cerita pasal aku... sebab ni blog aku, kan? hahaha