Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Bismillah
Esok, umat Islam di negara ini akan memulakan ibadah puasa. Semoga ibadah kali ini mendapat berkat dari-Nya. Sabarlah dengan apa jua dugaan yang mendatang. Jangan membazir tatkala berbelanja dan jauhi segala kemudaratan, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khasnya. Jangan lupa tarawikh dan bayar zakat :)

Saturday, August 30, 2008

Edisi Merdeka - 31 Ogos

Bismillah

Selamat menyambut hari kemerdekaan. Semoga Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Friday, August 29, 2008

Edisi Merdeka - Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !


Thursday, August 28, 2008

Edisi Merdeka - Perpaduan Teras Kejayaan II

Bismillah

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan



Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maju mundurnya sesebuah negara adalah bergantung kepada sejauhmana perpaduan yang dikecapi oleh rakyatnya. Teladani beberapa peristiwa yang membawa kehancuran sesebuah negara. Kegemilangan kesultanan Melayu Melaka ranap akibat dari ketidaksepakatan rakyat dan pemimpin, sifat tamak membelenggu diri, hasad dengki meracuni naluri. Natijahnya, empayar yang begitu masyur, musnah begitu sahaja. Dan untuk mengembalikan maruah yang tergadai, bukan sedikit masa yang diambil, bukan setitis air mata yang jatuh ke bumi.

Ketika kita mempunyai 'sesuatu' ini, jagalah ia. Jangan dibiarkan ianya dicabar oleh puak-puak yang ingin merampasnya.

Kita hanya ada bumi sekangkang kera ini. Kita tak punya apa-apa lagi. Buruk baik keadaannya, di sinilah hidup mati kita. Walaupun melukut di tepi gantang, hanya ini sahaja yang ada.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51

Wednesday, August 27, 2008

Edisi Merdeka - Perpaduan Teras Kejayaan

Bismillah

Tak berapa hari lagi, negara kita yang satu ni akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 51.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan negara ini. Untuk memastikan kesejahteraan negara ini, kita seharusnya bersatu. Tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.
Sesungguhnya, perpaduan negara ini amat rapuh sekali. Bukan sahaja antara kaum, tapi sesama sendiri juga. Tiada siapa yang untung. Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Dalam keadaan dunia yang serba mencabar, hanya keutuhan rakyatnya sahaja yang akan menentukan kejayaan sesebuah negara mengharunginya. Dunia luar, yang kuat terutamanya, sudah pasti menunggu masa untuk menakluk negara lemah. Tak perlu kuasa tentera, hanya kuasa ekomomi dan pengaruh politik sahaja yang digunapakai.
Yang lemah, yang berpecah belah, sudah pasti akan tergadai segalanya.

Bersatulah untuk membawa negara ini ke arah yang lebih gemilang.

1 bahtera, 1 arah tujuan.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

Tuesday, August 26, 2008

Tahniah

Bismillah
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semoga penduduk Permatang Pauh terbela.
Semasa kempen, anda tidak menjanjikan apa-apa. Sekadar menceritakan kisah anda bagaimana mahu menjadi Perdana Menteri.
Tahniah!
Jelaslah bahawa kerajaan pusat tidak pernah membunuh karier politik anda. Hanya Anda sahaja yang menuduh yang bukan-bukan.
Tidak pernah ada konspirasi. Anda boleh hidup di bumi Malaysia ini dengan aman dan bercita-cita tinggi juga. Tiada siapa menghalang anda.
Syukur alhamdulillah.
Dengan kemenangan ini setidak-tidaknya, dakwaan kononnya kerajaan pusat hendak membunuh politik anda, adalah fitnah semata-mata. Hak yang tu aje lah. Hak yang lain-lain masih bermaharajalela.
Walauapapun, tahniah dan Selamat berkhidmat!
Kerjaya politik anda masih panjang. Tiada siapa yang menghalang angan-angan anda.

Monday, August 25, 2008

Mari Tengok Rekaan Perabot

Bismillah

Hari ini, kita tengok rekaan perabot aje la ye. Banyak benda nak kena buat la. Badan den dah lotih dah ni


Sideboard






Kitchen Cabinet



Island Kitchen



................................

Kepada sahabat handai di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selamat mengundi.

Undilah individu yang bermoral, yang mampu membawa umat Melayu khususnya ke arah yang lebih baik.

**Tadi dengar seorang mahasiswa UM dalam bidang Linguistik bercakap tentang hukum agama.**

Sedikit petikan berita yang aku baca di Harian Metro:-

Melayu tahanan tertinggi di pusat pemulihan, penjara


KUALA LUMPUR: Tahanan berbangsa Melayu menjadi kaum tertinggi yang sedang menjalani hukuman dan ditahan di beberapa institusi pemulihan dan penahanan di bawah pengurusan Jabatan Penjara.Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung, berkata jumlah keseluruhan penghuni yang berada di semua institusi Jabatan Penjara di seluruh negara adalah 39,961 orang.“Terdapat empat kategori institusi pemulihan dan penahanan di bawah pengurusan Jabatan Penjara iaitu penjara, pusat pemulihan akhlak, tempat tahanan perlindungan dan Sekolah Henry Gurney.“Daripada jumlah keseluruhan penghuni di semua institusi tersebut, seramai 37,717 orang banduan sedang ditahan atau menjalani hukuman di 29 buah penjara,” katanya menjawab soalan Dr P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Chor berkata daripada jumlah itu, 14,057 terdiri daripada kaum Melayu; 3,482 daripada kaum Cina; 3,429 (India), 1,742 kaum lain manakala 15,007 pula tahanan warga asing.

Beliau berkata kaum Melayu mencatatkan bilangan tertinggi di pusat pemulihan akhlak yang ditahan di bawah Undang-Undang Pencegahan Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 iaitu seramai 681 tahanan Melayu daripada jumlah keseluruhan 1,763 penghuni.Penghuni daripada kaum India pula seramai 508 orang, 344 orang daripada kaum Cina, 76 daripada kaum lain manakala 154 pula tahanan warga asing.“Daripada jumlah keseluruhan tahanan yang sedang ditahan di tempat tahanan perlindungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 iaitu 68 orang, 24 orang terdiri dari kaum Melayu, tujuh (India), empat (Cina) dan 33 tahanan warga asing,” katanya.Beliau berkata seramai 262 penghuni di Sekolah Henry Gurney terdiri daripada kaum Melayu, 11 orang kaum Cina, 38 orang kaum India, 91 kaum lain dan 11 penghuni warga asing daripada jumlah keseluruhan penghuni seramai 413 orang. - Bernama

Melayu memang banyak masalah!

Friday, August 22, 2008

Minyak Turun Harga

Bismillah
Syukurlah, walaupun 15 sen, ianya tetap bernilai juga. Setiap kali isi minyak, asingkan 15 sen itu ke dalam tabung. Maksud aku kalau isi 20 liter maknanya asingkan RM3.00 tau. Jangan cengelat :)
Gunakan ia apabila harga minyak naik lagi, dan begitu la seterusnya.
Memang idea nampak bodoh, tapi itu cara aku berjimat cermat. Ye lah, orang kampungkan, income ciput. Tak der la nak mewah2 bagai. Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.
Masa meeting kat office tadi, kami nak keluarkan design berkonsepkan mesra alam. Konsep terkini dari Itali. Maknyanya kat perabot tu nanti adalah corak-corak flora dan fauna ke, keutamaan pada warna hijau.
Idea please :)
Aduhai...
Moralnya
Kerja banyak nak kena buat. Tak der masa nak menyalak tepi jalan.

Thursday, August 21, 2008

Tekanan

Bismillah
Hari ni aku mengalami tekanan di tempat kerja.
Sebelum boss ke Singapura hari tu, kami meeting membincangkan design yang hendak cadangkan kepada CEO.
Pada mulanya boss kata design living cabinet & shoes rack tak payah buat. Fokus kepada tv cabinet, coffee table, kitchen cabinet dan tambah lagi satu, island kitchen. Tapi aku aku cadangkan living cabinet tu boleh buat sebab boleh match dengan tv cabinet nanti. Tv cabinet, coffee table & kitchen cabinet dah completed.
Sudahnya, ambik ubat, island kitchen & living cabinet aku kena buat. Hampeh tol!!
Tadi baru submit island kitchen. Living cabinet tak der idea langsung.
Presentation Isnin...
Adoii!!!
Tekanan nih!
Moralnya,
Jangan bagi sebarang cadangan dalam meeting!

Friday, August 15, 2008

Sumpah Laknat

Bismillah
Adakah ini juga akan dikatakan gimik politik?
Jika ada, nescaya di dalam hati orang itu sudah ada sebuku darah hitam. Yang sudah tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Jika ini berlaku, nescaya umat Melayu juga akan binasa seperti umat-umat terdahulu
Jika sumpah laknat juga dikatakan sandiwara pihak tertentu, apakah tuan tidak bersandiwara juga?
Apakah lagi jalan untuk menegakkan kebenaran?
Berani kerana benar, ya tuan

Wednesday, August 13, 2008

Lagi Isu Tepi Jalan

Bismillah...
Maaflah, masih lagi isu Melayu.
Kali ni, pelajar UITM pula berdemonstrasi gara-gara cadangan seorang hamba Allah yang mahukan UITM dibuka kepada bukan Melayu.
Mak bapak berdemonstrasi sebab si polan, sebab minyak, anak2 berdemonstrasi sebab kampus. Dengarnya, sebab PTPTN pun dia org dah berdemonstrasi dah.
Bagus!
Memang dah jadi bangsa jalanan kau orang ni. Nasib pun dah macam jalan raya. Hari2 kena lenyek! Hari2 kena korek, lepas tu org tampal ikut sedap aje.
Lepas ni, apa lagi yang nak bagi kat puak yang lain? DEB? Mara? Felda? Khazanah Nasional?
Syabas hamba Allah!
Lepas ni, bagi la kerusi anda tu kat dia orang. Takat kerusi aje kan, apa sangat!
Aku rasa, orang ini sudah jadi boneka. Ada tangan lain yang tujal kepala orang tua ini untuk membuat sesuatu tindakan. Sembang tak nak jatuh, tapi bikin serupa but*h!
Tapi, Melayu apa ada hal. Ini lah perubahan yang dimahukan, kan?
Moral
Bagilah segala hak kita pada org. Hidup atas muka bumi ni kena banyak sedekah!
(Ada 1 lagi entry bangsa Melayu yang akan diketengahkan selepas ini). Hal kita, biar kita yang bincangkan, ye tak?
-marah tanda sayang-

Saturday, August 09, 2008

Forum Memeluk Islam - Edisi Kutuk Melayu

Bismillah..

Kenapa umat Melayu nak marah? Biarlah mereka berbincang sesama mereka. Nak bincang dgn kita, kita sendiri tak tau undang-undang syariah.
Nak bincang dengan ulama pun dia orang pun tak faham undang-undang syariah, kalau tau pun, macam mana nak berkomunikasi, tak reti cakap orang putih. Cakap Arab tau la. Tu, entah betul entah tidak, kita pun tak tau, sebab kita mana reti cakap Arab.

Kenapa sekarang mereka berani buat begitu? Sebab hari ini umat Melayu berpecah belah. Sibuk berpolitik, sibuk berpuak-puak, orang lain ambil kesempatan. Orang lain bersatu, macam api dalam sekam. Tak nampak, tapi sekali keluar api, umat melayu terkulat-kulat, pedih biji mata, pedih ulu hati.
Dulu, ada puak lain marah bila umat Melayu nak memartabatkan tulisan jawi. Nak tulis jawi untuk nama-nama jalan. Mereka marah sebab tak ada orang faham tulisan jawi. Memang betul, umat Melayu sendiri tak reti jawi, tulis buat apa? Maka, tak buat la.
Tapi hari ini, tulis nama jalan, pakai tulisan puak lain. Apa umat Melayu boleh buat? Nak marah? Marah la, depa peduli apa? Mereka mampu buat juga.

Hak melayu, kalau dah terlepas, selamanya akan terlepas. Tak ada apa-apa pun yang tinggal untuk umat Melayu hari ini. Sebab Melayu akalnya pendek.

Apa Melayu boleh buat?
Bersorak tepi jalan boleh la, sebab bakal Perdana Menteri (Melayu juga) pun memang berjuang dari dari tepi jalan pun.

Tulis sepanduk besar besar, tapi tulis dalam BM, siapa faham?, jerit sekuat-kuat hati. Jerit la kuat mana pun, siapa peduli.

Laung Allahu Akbar.. Ingat tuhan nak tolong ke macam ni.? Tuhan pun tak nak tolong, apa tah lagi orang lain. Takat derma sekampit dua beras tu, boleh la...

Sedarlah, umat lain sedang melihat kehancuran Melayu. Melayu merempat di bumi sendiri, tiada siapa yang akan tolong.
Sekali umat Melayu merempat, selama-lamanya kamu merempat.
Memang betul kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Melayu memang tak hilang, tapi Melayu hari ini adalah Melayu yang langsung tak ada maruah (barua adalah)
Moralnya
Mana program bulan kemerdekaan?? Mana program kibarkan jalur gemilang?? Sibuk dok tegakkan benang basah masing-masing!
Huh!!

Sunday, August 03, 2008

Sari Berita Penting

Bismillah..
Minyak Turun
Dengar katanya, struktur harga minyak akan dikaji semula. Dijangkakan harganya akan turun. Alhamdulillah. Makanya, mari kita perhatikan idea orang kampung ini..
Lepas ni, ada alasan untuk suruh orang turunkan harga barang-barang yang lain. Itupun kalau harga minyak turun la...
AUKU
Lepas ni, boleh jumpa pemerintah ataupun pembangkang. Dulu tak boleh, sebab 1 je pemerintah. Sekarang ni, dah boleh jumpa pembangkang juga, sebab 'dia' pun pembangkang.. ahaha
Permatang Pauh
Aku suka ni.. :)
Nampak sangat la hamba Allah nan sorang ni gelojoh. Tak sabar-sabar nampaknya. Menang tu pasti. Makanya makin rancak la umat kita berpolitik. Dan makin huru-hara la jadinya. Yang untung puak lain. Yang menang sorak kampung tergadai, puak kita.
Denggi
Makin ramai lak orang kena denggi kat kampung aku ni.
Freelance
Aku dapat projek lagi.. ehehe
Kerja
Hari ni, aku pergi office, untuk siapkan kerja, kononnya. Tapi kunci office tak ada. Maka, aku balik je. Sesia je perjalanan Jasin - Muar hari ni...
Moral
Baca suratkhabar lama

Friday, August 01, 2008

Soalan Kepada Pengendali Internet Terbesar di Malaysia

Bismillah..
Soalannya begini...
Kenapakah sejak kebelakangan ini, capaian internet pihak anda terlalu lembap?Sekejap-sekejap terputus.. sekejap-sekejap terputus. Lepas tu masa nak sambung semula punya la seksa menunggu. Dah dapat sambungan lembap nak muat turun, kemudian terputus semula.
Kami yang membayar sejumlah wang untuk sambungan tanpa had rasa rugi sangat-sangat. Sebab rasa macam terhad sangat capaian internet kami.
Nak suruh kami tukar kepada operator yang lain ke?
Pelanggan