Saturday, December 30, 2006

Ucapan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan akan senantiasa mendapat barakah daripadaNya.

Hari ni aku bersama-sama Sr & Jr mengemas pejabat kami. Kami akan berpindah ke pejabat baru hari Rabu nanti. So, segala dokumen, drawing, majalah dah kami masukkan ke dalam kotak. Tunggu nak dipikul oleh mat-mat Bangla nanti.
Sejak bekerja dengan syarikat perabot ni, dah 2 kali department aku berpindah. Mula-mula dulu, dari main office ke warehouse. Sekarang dari warehouse ke main office balik. Sebab? Feng Sui kata, kami tak der ong duduk kat warehouse tu.. cehhh!! taik terabur la. Mana datang, dia orang kerja tak senonoh, kata tak der ong pulak. Disebabkan alasan yang sama juga, pintu depan main office ditukar. Kononnya supaya pelanggan lebih raai datang. So, 2 department yang maha penting perlu bertukar posisi. Department aku dengan marketing. huhuhuh.... 1 hal lagi la nak mengangkut, kan??
By the way, resignation letter dah dalam genggaman. Tadi aku bawa ke bilik VGM, tapi dia tak der. Tak hantar lagi. Aku rasa dia dah tau dah hasrat aku tu. Sebab last week aku bagitau assistant dia. So minggu ni, sekali pun dia tak datang bilik aku. Sah2 dia kecut perut tu. Tadi masa kat workshop aku pun dia macam lari2. hahaha.... Betapa beasarnya penangan.. kekekeke.. tau?? tau tak pe:)
Apa-apa pun, resign tetap resign. Penat dah makan gaji. Nak makan untung pulak. Hari ni dapat jual barang lagi.. :)
Next?? Tak der daaaa.....
Besok raya daaaaa

Wednesday, December 27, 2006

Hari Yang Cool

Bismillah....

Hari ni, tiada perkara besar berlaku kat office. Production dah pack semua item FDS yang aku buat hari tu. Alhamdulillah, tak der masalah packing. Kalau ada pun kerusi je, 1 polyfoam dah terbesar, so kena order baru. Tapi dah settle dah.. Tadi buat checking dgn QC buyer. Ada beberapa perkara yang production buat tak ikut spec aku.
- Hardware tak tape dekat polyfoam
- Tali yang ikat knob terlalu panjang menyebabkan knob tu akan bergoyang masa barang bergerak. Secara tak langsung, menyebabkan knob terhentak pada kayu atau tali putus
- Ada polyfoam yang patah, still guna juga (ni QC buyer yang komplen la..)

Lelain tak der. Secara keseluruhan, projek aku ni (mungkinkah yang terakhir) berjalan lancar. Masalah kayu tak cukup, finishing tak spray rata, bukan masalah aku, so aku tak ambik pusing la yang tu.

Next? Tak der.... bisnes? tak der sale hari ni. Terus balik rumah je tadi.. ooo ye, PC aku telah diserang dek trojan. Tension aku. Nak kena bawak gi klinik lagi la ni.

Tuesday, December 26, 2006

Virus Detected!

Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected! Virus Detected!

Sunday, December 24, 2006

Hari Yang Mentari Mula Bersinar

Bismillah
Alhamdulillah, hari ni, sang mentari menampakkan sinarnya setelah beberapa hari sang awan menangis. Keadaan sekeliling rumah aku, masih lagi terdapat lopak-lopak air. Terdapat beberapa mata air yang masih meluahkan air perut bumi. Aku sungguh teruja melihat air mata air tu. Walaupun ianya menyebabkan kawasan rumah aku ditakungi air, namun itu lah rahmat Allah. Dia tak curahkan banjir kepada kami, tetapi Dia anugerahkan mata air itu.
Jumpa Fadzil kat Taman Mini Malaysia. Aku sebenarnya terlupa janji dia ni. Nasib baik dia call. Tu pun aku perasan selepas 3 kali dia call. Masa tu aku kat bawah tengah kemas2 rumah. So jumpa kejap je la. Tak leh lelama. Dia pun nak meronda kat A Famosa lak lepas tu..
Lelain, tak der kot.

Saturday, December 23, 2006

Hari Yang Dah Tak Hujan

Bismillah...
Pertamanya, aku ingin panjatkan kesyukuran kerana hari ni hujan dah berhenti. Last hujan, time aku nak gi kerja pagi tadi, dalam kol 630pagi, berhenti around jam 700pagi, lebih kurang lah. Dan sejak tu, tak hujan lagi. Walaupun mentari belum menampakkan sinarnya, tapi setidak-tidaknya tangisan sang awan telah pun reda. Masa balik kerja, lalu area kampung, dah nampak dah diaorang tengah basuh rumah. Bersusun sofa, karpet dan perabot2 lain kat tepi jalan. Aku dapat rasakan, betapa jenuhnya nak mencuci rumah tu. Kalau rumah kecik kira OK lah, kalau rumah besar?? fuhh...!!! Di samping tu, kelihatan gak beberapa kereta yang telah ditanggalkan seatnya. Masuk air la tu.
Masa lalu kat kawasan empangan, kelihatan air masih melimpah. Macam laut.. hmm tapi warna cokelat laa..:)
Kat kawasan rumah aku, beberapa tempat masih ditakungi air, kawasan tepi rumah, belakang rumah dan kawasan reban ayam kita orang. Cian ayam aku, rebannya banjir:(
Lagi? Tak der la kot. Nak tido la, badan sengal2 la pulak.. kekeke..

Friday, December 22, 2006

MDJ PBT Terakhir Dinaik Taraf

JASIN, 21 Dis : Majlis Daerah Jasin (MDJ) adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) terakhir di negeri ini yang bakal dinaiktaraf kepada majlis perbandaran pada 1 Januari depan.
Langkah menaik taraf daerah berkenaan adalah selaras dengan pencapaian yang diperolehi MDJ merangkumi lima kriteria utama yang ditetapkan kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kriteria itu ialah jumlah penduduk melebihi 110,000 orang, pendapatan tahunan melebihi RM10 juta, pengiktirafan sebagai bandar pentadbiran dengan semua jabatan kerajaan ada membuka pejabat di sesuatu daerah, pusat pertumbuhan utama dengan pengwujudan semua pusat kewangan seperti bank serta penyediaan perkhidmatan yang melayakkan PBT dinaik taraf sebagai perbandaran.
Yang Dipertua Majlis Daerah Jasin (MDJ), Kamarudin Md Shah berkata, sempena dengan menaiktaraf daerah berkenaan, pelbagai pembangunan disediakan untuk kemudahan penduduk di kawasan terbabit.
Katanya, antara pembangunan itu termasuklah penyediaan kompleks sukan, penubuhan Akademi Pelancongan Melaka (APM) dan pembinaan hotel bajet yang mempunyai 60 bilik yang bakal memulakan operasinya, Januari depan.
Selain itu, beliau berkata, prasarana untuk persediaan dinaiktaraf kepada status perbandaran ialah usaha membangunkan Bandar Jasin Empat dan Bandar Baru Merlimau mulai tahun depan.
"Bandar Jasin Empat kini dalam proses pengambilan tanah yang diusahakan oleh Syarikat Jaymuda di samping pelaksanaan pembangunan 4,000 unit rumah di Taman Kesang Impian yang bermula tahun depan.
"Ia adalah satu kawasan perumahan baru yang akan dibangunkan dalam tempoh empat tahun sekali gus akan dapat meningkatkan pertumbuhan baru di daerah ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Kamarudin berkata, projek perumahan di seluruh daerah kini sedang rancak dibangunkan khususnya di beberapa kawasan termasuk di Merlimau dan Sungai Rambai.
Selain itu, katanya, pekan kecil di Sungai Rambai dan Umbai juga akan dibangunkan segera supaya usaha pembangunan dapat diselaraskan.
"Dari segi keceriaan pula, program keindahan daerah akan dilakukan dengan menanam pelbagai jenis pokok bunga bermula dari pintu masuk melalui Ayer Keroh iaitu di Gapam sehingga ke Bandar Jasin.
"Ia sekali gus dapat mengindahkan bandar itu selaras dengan pengiktirafan menaiktaraf MDJ kepada MPJ," katanya.
Sehubungan itu, Kamarudin berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bersetuju mengubah status daerah itu kepada perbandaran.
Ujar beliau, penduduk di daerah itu juga perlu bersyukur dengan usaha menaik taraf itu sekali gus dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negeri.
"Saya yakin selepas ini, Jasin akan lebih dikenali dan pelabur lebih yakin untuk meletakkan modal mereka di daerah ini.
"Ia kerana, status kita sama taraf dengan bandar lain di seluruh negara yang secara tidak langsung membolehkan kita bersaing dalam pelbagai aspek termasuk penyediaan kemudahan serta ekonomi penduduk," katanya. itu.

Thursday, December 21, 2006

Hari Yang Masih Hujan

Assalamualaikum
Hari ni, hujan masih turun di negeri Melaka. renyai-renyai. Berlarutan dari pagi ke malam, dari malam ke pagi esok. Air dah mula bertakung di banyak kawasan rumah aku. Bawah rumah, belakang rumah, kawasan bakar sampah dah tenggelam. Berdebar dah ni. Risau gak kot-kot berlaku banjir kat sini. Tak pernah naik bot PDRM lagi nih.
Hari ni, aku cuti. Aku gi seminar Peluang Peniagaan Runcit Dalam RMK-9 Peringkat Negeri Melaka anjuran Pusat Khidmat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKPKS) Melaka. Pembentang kertas kerja adalah MARA. Menarik gak. Banyak info yang aku dapat Namun, aku tak sempat nak edarkan risalah aku. Sebabnya, aku tak sempat nak susun lepas aku gi photostat. Tension tol. Tapi sempat gak berkenalan dengan beberapa orang peserta seminar.
Balik time hujan. So aku dah lemau. Cadang nak gi Merlimau. Tapi tak jadi. Hujan lah.
Besok kerja la pulak....
Hmm.. semalam aku dah suarakan hasrat nak resign kat Assistant Manager aku. Kalau dia ada kuasa, dia takkan benarkan aku berhenti. Tapi sebab aku nak berniaga, dia rela lepaskan aku. Then dia cakap, dia & Vice General Manager senantiasa buka pintu untuk aku kerja balik ngan company tu. Aku ok je. Aku inform dia yang aku akan bagi resign letter dalam minggu depan. Maknanya, aku berhenti awal bulan 2. Canteeekkk..:)
Bisnes aku? hmm... hari ni tak buat sales pun. Tapi aku dah update Kesidang Teguh Enterprise punya blog. So kalian bleh tengok kat
Aku masih mencari SAHABAT kat dalam internet. Ada sesapa berminat ke?

Tuesday, December 19, 2006

Hari Yang Hujan Berpanjangan

Bismillah...
Sejak semalam, hujan turun tanpa henti. Beberapa tempat kat kampung aku dinaiki air. Ala.. tak der la banjir kilat. Takat air bertakung je.
Ni pun masih hujan lagi. Kawasan belakang rumah aku pun dah ditakungi air. Alhamdulillah. Tak der apa-apa yang merosakkan.
Masa kat office, badan lemau. Rasa macam nak tidur je. Eh tak, yang sebetulnya, rasa macam nak balik rumah aje. Tidur kat rumah lagi best. Boleh berlengkar ngan toto, tak gitu?
Sales untuk company aku (company aku, bukan company tempat aku kerja, tau) semakin meningkat. Semalam ada ambik order teh misai kucing. Hari ni pun ada. Tapi sample pack je la. OK la tu kan? Mereka pertama kali mencuba. Di samping tu, ada orang nak tengok gelang kristal lagi. Hmm... baik juga sales ni:)
Bt the way, tadi aku dah print resign letter kat office. Dalam minggu ni kot aku nak bagi. Hari Khamis nak cuti. Ada seminar kat Seri Negeri. Peluang buat Car Boot Sales ni, kan???
Nak berniaga lah!!

Dah Jadi WDC

Bismillah..
Alhamdulillah, kini perniagaan aku makin berkembang. Aku dah jadi Wholesale Distribution Center EDI untuk daerah Jasin.
Dah beli barang dengan harga WDC. Aku ada beli bangle dan gelang kristal. Bangle aku dah sold out. Alhamdulillah...
Tengah susun strategi untuk lantik seramai mungkin golongan sahabat. Sahabat ni merupakan orang yang akan bantu aku jual produk2 Dr Azimuth. Dia orang akan dapat harga Sahabat lah. Dan jual pada harga runcit. Setakat ni baru sorang je aku lantik jadi Sahabat. Target aku dalam 200 orang aku nak lantik. Mudah-mudahan berjaya:)
So, kepada pembaca blog, berminat tak jadi Sahabat aku? hehehe..

Friday, December 15, 2006

Kesidang

Nak jawab soalan skidg8
Apa maksud kesidang? Sebenarnya bukan skidg8 je yang tanya soalan ni. Ada ramai lagi. Tak silap aku adalah dalam 4-5 orang tanya maksud kesidang.
Kesidang adalah sejenis bunga. Nama saintifiknya ialah 'canangrium scortechinii' (confirm ejaan betul, sebab copy & paste je)..
Bunganya kecik2 je, warna putih. Daunnya seakan-akan daun sirih. Haaa.. jgn dok gatai pi ambik daun kesidang buat sirih lak ye:)
Dalam masyarakat tradisional Melayu, bunga kesidang digunakan untuk menghias rambut anak2 gadis, perhiasan ketika majlis perkahwinan, dan bahan untuk bunga rampai..
Dan yang paling penting adalah, bunga kesidang merupakan bunga rasmi negeri Melaka ketika ini. Nama Kesidang Teguh Enterprise diambil sempena status bunga kesidang sebagai bunga rasmi negeri Melaka lah. Kami berhasrat untuk menjadi ikon untuk seluruh rakyat negeri Melaka. Dan untuk menjadi ikon, organisasi kami perluhlah teguh dan utuh. Dan demi menyahut seruan pemimpin kami, kami berhasrat untuk sama-sama memajukan negeri ini... ;)

Thursday, December 14, 2006

Daulat Tuanku II


Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-13 bermula penuh adat istiadat

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 dalam upacara penuh istiadat dan tradisi Melayu di Istana Negara, semalam.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih mengisi jawatan untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam itu, atas perkenan Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-208 (Khas) pada 3 November lalu. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Istiadat semalam bermula pada jam 11.50 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) ke-209 sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka. Mesyuarat khas yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balairong Seri itu dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pemangku Imam Besar Masjid Negara, Abdul Rahman Yusof, diikuti Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Engku Ibrahim Engku Ngah menyembah surat sumpah jawatan kepada Sultan Mizan. Selepas melafaz sumpah jawatan, Sultan Mizan, 44, menandatangani surat sumpah jawatan itu dengan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah sebagai saksi.
Majlis disusuli istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Abdul Halim, juga dengan bersaksikan Sultan Ismail Petra dan Sultan Selangor. Selepas mesyuarat Majlis Raja-raja ditangguhkan, istiadat menandatangani surat perisytiharan memegang jawatan menyusul, diikuti persembahan surat itu kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru dan timbalannya untuk ditandatangani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudian membaca perisytiharan bahawa Sultan Mizan sudah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 dan Sultan Abdul Halim sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Upacara penuh istiadat itu yang disiarkan secara langsung oleh RTM, diakhiri bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Semua sembilan Raja Melayu atau wakil baginda serta empat Yang Dipertua Negeri hadir.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri, menteri-menteri kabinet, anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta pegawai tinggi kerajaan.
Selepas selesai upacara, Abdullah mengetuai upacara menghadap.
Terdahulu, Perdana Menteri mengetuai jemaah menteri Kabinet menyambut keberangkatan tiba Sultan Mizan di Parlimen, yang menjadi sebahagian istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan baginda. Sultan Mizan bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang tiba pada jam 10.30 pagi kemudian diberikan sambutan penuh istiadat diiringi tiupan nafiri oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda berdua kemudian diiringi ke peterana melalui pasukan kawalan tombak, diikuti tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan yang menyembahkan `Hormat Diraja', diikuti lagu Negaraku.
Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan diikuti tembakan meriam 21 das sebelum baginda berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota 1 RAMD diketuai Mejar Mohd Fuad Md Ghazali. Seri Paduka berdua kemudian berangkat untuk menerima menghadap menteri Kabinet, ketua jabatan serta diplomat asing dengan diiringi Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin sebagai menteri pengiring.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, istiadat keberangkatan baginda berdua ke ibu negara berlangsung dengan penuh tradisi dan adat Raja-raja Melayu di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Sebelum berlepas menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), kira-kira jam 8.30 pagi, baginda berkenan menghadiri istiadat perbarisan kawalan kehormat utama. Ketibaan Seri Paduka berdua ke Istana Maziah diiringi tiupan nafiri sebelum berangkat ke Pentas Diraja dan Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Kor Armor Diraja mempersembahkan `Hormat Diraja' dan lagu `Selamat Sultan'.
Turut berangkat, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail; Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Keberangkatan baginda berdua ke LTSM diiringi tiupan nafiri dan kumpulan nobat serta 32 anggota pasukan Jejawat diketuai Sarjan Zulhamli Salleh, masing-masing 16 pembawa payung dan tombak, hingga ke pintu gerbang utama istana.
Dianggarkan lebih 1,000 rakyat pelbagai lapisan berdiri di sepanjang laluan dan di LTSM sejak jam 7 pagi lagi untuk mengucapkan selamat berangkat kepada baginda tuanku berdua.
PROFIL
Sultan Mizan Zainal Abidin
- Diputerakan pada 2 Januari 1962
- Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman diikuti Sultan Menengah Sultan Sulaiman
- Melanjutkan pelajaran di Geelongs Grammar School di Melbourne, Australia
- Mengikuti kursus tentera selama tiga bulan di Kem Karah, Port Dickson pada 1981
- Mengikuti kursus Pegawai Kadet Pre SMC (E) di Army School of Languages dan menyambung kursus SMC 33 di Royal Military Academy, Sandhurst, sehingga 9 Disember 1983
- Melanjutkan pelajaran di US International University-Europe di London dan menerima ijazah Sarjana Muda dalam jurusan hubungan antarabangsa pada 1988
- Sepanjang kerjayanya, baginda pernah berkhidmat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah, Pegawai Tadbir Tanah Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu dan Unit Perancangan Ekonomi negeri
- Mendirikan rumah tangga dengan Permaisuri Nur Zahirah pada 28 Mac 1996
- Dikurniakan empat cahaya mata, Tengku Nadhirah Zahrah 10; Tengku Muhammad Ismail, 8; Tengku Muhammad Mua’az, 6 dan Tengku Fatimatuz Zahra', 4.
- Menaiki takhta sebagai Sultan Terengganu ketika usia 36 tahun pada 1998
- Aktif dalam sukan berkuda lasak dan pernah menjuarai acara Wilga 80 km Endurance Ride, dan pertandingan berkuda di Harris River Ride, di Australia pada 2004
- Kesungguhan dan inisiatif baginda juga menyaksikan Malaysia terpilih sebagai tuan rumah sukan lumba kuda lasak `World Endurance Championship’ di Lembah Bidong, Terengganu, tahun depan
- Menubuhkan Yayasan Diraja Sultan Mizan pada 19 Julai 2005 bersempena hari ulang tahun ke-43 keputeraan baginda bagi menganjur dan membiayai pelbagai penyelidikan, perhutanan, sains teknologi dan inovasi, pertanian, perikanan serta kemasyarakatan

Wednesday, December 13, 2006

Daulat Tuanku

Raja berjiwa rakyat, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini.
Tuanku Syed Sirajuddin, yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 pada 25 April 2002 untuk tempoh giliran selama lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada kira-kira 9.50 pagi.


Tuesday, December 12, 2006

Hari Penyampaian Hadiah

Bismillah...

Beberapa bulan lepas, company aku buat pertandingan 5's untuk setiap department. So, hari ni adalah hari penyampaian hadiahnya.
Jam 730pagi, semua dah berkumpul kat tempat perhimpunan (depan warehouse kita orang). Seperti biasa lah, kalau tak ada ucapan, bukan lah majlis namanya. Company kita orang ni special sikit. Ucapan akan di lakukan dalam 4 bahasa. English, Melayu, Vietnam dan Nepal. Bergilir-gilir la dia orang bercakap:)
Lepas habis Datuk berucap, maka upacara kemuncaknya pun dilakukan iaitu penyampaian hadiah.
Johan untuk bahagian pejabat ialah department aku:). Haa.. ni la hasil yang aku dapat. Jenuh aku kemaskan office aku.. hehehe.. buat labeling, susun dokumen, buang benda2 tak pakai...
Tempat tercorot untuk bahagian production pun department aku. hehehe.. Ni workshop kita orang. Aku department macam R & D. So pejabat buat dokumentation, drawing dll manakala workshop pula buat sample.. Makanya, dua2 bahagian department aku dapat hadiah. Walaupun yang tempat tercorot tu sebenarnya bukan hadiah, tetapi 'sindiran' dari pihak pengurusan.. hehehe..
So, hadiahnya?? hmm.. sama cam atlit2 kita kat Doha sekarang. Aku pun tak faham, apa kaitan benda ni dengan 5's system. 1 lagi hadiah yang kita orang dapat ialah.. hmmape ek nak panggil tu.. kain yang gantung tu kat dinding tu, kat kkain tu tulislah apa2..:)

Iklan

Assalamualaikum
Sebuah iklan telah dicipta untuk perniagaan aku. Buat masa ni, boleh la jengah-jengah dulu kat Kesidang Teguh Enterprise. Masih diperingkat awal lagi. Nanti aku masukkan semua produk yang dijual.
Kalau berminat boleh la call...:)

Sunday, December 10, 2006

Sebuah Buku

Bismillah...

Semalam, ketika menunggu kak Sarina di depan kedainya di Peringgit, aku singgah kat kedai buku, selang beberapa lot dari kedainya. Aku tertarik dengan buku ini.

Aku pun belilah.

Aku tertarik dengan banyak topik yang terkandung di dalamnya. Boleh dikatakan semua topik sangat berguna untuk aku yang sedang berusaha menggunakan internet sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan aku.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui tentang pernaiagaan aku, sila lawati laman web Kesidang Teguh Enterprise. Laman ni aku dah bina lebih kurang setahun yang lalu.
Buat masa ni, ini je la yang termampu.
Tapi selepas membaca buku yang aku beli ni, aku dapat banyak idea bagaimana untuk menjadikan internet sebagai salah 1 saluran pasaran aku.
Aku tengah bangunkan blog untuk Kesidang Teguh Enterprise. Masih diperingkat percubaan. So tak yah la nak tunjukkan kat korang dulu yer...:)

Saturday, December 09, 2006

Mari Kenali Pokok - Durian

Bismillah...

Seorang sahabat tak pernah tengok pokok durian. Tapi dia kenal pokok durian. So untuk tidak menghampakan
Noushy Syah di sini aku pamerkan pokok durian. Memandangkan sekarang ni bukan musim buah, makanya buah durian tu tak der lah. Yang ada pokok dengan daun aje. Harap-harap kalau terjumpa pokok ni kat mana-mana, maka itulah pokok durian ye:D
Ni gambar pokok durian. Ni pula gambar daun pokok durian

Gambar-gambar ini diambil di belakang rumah aku. Harapnya, Noushy Syah puas hati. Pokok durian ni lebih kurang je dengan pokok-pokok yang lain. So, kalau tengok gambar aje, susah nak bezakan dengan pokok yang lain. Lain la kalau bezakan antara bokok durian dengan pokok pisang.. ehehe

Thursday, December 07, 2006

Bila Ilahi Mengundang TetamuNya - Hari Yang Emosi




Hari ni aku serta adik beradik bersama nenek dan beberapa orang saudara menghantar bonda ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Kami bertolak dari rumah jam 630pagi menuju ke masjid di Kesang. Dari sana, sekali lagi azan bergema dan kami bersama-sama jemaah haji bertolak serentak ke Kelana Jaya jam 715pagi.

Alhamdulillah, kami tiba ke destinasi lebih kurang jam 10pagi. Di sana kami bersantai bersama-sama pengiring dan jemaah dari seluruh negara yang lain. Segala urusan berjalan dengan lancar.

Tapinya suasana sayu mula menyelubungi sekitar kompleks jam 12 tengahari apabila jemaah dikehendaki masuk ke kompleks untuk bertolak ke KLIA. Dapat dilihat masing-masing berpelukan sambil menangis.

Semoga perjalanan mereka akan senantiasa dirahmati Allah. Mudah-mudahan mereka mendapat haji yang mabrur'.
Kami bertolak pulang ke Melaka jam 300ptg, selepas bonda menaiki bas menuju KLIA. Kami pulang di dalam keadaan hujan yang lebat. Tiba di rumah jam 630petang

Wednesday, December 06, 2006

Hari Yang Sibuk

Bismillah...
Hari ni, aku terlalu sibuk. Aku nak siapkan sebanyak mungkin kerja aku sebab aku akan bercuti 2 hari mulai esok. Esok aku ada urusan dengan SME Bank. Nak submit rancangan perniagaan aku. Hari Khamis nak hantar bonda ke Kompleks Tabung Haji. Then, Jumaat, tinggal la kami 3 beradik.. uhuk..:(
Lelain tak der kot. Aku nak touch up RP ni. besok nak pi hantar. Tak boleh tidak. Esok mesti hantar gak!!

Sunday, December 03, 2006

Bila Orang Jauh Datang Bertandang

Orang yang dimaksudkan adalah keluarga Mak Usu aku. Dia orang baru balik dari Kuantan, Pahang Darul Makmur. Mak Usu, Pak Usu dan anak bungsu dia orang je datang. Anaknya yang lain-lain tinggal kat rumah nenek saudara aku. Mak Usu aku ni, kahwin dengan anak nenek alang aku. Kiranya kawin sepupu la ni. Jarang dia balik ke Melaka. Maklum la, jauh. Lagipun anak-anak dah besar-besar. Tak muat nak naik 1 kereta.
Tapi kali ni, dia orang balik lama. Nak jual rumah yang kat kat sini katanya. So datang kat rumah tadi lama gak la. Dari kol 3 sampai kol 6 lebih. Borak-borak, layan anak bungsu dia. Sudahnya planning aku nak jumpa seseorang dibatalkan. Sesekali orang jauh datang, kena la duduk kat rumah kan???

Saturday, December 02, 2006

Bicara Tengahari Bersama VGM

Bismillah..
Hari ni, aku bagi hint kat VGM merangkap boss aku. Ketika kami adakan mesyuarat berhubung kursus untuk Inventor, VGM mengesyorkan nama aku & senior. Aku tolak tawaran tu walaupun aku nak sangat mendalami Inventor ni. Buat masa ni, main tenyeh-tenyeh gitu je. So berlaku banyak masalah. So boss nak hantar training bagi meningkatkan keupayaan dan skil kita orang. Tapi aku tarik diri sebab aku bagitau VGM, aku ada rancangan lain. Nak bagi peluang kat junior supaya dia lebih dihargai di situ. VGM rasa pelik, then mintak penjelasan. Tapi aku kata, aku nak bincang kemudian.
Kol 12 VGM panggil aku mengadap dia. Dengan wajah yang sedih dia mintak aku explain. So aku terangkanlah segala2nya. Seperti biasa, sebagai seorang yang dikenali sebagai paling bijak pusing2 cerita, boss aku ceritalah pelbagai cabaran yang dihadapi sebagai peniaga ni. Aku dengar aje. Hampir sejam setengah aku kat dalam bilik dia tu. Dengar segala pengalaman dia. Dalam pada dia bercerita, dia buka 1 cerita:-
Saya pernah bagi kawan RM36,000.00 untuk berniaga. Tapi tak jalan. Saya rugi RM36,000.00 mcam tu aje....
Dan sebagai manusia yang sukar diramal (ada member cakap aku sukar diramal) aku cakap:-
Saya tak tak tau orang lain, tapi kalau saya lah, saya tak bagi orang RM36,000.00 pada orang untuk jalankan perniagaan saya. Tapi saya akan jalankan perniagaan itu sendiri. Samada dia berjaya atau tidak, itu perkara nombor 2. Perkara paling utama, adalah kita berpuashati dengan apa yang kita usahakan. Kalau perniagaan kita berjaya kerana orang lain, sedikit sebanyak, kita tak akan rasa gembira. Sebabnya, ia bukan dari hasil titik peluh kita maaaa.....
Dan VGM terkedu dengan kata2 ni. Akhirnya, bicara kami berakhir dengan wajah VGM kembali sedih.
Walaupun aku selalu memerangkap VGM pada minit2 akhir, aku rasa yang ni yang paling best.. hehehehehe