Saturday, January 27, 2007
Thursday, January 25, 2007
Apa perlu kita laku kan pada hari Isnin, 29 Jan 2007
2. Memuliakan fakir miskin (fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti)
3. Menahan marah (fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridh)
4. Menunjukkan orang sesat (fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya)
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim (fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.)
6. Bersedekah (fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.)
7. Memelihara kehormatan diri (fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.)
8. Mandi Sunat (fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.)
9. Bercelak (fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu)
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali (fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti)
11. Sembahyang sunat empat rakaat (fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.)
12. Membaca "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" (fadhilat - Tidak mati pada tahun ini)
13. Menjamu orang berbuka puasa (fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.)
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. (fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.)
Tuesday, January 23, 2007
Seminar
Tempat : MITC, Ayer Keroh, Melaka
Anjuran : Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Seminar hari ini mengenengahkan 3 kertas kerja
- Membudayakan Perniagaan Dalam Masyarakat Melayu
- Memotivasikan Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Bidang Perniagaan
- Peluang dan Bantuan Kerajaan Untuk Membantu Usahawan Bumiputera Dalam RMK-9
Ulasan
Setelah dijajah lebih 400 tahun oleh bangsa asing, kaum Melayu telah dibentuk sebagai suatu bangsa yang tidak mampu membina jati diri dalam bidang ekonomi. Ini kerana, penjajah yakin sekiranya bangsa Melayu diberi peluang ekonomi, mereka akan menggunakan kuasa ekonomi tersebut untuk mengusir penjajah. Oleh yang demikian, acuan ini kekal sehingga hari ini. Bangsa Melayu menjadi bangsa yang takut untuk berniaga malah menganggap menjadi peniaga, seseorang Melayu tidak akan mampu menyara keluarganya sendiri. Mereka juga acapkali diberi penghinaan oleh bangsanya sendiri.
Bangsa Melayu bekerja hanya untuk menyara keluarga dalam jangka masa yang singkat. Ini bermakna mereka tidak memikirkan nasib anaknya dikemudian hari. Mereka bekerja semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka anak beranak di samping melunaskan segala hutang piutang yang dibuatnya. Seringkali kita mendengar keluhan bangsa Melayu yang mereka tidak berani hendak berhenti kerja kerana menanggung hutang. Walaupun tidak suka akan pekerjaannya tetapi dia terpaksa bekerja kerana memikirkan yang dia hendak menampung kehidupan. Seolah-olah jika dia tidak bekerja di situ, segala kehidupannya akan berakhir.
Bagi kaum Cina, mereka bekerja untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Sebagai contoh, seorang anak cina bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM300 sebulan. Namun setelah mahir mengenai selok belok membaiki keenderaan, dia akan berhenti kerja dan membuka bengkelnya sendiri. Dalam pada masa yang sama, bekas taukeynya tidak menaruh perasaan dendam atau terasa seperti terancam kerana lahirnya pesaing yang baru. Mereka hanya membiarkan perkara itu berlaku kerana, itulah budaya mereka, berniaga. Tidak seperti bangsa Melayu. (cerita ini aku ambil ketika seminar seminar perniagaan runcit dalam RMK-9) Ketika sessi soal jawab seorang peserta telah bangun untuk menyatakan ‘nasib malangnya’. Beliau merupakan pengusaha kedai kek di negeri Melaka. Di samping mempunyai pekerja tetap, beliau juga melatih beberapa orang graduan lepasan sebuah IPTA yang tidak bekerja menjadi seorang usahawan untuk beberapa tahun. Setiap tahun, ‘pelajarnya’ keluar dan membuka kedai kek juga. Sehingga la tahun lepas, beliau memberi amaran kepada ‘pelajarnya’ supaya mengadakan usahasama dengannya jika mahu membuka kedai kek. Rupa-rupanya usahawan kek ini merasa terancam dengan anak didiknya yang membuka kedai kek. Kerana dia menganggap yang pelajarnya itu adalah pesaingnya dan pelajar ini mampu membunuh perniagaannya. Apakah wajar seorang guru takut dengan anak didiknya sendiri? Bukankah ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya? Namun inilah usahawan Melayu.
Ekuiti bumiputera hari ini adalah dalam lingkungan 18% sahaja. Jika dikaji secara mendalam hampir keseluruhan hasil ekuiti ini adalah kerana bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui pelbagai agensinya seperti MARA, bank Pembangunan dan sebagainya. Jika tiada usaha-usaha yang digerakkan oleh kerajaan, maka bangsa Melayu sebenarnya tidak mempunya sebarang asset dalam ekonomi negara. Namun begitu, acapkali kita dengar, apabila kerajaan membantu seseorang usahawan, maka usahawan itu dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Kononnya usahawan ini kroni YB ini, usahawan ini serah ini pada YB ini dan macam-macam lagi. Tuduhan-tuduhan ini bukan dilemparkan oleh orang Cina, tetapi dilemparkan oleh orang Melayu sendiri.
Sampai bilakah scenario sebegini akan terus berlaku?Kesimpulannya adalah, jika kita mahu bangsa Melayu menguasai ekonomi negara sendiri, anjakan perdana perlu dilakukan. Anjakan ini perlu didahulukan dengan mengubah sikap bangsa Melayu sendiri, bukan orang lain. Orang lain tak pernah kacau kita, gertak barangkali adalah.....
Nota tapak kakiku
Semua ceramah yang di sampaikan hebat-hebat belaka. Berkobar-kobar kami dibuatnya. Tapi disebalik pengucapan yang berapi-api itu, yang pastinya penceremah-penceramah tersebut adalah penjawat awam. 2 Pengarah dan 1 Penolong Pengarah. Yang menerima gaji bulanan. Tiada risiko, malah tiada sebab untuk tidak mendapat gaji/gaji lewat. Fahamkah mereka jiwa dan raga usahawan?
Monday, January 22, 2007
Kisah Semalam
Saturday, January 20, 2007
Salam Maal Hijrah 1428
Kebiasaannya, orang kita hanya mengetahui beberapa hari sahaja dalam kalender Islam. Antaranya, 1 Muharam (Aku percaya, kebanyakan dari kita tahu pasal 1 Muharam pun sebab cuti, kalau cuti tak der mananya nak ingat, kan?)
Tarikh lain yang diingati, seluruh bulan Ramandan, awal hingga pertengahan bulan Syawal dan 10 Zulhijjah. Hari-hari lain, jangan harap la. Suruh sebut nama bulan satu-satu pun aku rasa, ramai yang kantoi
Walauapapun, sempena tahun baru Hijrah ni, aku nak ucapkan selamat tahun baru. Bersamalah kita bersatu bagi memperkasakan ummah yang sedang layu ni.
Thursday, January 18, 2007
Hari Khamis
Apa hal pula aku nak buat. hehehe
Tuesday, January 16, 2007
PC Dah OK
Sunday, January 14, 2007
Hari Minggu
Mungkin besok la aku angkut hard disk ni gi kedai. Format balik la. Dah tak boleh tahan dah. Dah lama gak la virus ni menyerang, sejak gempa bumi kat Taiwan hari tu la. Bukan tak nak repair awal-awal, tapi aku kesuntukan masa. Buat sendiri? Lagi la tak der
Maka, sebelum hard disk aku kaput, lebih baik aku hantar kedai.. tak gitu??
Thursday, January 11, 2007
Hadiri Seminar
Tempat : Ballroom MITC, Air Keroh, Melaka
Anjuran : Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya, Malaysia
dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera, Jabatan Ketua
Menteri Melaka
Apa yang diperolehi?
Makanya, kerajaan telah mewujudkan satu mekanisma di mana umat Melayu boleh berjaya dalam industri ini. Iaitu dengan mewujudkan tradhub Melaka. Namun semasa sessi perbincangan didapati masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum tradhub ini diwujudkan. Antaranya,
- Kekurangan pengilang/pembekal bahan binaan di kalangan umat Melayu
- Harga yang ditawarkan tidak kompetitif
- Perkhidmatan yang diberikan tidak mesra pengguna/ tiada kecekapan
- Tiada pengetahuan produk yang mendalam
- Terlalu bergantung kepada projek kerajaan
- ALIBABA
Sedih, kan?
Monday, January 08, 2007
Pengisytiharan Majlis Perbandaran Jasin 15 Jan Ini
JASIN, 7 Jan : Hanya tinggal seminggu sahaja lagi Majlis Pengisytiharan Menaik Taraf Majlis Daerah Jasin (MDJ) kepada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan berlangsung di Stadium Jasin, di sini.
Sunday, January 07, 2007
Hari Yang aku Hitung
Wednesday, January 03, 2007
Hari Yang Mula Sekolah
Hari ini merupakan hari pertama (dan kedua) persekolahan pada tahun 2007. Makanya jalan-jalan di sekitar sekolah akan sesak dengan ibubapa dan pelajar. Termasuklah cikgu, pak cik tukang kebun, akak pustakawan, abang makmal dan juga mak cik kantin. Meriah la kat sekolah hari ni. Ini mengingatkan aku pada zaman aku bersekolah dulu...
Aku mula gi sekolah pada tahun 1983. Masuk tahun 1 la tu. Aku tak pernah gi sekolah makan. Tahun ini adalah KBSR diperkenalkan dengan konsep 3M. Aku bersekolah kat kampung aku sampai la Tahun 6. Masa dulu ada Penilaian Darjah 5. Tapi batch aku merupakan perintis untuk UPSR iaitu pada tahun 1988.
Lepas habis sekolah rendah, aku masuk sekolah menengah, setahun kemudian. Tahun ni jugalah KBSM diperkenalkan. Selepas ujian penentuan kelas, aku ditempatkan di kelas 1 Perdagangan 1, iaitu kelas no. 1 la untuk sekolah tu. Disebabkan keputusan UPSR aku memenuhi syarat, maka aku ditawarkan ke
Ketika keputusan SRP diumumkan, sekolah aku menduduki tempat pertama peratus kelulusan untuk daerah. Makanya, masa masuk tingkatan 4, kami telah diarak dari pintu pagar utama hingga ke dewan sekolah. Kiri kanan pelajar tingkatan lain yang bertepuk tangan sambil melambai-lambai tangan. Masa tu, kita orang rasa macam artis lak.. muahahaha. Masa di tingkatan 4, aku ditempatkan di kelas 4 Bestari, kelas pertama aliran Sastera.
1993, aku menduduki SPM. Dengan 10 mata pelajaran yang didaftarkan, aku hanya lebih seronok untuk ambil paper lukisan. Yang lelain tu, tak berapa seronok, cuak giler babeng. Lukisan tak yah baca buku beb. Sepanjang menunggu keputusan SPM, aku hanya duduk di rumah. Makan, tidur, tengok tv, merayau kat town.
Selepas keputusan diumumkan, alhamdulillah, walaupun aggregatnya menimbun-nimbun, namun itulah hasil yang aku perolehi.
Bulan April 1994, aku ditawarkan ke tingkatan 6 bawah. Tapi kat sekolah lain. Sebab sekolah asal aku hanya sampai tingkatan 5 sahaja. Masa tingkatan 6 ni lah aku hidup tak ingat dunia. Masa exam, keputusan aku teruk giler babeng. Dalam 5 mata pelajaran, aku hanya dapat 1P, lain tu semua fail. (mmm.. lupa lak sistem tingkatan 6 macam mana. setiap subjek ada 2 paper. kalau pas dua2 paper, kita dapat principal, fail 1 paper dapat distinction, fail dua2 paper dapat fail la.. betul ke?) Aku masih ingan, Prinsip Akaun aku dapat 15/100.. muahaha.. handal tak handal la aku nih.
Tuesday, January 02, 2007
Azam
Apabila tiba tahun baru, kebanyakan orang akan mencipta azam mereka sendiri. Dan kebiasaannya, azam itu hanya tinggal azam apabila tahun semasa berakhir. Walaupun gagal mencapai azam pada tahun tersebut, mereka tetap akan mencipta azam untuk tahun berikutnya. Antara azam yang sering didendangkan di telinga kita adalah:-
- Nak bekerja lebih keras (apa yang keras entah, dok lagu tu jugak, datang office lewat, balik cepat)
- Nak beribadah dengan lebih sempurna (ye la, awal tahun je, lepas tu solat pun jarang-jarang)
- Nak berhenti merokok (paling lama pun seminggu, lepas tu bersembur balik la asap2 rokok tu... lagi teruk dari tahun lepas)
- Nak simpan duit (lagu mana nak simpan, setiap tahun baru, harga minyak naik, rokok naik, tol naik..... tak yah la azam benda ni..)
- Nak belajar lebih tekun (khas untuk budak sekolah.. biasanya time buku masih bau kedai aje depa ni tekun belajar, lepas tu, buku yang masih ada sisa-sisa bau kedai tu, tersimpan rapi di dalam laci...kan?)
- Nak kahwin (keh..keh..keh..keh..keh........................ ada calon/duit boleh cerita, tak der kalu, create la azam lain)
- Nak timang cahaya mata (dah kahwin baru boleh cerita, tak der kalu, create la azam lain)
- Nak bertudung (no comment....)
So, aku dah senaraikan beberapa azam yang biasa kita dengar. Azam aku tahun 2007?
NAK JADI USAHAWAN SEPENUH MASA