Monday, May 30, 2005

Definisi Melayu

SEJARAWAN TEMPATAN :
Istilah Melayu lahir sebaik sahaja kerajaan Kesultanan Melaka diasakan pada tahun 1400 dan ia juga merujuk kepada Jambi sebagai asal tempat bermulanya ketamadunan masyarakat Melayu sekitar awal kurun ketujuh Masihi.
SEJARAWAN BRITISH :
Perkataan Melayu berasal daripada 'melaju' yang bermaksud cepat, deras atau tangkas iaitu merujuk sifat semulajadi orang Melayu dalam segala perlakuan seharian yang sentiasa cerdas berfikir dan pantas pula bertindak.
SEJARAWAN BELANDA :
Terminologi Melayu bermaksud penyeberang, pengembara atau penjelajah dari satu tempat ke satu tempat lain kerana masyarakat Melayu direkodkan asalnya dari wilayah Yunan di selatan China sebelum berhijrah ke Asia Tenggara.
SEJARAWAN ASIA :
Kata nama Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu 'Malaya' atau perkataan Tamil iaitu 'Malai' yang bermaksud bukit/tanah tinggi atau perkataan Parsi kuno iaitu 'Mahaluyah' merujuk daerah ramai guru yang digelar sebagai 'Mulaya'.
STANDARD ANTARABANGSA :
Kaum peribumi dominan di Malaysia, indonesia, Brunei dan Filipina yang digelar Melayu Nusantara juga merujuk suku kaum Aceh, mandailing, Jawa, Sunda, Banjar, Sulawesi, Iban, Kadazan, Tagalog, Tausug dan Visayan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA :
Mestilah pertama individu itu beragama Islam, diikuti tahu berbahasa Melayu dan ketiga ada mengamalkan adat istiadat budaya norma masyarakat Melayu yang diiktiraf sejak dari turun-temurun.

5 hari seminggu

Seronok sakan la kakitangan awam. Maklum la, ada ura-ura kerja 5 hari seminggu. Tahniah la pada kalian semua. Semoga dalam tempoh lima hari tu, kalian dapat la kerja bersungguh-sungguh. Layan la setiap panggilan dan pelanggan yang datang. Jangan bermasam muka sepanjang masa. Senyum la dengan memikirkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hujung miggu. Jangan la banyak sangat rehat di kantin. Maklum la, kalau dulu, masuk kerja pukul 8, pukul 9 minum, 12 lunch, pukul 3 minum, pukul 4 dah kemas kaunter, 430 cabut. Tngkatkan produktiviti. Buat masa nie, kerja hari sabtu 2 kali sebulan. Tu kalau campur, boleh jadi 1 hari. Cover la balik 1 hari yang dah cuti tu dalam 5 hari waktu bekerja. Sekarang, semak 10 permohonan, kalau dah kerja 5 hari seminggu, maknannya kena semak 11 permohonan. Kalau lebih lagi bagus. Baru la negara cemerlang, gemilang dan terbilang.
1 lagi, kalau buat dasar tu, laksanakan lah betul-betul. Kalau rakyat mengadu, selesaikan la cepat-cepat. Kalau kerja 5 1/2 hari pun kerja terhegeh-hegeh, kalau 5 hari boleh cepat ke? Tepuk dada, tanya selera:)
Belanjakan lah wang rakyat secara berhemat. Kalau nak kutip cukai tu, kutip la elok-elok. Cari dulu ikan-ikan jerung yang tak bayar cukai tu dulu sebelum berkhemah kat rumah orang yang berpendapatan sederhana. Tak berapa sen pun cukai dia orang tu kalau nak dibandingkan si ikan jerung tu. Jangan asyik nak saman aje. Dah la kes kat mahkamah tu bertimbun-timbun. Asyik tangguh kes aje. So, sebelum nak saman, jengah2 la dulu keadaan kat mahkamah tu.
Ada rakyat yang tuntut hak sendiri pun payah dapat layanan, ye tak. Macam orang yang lumbuh, mintak pampasan PERKESO, bertahun baru dapat. Tu pun lepas masuk TV3. Kalau tak, hampeh, sampai almarhum la org tu tunggu duit dia. Tapi masa tuntut hak kerajaan, kalau rakyat degil, saman. Tu je la modal kalian. Bawa-bawa la cari alternatif lain. Macam remaja yang tak pergi PLKN, dia orang pun kalian nak penjarakan. Cuba la fikirkan kaedah lain. Jangan la semakkan mahkamah yang dah semak tu. Fikirkan kaedah yang lebih praktikal. Ni tidak, dah la kes mahkamah bertimbun, lepas tu penjara pun dah sendat. Nak bina penjara, pakai duit rakyat juga.
Sebenarnya, banyak kerja kalian tu. Tempoh 5 hari tu cukup singkat sebenarnya. Kalian kena tingkatkan produktiviti. Kalau produktiviti sama sahaja, kemudian waktu kerja dipendekkan kepada 5 hari, wajarkah kalian menuntut kenaikan gaji & bonus???
hmm... kalian kan terpelajar... fikir-fikiran lah.
...............................................................

Aku bukan cemburukan dia orang yang akan bekerja 5 hari seminggu. Tapi aku rasa, ianya akan meletakkan sektor awam pada tahap yang paling tak produktif. Tun Dr Mahathir sendiri pernah kata, kita bukan negara kaya yang boleh kerja hanya 5hari seminggu. Kita nie membangun (baca miskin), so, sebagai negara membangun, kita kena bekerja lebih keras. Nak kata meningkatkan sektor pelancongan, aku tak fikir begitu. Bagi aku, ramai yang akan duduk di rumah sahaja cuti2 begitu. Kalau ada pun, hanya segeintir sahaja. Dan kalau aku jadi orang kerajaan, aku akan kata, ahhh!! tiap2 minggu nak berjalan, ingat aku cop duit ke???...:)


Jangan ambik ati noooooooooo

Saturday, May 28, 2005

Sakit Kepala

Hari ni, sepanjang hari aku sakit kepala. Tak tau apesal. Tido lambat ke semalam. Tak kot, biasa aje. Kol 11.
Adi call. Tak jadi mai sini. Masing2 tak dapat permit. ehehehe.. tak kisah la tu.
Situasi kat office, macam biasa aje. Aku masih buat bunk bed aku. Payah betul la.

Thursday, May 26, 2005

Perjalanan Baru

Semalam aku dengar dalam radio era yang jalan kat Melaka Sentral akan ditutup. Itu merupakan jalan yang aku lalui setiap pagi. Tapi disebabkan jalan itu ditutup, berkemungkinan besar, aku terpaksa masuk melaka town untuk masuk balik jalan menghala ke office aku. Kalau masuk town for sure aku berhadapan masalah kesesakan lagi. So, aku nekad, aku nak lalu highway yang aku biasa lalu time balik. Selama nie, kalau time pergi kerja, aku tak lalu jalan nie. Aku lalu time balik je. So hari ini, aku memulakan perjalan baru. Dan hasilnya, sungguh menakjubkan. Perjalanan lancar, dan aku boleh sampai awal, sebelum 7.30. Wow!! Lumayan sih:)
Pagi tadi, hujan lebat. Officemate bagitau, jem kat Air Keroh, Bandar Melaka. Alhamdulillah, kalau aku tak lalu highway tadi, for sure, aku pun sangkut jugak.
Adi call. Dia bagi tau, kroni2 nak turun Jasin Ahad nie. Sebab nak ke Tangkak, abang Sam kahwin. Hmmm.. terfikir lak aku. Adi kata Abang Sam... ni abang si Sam yang nak kahwin ke, atau si Sam tu yang nak kahwin? Confuse la pulak:)..eheheh..tak kisah la, geng nak mai...best nie, mesti ada cerita best nie.
Sepanjang di office, tiada apa perkara yang menarik berlaku. Semuanya seperti biasa. Tapi yang penting, aku dah siapkan sleigh bed aku. Tapi boss tak check lagi. So, aku start buat bunk bed. Mak aikk..susahnya pulak...
Tak per, try aje donggg!!!
Night

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, makaAllah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya -mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Wassalam

Wednesday, May 25, 2005

Hari Yang Sibuk

Hari nie, kerja sampai tak memang tangan. Lepas satu, satu hal yang lain timbul. Betul-betul penat hari nie. Tapi tak pressure lah. Sebab, bukan masalah besar pun. Ciput2 aje. Sebagai orang yang berkaliber (ehemm!!) senang je nak settle.
Seorang lagi datang interview. Kali nie, kaum tu. Boss suruh ambil gak. Biasa lah. 2 orang kakaknya kerja kat situ juga. Sebab budak yang interview kelmarin, aku dah tolak bulat-bulat. Dia tu langsung tak boleh buat. Budak tadi, OK la sikit. Tapi nak kena train jugak la tu. Tak pe la. Aku akan buktikan, aku boleh bagi ilmu kat dia orang jugak. Ingat aku cikai ke?
Sepatutnya hari nie ada seminar Uptrend. Tak gi. Penat la. Dia orang asyik call je. AKu tak angkat. SMS tak balas. ahaks...Lantak arrrr.....
Kay.. nite all

Penubuhan IFC

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penub uhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
d. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sese orang Muslim bahawa ia beragama Islam.
e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
m. Orang-orang Islam yang mem bayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi unt uk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejask an aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.
Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini

Teh O

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya,
Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.

Tanda Akhir Zaman

Wahai kawan2 ku tersayang, bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin.

Sebelum tido cuba fikir2kan berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita Na'uzubbillah.

Antara TANDA2 KIAMAT KECIL
berdasarkan hadis:-

1)Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2)Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."? Sahih Muslim

3)Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? ?Baginda menjawab?
"Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah


4)Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6)Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7)Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tand a semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." Riwayat Ahmad

9)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".


10)Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


11)Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" -Sahih Muslim

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad


13)Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim

TOLONG FORWARDKAN KEPADARAKAN2 LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

Monday, May 23, 2005

Aku Yang Tak Bercuti

Bismillahirahmanirahim...

Hari nie kebanyakan pejabat tutup, sebab semalam Hari Wesak. Tapi seperti biasa, co aku tak cuti. Maksud aku, co tempat aku bekerja la.. Jalan clear hari ni. Syok betul kalau hari2 macam nie. Tak der la aku tension sangat jalan jem. Kat Melaka nie, highway air keroh tu merupakan jalan yang paling menyakitkan hati. Nama aje highway, tapi ada berpuluh traffic light. Tension dibuatnya. Sejak kerja kat Melaka nie, aku tak penat kerja. Tapi penat driving. Masa kat KL dulu, drive 15 minit je ke office. Sekarang 1 jam. Kalau lewat sikit. mau cecah 1 15 drive. Sekarang nie, kereta aku dah lebih 5k sejak aku service bulan 3 hari tu. Ni dah kena service lagi. wah... lajunya meter aku berjalan:(

Kat office, tiada masalah melanda, OK je hari nie. Boss pun OK je nampaknya. Tapi hari ini, confirm, Anuar dah berhenti. Kalau dia tak berhenti, co dah berhentikan dia. Tak datang kerja. Lepas lunch, ada seorang datang interview. Dia nie adik kawan VGM. So, seboleh-boleh dia minta aku train budak tu. Graduate universiti. Uni mana ntah. Pas tu buat mekanikal. Tapi aku tengok, dia langsung tak boleh buat. Tapi sebab VGM nak, terpaksa la aku accept dia. Nasib baik kau Melayu. Dalam pada masa yang sama, aku mintak Zila ajak kawan2 dia yang nak kerja. Boleh cover jugak la nanti. Nak harapkan mamat tu, aku tak jamin.

Sedaya upaya aku siapkan 3/3 sleigh bed aku. Masih tak siap gak. ehehehehe.. Tengah buat packing & BOM. Rasanya besok siap la kot. Harap2 tak der masalah lain besok. Tadi aku tengok side rail 736 dok bertenggek lagi. Tak tau lak size ape. & tak tau lak apesal dia bertenggek. Tunggu la besok, ape jadik. Kalau tak besok, lusa..:) Tapi yang pasti, masanya akan tiba juga. Aku tau, carton side rail tu kecik. Tak muat... isk..isk..isk... tensionnya aku!!!

Sunday, May 22, 2005

Ahad Yang Panas

Bismillahirahmanirahim...

Hari ie, Hari Wesak. Maknanya, besok cuti lah bagi warga Malaysia. Tapi tak bagi aku. Sebab aku dah kira warga Taiwan. ahaks..!!! Dah boss aku Taiwanese....
Hari nie, aku tak buat apa2 pun kat rumah. Sekadar duduk, tengok tv. Then baca blog dalam Geng Jurnal. Hmm... menarik jugak laman nie. GJ adalah web yang mengumpulkan penulis-penulis blog macam aku nih :-) Surfing kat weblog dia orang, banyak gak dapat idea nak menulis, eh.. menaip!!. Aku rasa, pemilik blog tak boleh digelar penulis blog lah. Mereka patut digelar penaip blog. Sebab dia orang tak menulis.. dia orang menaip. Tapi tak tau la kalau2 ada komputer yang pakai pen/pensil. Ade ke?? Jap aku pk.. rasanya, tak der la!!
Aku tau, perkembangan weblog nie dah lama. Aku tau sejak 3-4 tahun lepas. Tapi masa tu, sibuk ngan kerja. Then, masa tu sibuk ngan chatting. Ada juga buat weblog. Tapi tak kekal lama. So, dengan weblog yang nie, aku harap ianya berkekalan. Tapi aku rasa, ni la weblog yang paling lama dan paling aktif yang pernah aku buat... Masa dulu, kat rumah tak ada internet, hanya harapkan internet kat office aku aje. So kat office, banyak mana la sangat masa nak berblog. Tapi berchatting boleh la pulak..:-)
Sebenarnya, aku mula mengenali internet nie tahun 1997. Masa kerja ngan Sapura. Dulu, bebudak technician sibuk dgn Alamak. So, aku pun join la dia orang berchatting, kemudian create email. Then, bila dah biasa ngan net, aku mula la explore sendiri.
Bercakap pasal chatting nie, teringat aku masa belum nak tua dulu..ehehehe... masa saham tengah naik. Maklum la, anak muda, darah panas. Tengah miang lagi. Masachatting, aku selalu guna nick TunPerak. Ahaks..pada manusia2 diluar sana, kalau korang pernah chatting kat dalam tahun 1997-2000 sure korang pernah nampak nick nie kan? By the way, bab chatting nie, aku ingat aku nak masukkan dalam entry yang lain.
Sekarang ni, aku lebih advance dari guru-guru aku kat Sapura dulu...ehhehehehe.. Tak tau la apa la 'guru-guru' aku sekarang nie tengah buat. Sejak terima VSS, aku tak banyak tau cerita pasal dia orang. Ada la sorang dua yang aku tau. Tapi tak detail. Harfap dapat jumpa dia orang lagi di masa akan datang. Kalau ada kengkawan ex-sapura yang baca entry nie, anto la berita... Boleh gak aku tau keadaan semasa. Nanti aku nak create entry khas untuk kenangan kat Sapura. Bila??? Nanti la.. Tu sejarah panjang tu, 6 tahun.... Banyak yang nak diluahkan...:)

Dapat SMS dari KJ...
25 May ada preview di hotel city bay view........ (ada lagi la yang dia taip, tapi aku rasa tak pelu la aku masukkan kat sini..:)) Hari Rabu?? Tak dapek la tu. Kalau dia buat malam, baik aku terus balik rumah..ehehehehe... Tapi tak tau la langi.. nanti kalau ada mood aku gie la.. eh... city bay view tu kat mana ek???

tata

Saturday, May 21, 2005

Info Menarik di Melaka

1. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang paling banyak mempunyai muzium iaitu sebanyak 14 muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan ini tidak termasuk beberapa Muzium swasta seperti Muzium Baba dan Nyonya serta Muzium Jed.

2. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang ketiga kecil di Malaysia selepas Perlis dan Pulau Pinang, tetapi Negeri yang paling banyak mempunyai masjid iaitu sebanyak 174 buah masjid,.

3. Muzium Baba & Nyonya di Jalan Jonker Street pada asalnya dimiliki oleh seorang petani Cina yang dibina pada kurun ke-19.

4. Kawasan Kampung Balai Panjang pernah menjadi tempat persinggahan peniaga dari Alor Gajah untuk melepaskan penat lelah mereka di situ selepas membawa barangan perniagaan di Melaka untuk dipasarkan.

5. Hang Tuah Mall di Jalan Hang Tuah yang menjadi mercu tanda negeri ini menelan belanja sebanyak RM8.8 juta dengan laluan siar kaki sepanjang 1.5 kilometer. Ia dilengkapi dengan kawasan riadah serba moden, restoran makanan segera, medan menjamu selera, landskap serta hiasan lampu neon yang amat menarik. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 oktober 2002.

6. Terdapat sebuah makam Pembesar Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka di Kampung Melaka Pindah.

7. Stadium Kubu yang telah memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri ini telah diwakafkan untuk pembangunan sukan di negeri ini di mana pembinaan tempat duduk utamanya telah dibina pada 21 Ogos 1954. Stadium Kubu telah ditukar nama kepada Stadium Hang Tuah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 31 Ogos 2001.

8. Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang ditubuhkan bagi melatih anak tempatan dan luar mengenai alam maritim terletak di kawasan seluas 30 hektar di Kuala Linggi. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 15 Ogos 1981.

9.Air Pancutan Victoria Regina yang terletak berhampiran bangunan Stadthuys di Jalan Kota, Bandar Hilir telah dibina pada tahun 1904. Pembinaan air pancut yang dihiasi dengan batu marmar itu adalah bagi memperingati Permaisuri Victoria Regina (1837-1901).

10. Tapak Hotel Equatorial di Bandar Hilir pada asalanya merupakan tapak bangunan The Malacca Rest House yang telah didirikan oleh British pada tahun 1912.

11. Balai Bomba Melaka yang pertama terletak di Banda Kaba berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Bangunan itu kini menempatkan Jabatna Pertahanan Awam (JPA3) Melaka.

12. Laksamana Cheng Ho dari negara China di zaman Dinasti Ming merupakan seorang penganut agama Islam yang pernah datang ke Melaka sebanyak 5 kali pada kurun ke-15.

13.Batu yang terdapat di dalam Bukit St Paul, Bandar Hilir telah membuktikan bahawa kehadiran dan pemerintahan Belanda di Melaka dari tahun 1641-1796 dan 1818 - 1824.

14. Melaka Raya Walk telah di rasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tepat pada detik jam 12 malam 31 Ogos 2001.

15. Buku Sejarah Melayu atau Salalatus-Salatin yang dikarang oleh Tun Seri Lanang telah diiktiraf sebagai Warisan Dokumentari Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Turut diiktiraf ialah Hikayat Hang Tuah.

Sabtu Yang Best

Hari nie, kerja macam biasa lah. Half day. Hari nie, suruh VGM approved side rail. Dah settle. Hari nie, aku memulakan project sleigh bed aku. Rasa tak der masalah kot. Memula tadi ada gak masalah. Tak tau, berapa lunag dia pakai. Tanya VGM, dia kata ikut standard.. OK.. clear. Nanti aku buat ler.

Tadi juga, problem timbul untuk side rail 736 aku. Sah!! Ianya melibatkan semua side rail aku.. alaa...!! big trouble nih. Kena potong manually polyfoam tu. Carton aku tak jamin, ok ke tak. Rasa cam tak ok je..:-(

Anuar tak datang. Rasanya, mamat tu dah cabut lah. Aku rasa la. Tapi tunggu Isnin. Kalau tak ada jugak, confirm la tu. Tak taha pressure.. Bengang betul aku la. Kerja dia terbengkalai, sure aku yang kena buat tu!!

Ketika nie tengah berlangsung konsert AF3... hmmm.. demam lagi la rakyat Malaysia nie. Entah apa2 ntah. Tak menarik langsung. Malas aku nak layan budak2 yang perasan nak jadi penyanyi tuh. Macam AF 1 & AF 2.. tak jadik apa pun. Glamor tu kejap je.. setahun dua lesap la tu...

Friday, May 20, 2005

Beberapa Masalah

Hari nie, ada beberapa perkara yang terpaksa aku lakukan bersendirian. Yang paling teruk, aku terpaksa settle kan masalah packing katil aku (item 736 tu lah). Aku tau, polyfoam untuk side rail tu memang tak ada. Then bersama abg syawal, aku cari polyfoam yang boleh masuk. Jumpa lah, tapi kena mintak IE tolong potongkan. So, settle. Pas tu, aku siapkan siderail untuk 8184. Communicate ngan miss wan. Settle jugak. Then, siderail untuk 98135CK... memula tak faham, tapi last2, siap juga. Lepas balik solat jumaat, kerja cam biasa. Tapi si Anuar tak masuk. Ni mesti dah cabut nie!!!. Semalam kena egar dgn VGM. Ni la orang melayu, lemah sgt bab2 kena gertak ni. Tension betul aku. Aku bukan ape, orang Melayu nie, time tak der kerja mengadu kat macam2 pihak. Kata org nie tak nak pilih melayu, pilih bulu, pilih kaum tertentu. Tapi bila dah bagi peluang, ni la jadinya. Sejak aku kerja situ, semua parner buat hal yang sama. yang betul2 ikut prosedur si Khairul aje. Lain.. Azlan, Farid, semua cabut macam tu je. Harap2 Anuar ada reason besok. Patut la kaum yng tu tak nak ambik Melayu jadi pekerja dia orang. MENYUSAHKAN aje!!! Lembek lak tu. Langsung tak der daya saing. Aku bukan ape, kecewa ngan kaum aku sendiri.
Dah la, karang aku kutuk lelebih karang, mengamuk lak orang melayu nie.. maklum la.. anak manja. Sumer nak bersuap. Belajar subsidi, kerja subsidi... gie kerja naik motor pun nak subsidi jugak.
Aku sayang bangsa aku... UBAH LA SIKAP TU...

Thursday, May 19, 2005

Lega 1 perkara

Bismillah..

Hari nie,aku dah siapkan panel bed. Cuma 5/0 je yg VGM tak approve lagi. Tapi tu confirm lah tu... mesti betul punya lah

Masa balik tadi, aku tengok dresser dah pack. Fuh.. nasib baik carton muat. Kalau tak, sure kena tiaw lagi. So, sekarang nie, tunggu result untuk bed & armoire. Mirror pun 1 hal gak. Tapi aku rasa, tu ok kot.

Tu je la. Hari nie penat la. Malas nak tulis panjang2

Wednesday, May 18, 2005

Kerja Bagus

Hari nie, aku submit 3/3 panel bed aku. Alhamdulillah. Tak der banyak masalah. Drawing pass. Yang asngkut BOM & packing aje. Tu pun no hal la. Sikit je. Sekarang nie fokus 4/6 panel bed pulak. Rasanya besok bleh submit lah. Tu pun kalau tak kena gegar dik MAG. Ni item yang banyak menimbulkan masalah kat aku. 736. Aku berdoa agar ianya cepat masuk kontena. Tapi tadi pun dah timbul sikit masalah. Banyak polyfoam tak der. Adohaii... teruk aku besok nie.....
Pasal Anuar, hari nie VGM betul2 angin ngan dia. Senior bagitau, dia buat kesalahan yang sama walaupun boss dah remark. Alamak..!! masalah pulak mamat nie. Tapi betul, dia tak tanya. salah dia jugak. Tadi boss naik suara tadi ngan dia.
Dapat panggilan dari En Zull. Agent insurans aku. ekekekeke.. dah lama sangkut nih. Cam mana nak settle. So, aku decide nak ambik 1 aje. Sebelum nie ada 2.
Apa lagi hari nie??.. hmmmmm..... tak der dah kot. Perut lapar nie..ehehehehehe

Chow

Tuesday, May 17, 2005

Sepetang bersama VGM

Hari nie, aku keluar lambat dari pejabat. Jam 7 malam baru punch card. Bukan sebab kerja yang bertimbun-timbun tu, tapi sebab aku bersembang ngan boss aku. Banyak la yang diperkatakan. But, the point is about me. Puji ada, kutuk ada. Biasa lah. Dia nak aku improve prestasi. Perlu banyak belajar dgn senior. Sebabnya, aku ada banyak peluang kat sana. Rajin, bertanggungjawab..:) Itu aku tau lah:) At the same time, dia na aku bimbing staff baru tu. Bukan tak boleh. Tapi masalahnya, aku sendiri pun bukan pandai sangat bab perabot nie. Ilmu aku pun baru sekelumat. Dah nak ajar orang. Aku cakap, aku ajar apa yang aku tau je lah. Yang aku tak tau.. aku tak boleh nak ajar. Kena la tanya senior.

Tapi sepanjang minggu nie aku berada dalam keadaan tak menentu.. Sebab, group 736 keluar lagi. Kali nie katil & dresser. Cukup merungsingkan aku. Packing aku betul ke tak? Adoiii... risaunya akuuuuuu..!!!

Choww

Monday, May 16, 2005

Melayu dari kacamata Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Hari Guru

16 mei 2005

Hari nie merupakan Hari Guru. Tahun nie juga merupaka kali pertama aku mengingatinya selepas 10 tahun berlalu. ehehehehe... ye la, sejak habis kolej, aku tak fikir hari guru, tapi aku fikir hari pekerja. Hari Pekerja ada cuti, hari guru tak der.. tu pasal la tak ingat:)
By the way, hari nie, aku nak recall memori aku.. aku nak ingat balik cikgu yang pernah mengajar aku masa kat sekolah dulu. Hmm... time belajar kat kolej, tak yah la kan, sebab yang mengajar, pensyarah, bukan guru..tak gitu???
Kay.. memula time aku sekolah rendah..:)
Time aku sekolah rendah, cikgu yang selalu ngajar aku ialah cikgu Hamid Saibon. Anak dia ada sebaya aku. Tapi time sekolah rendah, si ciwan tu punya la nakal. pernah bapak dia hamban keliling kelas. Cikgu lain, cam cikgu Siti Hawa, cikgu Haron (depa dua orang dulu ada skandal..ehehehehe..) Cikgu Zainon ajo pelajaran Muzik. Dulu kan tiup recorder. Tak tau lak sekarang bebudak main ape.. main gitar kapok kot...
Ustaz Sabtu ngajo subjek agama. Dah nama pun ustaz, kan? Takkan ajo PJ pulak. Cikgu yang paling tak best bagi aku tume sekolah rendah ialah cikgu Haslina (memula dia dtg sekolah aku, dia introduce satu kampung ngan Mr Os..) Dia ajar kita orang Matematik
Cikgu yang lain, cikgu Md Noor, cikgu Safilah, Cikgu Hamidah.... hmm.. lupa lak. Maasa aku sekolah rendah, ada 3 orang guru besar. Yang memula tu aku dah tak ingat, lepas tu cikgu wahid, then cikgu Ibrahim..(anak dia lawa..ahaks!!)
Tapi, jangan tak tau, aku pernah kena ngadap guru besar masa darjah 3. Sebab.. ehehehe.. aku & beberapa orang rakan jadik robin hood. Main anak panah pakai pembaris & lidi.. kui..kui..kui.. Time tu kalau tak silap cikgu praktikal yang ngaja. Tu yg lemak tu...

Masa aku kat sekolah menengah pulak...
Masa aku kat STP, cikgu yang paling best sesangat ialah cikgu Md Isa Jolan. Ni la cikgu yg banyak bagi dorongan kat aku. Dia nie cikgu kaunseling. Time form 5, aku selalu lepak kat bilik dia. Dengar dia berceramah. Best!!
Then, cikgu Md Said. Ni cikgu Math merangkap cikgu pendidikan seni aku. Nie pun best gak. Time ajo matematik pun dia buat lukisan... ehehehe
Cikgu BM aku, cikgu Halimah. Dah jadi datin dah sekarang. Masa aku kat sek men, aku suka sangat subjek sejarah. Tapi aku dah tak ingat dah nama cikgu tu. Cikgu Cina.
Yang lelain tu, tak berapa ingat lah (maklum la..dah 10 tahun).. Hmm.. cikgu yang paling aku benci, cikgu sains aku. Apa ntah namanya. Dia nie anti melayu kot...tak kisah la tu.. janji sains aku skor C4..ahaks!! Lupa lak. ustaz yang paling sopan santun..ehehe..ustaz Ahmad Hamizi. best dia nie. Warden asrama kita orang..:)

Lastly, masa aku kat SMDB lak...
Kat SMDB ni la sekolah paling best aku. Walaupun belajar cuma setengah tahun. Tapi banyak aktiviti aku kat sini. Cikgu yang paling best..for sure la cikgu Norashikin.. ehehehehe.....best giler dia nih!! Memula aku register sekolah ni, dah kena sakat dah.. Memula dia jual pantun kat kelas baru aku tu, aku lak masa tu tengah gatal, aku pi beli la pantun dia. Last2 aku jadi wakil sekolah acara pantun. ahaks.. dia jual pantun sebab nak cari wakil sekolah rupanya:) Dia ajar Sejarah Islam. Best!! Tapi tiap kali dia bagi soalan.. nama yg biasa kena panggil.. nama aku lah!
Cikgu lain time form six, cikgu Md Jani, cikgu Ahmad Hamzah, cikgu Md Isa.. Manokaran (ni guru panitia Bahasa Melayu..buat malu melayu je..)

Tu la antara cikgu0cikgu yang berjaya aku recall. Pada yang tak tertera namanya tu, bukan aku lupa. Cuma tak ingat buat masa nie. Walau macam mana pun, jasamu tetap ku kenang..:)

Selamat Hari Guru.. semoga cikgu senantiasa dirahmati Allah taala...

Salammmmmm

Tafsiran Surah Al-Fatihah

AL-FATIHAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1:1)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian 'alam. (1:2)

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1:3)

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). (1:4)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (1:5)

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (1:6)

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (1:7)

Sunday, May 15, 2005

Panasnya!!

Hari ni, Ahad... jam menunjukkan pukul 325ptg. Aku dok rumah ajer hari ni. Panas betul lah cuaca sekarang nie. Pagi tadi sakit kepala. La ni dah ok sket dah, lepas telan panadol tadi.
Panas-panas nie, kalau layan mandi sungai pun syok jugak. Teringat kat Mamad. Entah bila la aku nak melawat member sorang nie. Baru pindah segamat bulan lepas. Aku ada bagitau dia, dok kat segamat, kena tau pasal air terjun sagil:) Dia mintak aku bawa dia ke sana.. hmmm.. entah bila la tu.
Sagil tu memang best la. Lama gak aku tak kesana. Kali terakhir rasanya.. hmmm.. 10 tahun lepas.. ehehehe.. time form six. Lepak ngan kengkawan sekelas. Wawawawa.. memori mengusik jiwa la pulak. Teringat kat kengkawan lak dah. Time form six dulu memang best. Tu la satu2nya tahun yang aku aktif semasa kat sekolah. Dari darjah satu sehingga tingkatan 4 menanggung derita. Tingkatan 5 nak exam. Form six tu la yang memberi semangat persekolahan kat aku:) Tahun tu la aku bergelar pengawas, sidang redaksi majalah, ahli sifclub yang mengadakan pelbagai aktiviti untuk sekolah. Teringat lagi masa adakan rombongan ke Tanjung Bidara anjuran sifclub (sifclub tu ialah persatuan untuk student lower & upper six.. sampai hari ni, aku masih tak tahu maksud sifclub tu..:)). Pergi Tanjung Bidara mandi laut (of couse la.. takkan mandi kolam pulak!!), main kayak & buat BBQ...
Then, Aku, Haris, Hashim, Zambri, Asfarizal & Purushothaman pernah camping kat kat Bukit Asahan. Syok giler!! 3 hari 2 malam kita orang kat sana. Kalau nak tau, tu kawasan air terjun gak. Dari Gunung Ledang. Haaa.. air terjun gunung ledang yang terjun ke negeri melaka dikenali sebagai bukit asahan tapi yang terjun kat negeri johor dikenali ngan sagil:) Memang syok time tu. Malam terakhir kita orang kat sana, kena hari hujan. Terpaksa la kami bermalam di dalam hujan. Time tu, khemah kita org daif sangat.. Dah la tu 1 khemah sumbat 6 orang..macam tin sardin la pulak. Sekarang nie, dia orang tu dah jadi bapak budak. Haris dah ada 3, Hashim time raya ari tu, bakal keluar no 3. Zambri, Rizal & Puru..tak tau cerita....Yang aku tau Zambri & Rizal dah kawin. Puru... hmmmm.. mana ntah budak tu....missing!!
Tu la..... kat luar, mentari masih membahang.... badan aku mula berpeluh kat depan pc nie.... Nak turun, ada kipas angin..:)

Friday, May 13, 2005

Kelas Memasak

Hari nie chef nak ajar memasak. Tajuk masakannya ialah......

Kebab Panggang Masam Manis

Bahan-bahannya :
500g isi ayam bahagian dada tanpa kulit
300g bebola daging ayam
300g frankfurter ayam
2 biji bawang besar, di potong kiub
2 biji cili hijau, dipotong kiub
1 tin nenas kiub dalam tin
Lidi sate secukupnya

Bahan A :
4 sudu besar madu
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
( satukan semua bahan ini )

Cara Membuatnya :
Cucukkan isi ayam, bebola daging ayam, cili hijau, kiub nanas dan bawang besar dengan lidi sate. Buat hingga habis. Kemudian panggang sambil disapu dengan bahan ( A ) hingga masak. Enak di makan ketika masih panas.

Epal Bakar Bermadu

Bahan-bahannya :
2 biji epal hijau
20 g mentega
20 g gula perang
15 g kismis
1 camca besar serbuk roti
2 camca besar air
1 camca besar perahan limau ( oren )
1 caca besar madu
Cara membuatnya :
Korek biji epal tetapi jangan dihiris. Kelar mengelilingi garis pusatnya. Susun ia di dalam bekas di atas kertas timah. Satukan mentega bersama gula perang, kismis dan serbuk roti di dalam mangkuk kecil. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan itu ditengah-tengah epal yang dikorek biji tadi. Jerang air bersama perahan limau dan madu seketika. Tuang ia di atas epal. Bakar epal pada suhu 180C, 30 minit. Cedok dan siram air yang keluar di atas epal sekali sekala.
Selamat Mencuba...:)

Thursday, May 12, 2005

PLKN

Memula aku nak sedekahkan alfatihah ke atas roh Nek Sabi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
......................
Dua tiga hari ni, cerita terhangat dipasaran ialah kes Ahmad Harizal Ahmad Fauzie
Kegagalan remaja tersebut menyertai PLKN mengundang padah apabila menjadi remaja pertama didakwa di atas kesalahan tersebut. Lebih menyedihkan, pengakuan bersalahnya membawanya ke penjara.
(alamak!! skimanya ayat..ehehehe..)
So, aku pun nak komen sikit lah... Sekadar bagi pandangan aje... (aku bukan la manusia yang analitik yang nak bagi komen yang panjang2..)
Bagi aku lah kan, hukuman ke atas remaja tersebut adalah tak wajar sama sekali. Mahkamah sepatutnya mengambil kira latar belakang remaja tersebut. Dia tak join PLKN atas alasan perlu bekerja untuk menyara keluarga. Macam aku tengok kat TV hari tu, nampak kehidupan keluarganya serba kekurangan. Apakah menjadi satu kesalahan dia bekerja kerana mahu menyara kehidupan keluarga? PLKN tu bukan nya seminggu dia, tiga bulan tu... Lama tu..so dari dia tung tang tung tang kat pusat program tu (yang belum pasti menjadikan pesertanya berubah kepada sahsiah yang lebih mulia) lebih baik lah dia bekerja. Namun kesedarannya untuk menyertai semula program tu wajar diberi pujian. Namun diharapkan, ada lah pihak2 tertentu yang dapat membantu. Memberi bantuan kat keluarganya. Sekurang2nya semasa ketiadaannya selama 3 bulan tu..
Bagi aku, mahkamah wajar melihat kepada kes2 yang mana remaja yang sengaja tidak menyertai program tu. Yang dok melanguk je kat rumah. Tak pun yang bersidai kat shopping2 complex tu. Hmm.. ada idea lak:)
Apa kata bebudak yang ditahan sebab gejala2 sosial nie, hantar je dia orang tu ke PLKN. Tak kisah la dia dah pernah pergi ke tak. Tapi, kali nie suruh dia orang bayar. Tapi jangan le memahal sangat. Sekadar lepas duit makan selama dia orang kat sana dah la. Takkan la nak subsidi gak kotttt.... Haa, kat sana tu nanti, brain wash dia orang tu cukup2. Lepas 3 bulan, lepaskan... Tapi bila kena cekup lagi.. suruh masuk pusat balik.. ehehehehe.. biar dia org tu rasa:)
Harap, lepas nie, kuar la berita anak2 orang kaya lak kena tahan sebab tak hadir PLKN......

Tuesday, May 10, 2005

Kempen Budi Bahasa

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Negara & Pemerintah
  3. Keikhlasan Diri
  4. Hormat Menghormati
  5. Kasih Sayang
  6. Semangat Kemasyarakatan
  7. Berpengetahuan
  8. Kebersihan Fizikal & Mental
  9. Besih
  10. Semangat Kejiranan
  11. Semangat Kerjasama
  12. Kesederhanaan
  13. Kesyukuran & Keredhaan
  14. Berdaya Saing
  15. Menghargai Masa
  16. Semangat Hidup Bermasyarakat
  17. Menghulur & Menerima Kemaafan
  18. Disiplin Diri
  19. Bertanggungjawab
  20. Beramanah
  21. Adil
  22. Tolong Menolong
  23. Prihatin
  24. Sabar
  25. Bertimbang Rasa
  26. Toleransi
  27. Bersimpati
  28. Merendah Diri
  29. Bersungguh-sungguh
  30. Menghormati Hak Setiap Individu
  31. Menyayangi Diri, Keluarga, Jiran & Masyarakat
  32. Suci Hati
  33. Berfikiran Positif
  34. Amalan Baik
  35. Sedia Berkorban Untuk Kebaikan Bersama
  36. Berkongsi Untung Nasib
  37. Benar
  38. Berani
  39. Murah Hati
  40. Yakin Diri
  41. Berpada
  42. Berlemah Lembut
  43. Ikhlas
  44. Berterus Terang
  45. Bercita-cita Tinggi

Monday, May 09, 2005

Ada Apa Hari Ini?

Hari ni, tak der apa-apa yang menarik berlaku di sekeliling aku. Cuma, kopi yang aku order hari tu dah sampai. Hek eleeh.. seminggu baru sampai?:) Aku masih menunggu khabar ebrita dari Karangkraf. Bila nak mai nie??

Kat office pun tak berapa best. Aku start buat katil 8180. Petang tadi gempar gak. Kotak meja aku ada problem. Rupa-rupanya, meja tu dah besar, memang la tak muat dlm kotak aku. Hampeh tol lah. Boring la keje macam nie!!! Tak teratur langsung.

Saturday, May 07, 2005

Kenapa Susah Hargai Jasa Ibu?

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH(Wartawan Utusan)

Ada memanggilnya ibu, mama, emak dan sebagainya. Walaupun nama panggilan itu berbeza, mereka tetap individu sama - ratu di hati kita.
Sebagai ratu, kita perlu memberikan layanan yang terbaik kepadanya setiap masa.
Rahim seorang ibu menampung sekurang-kurangnya satu nyawa, mungkin lebih, paling banyak barangkali 16 amanah Allah.
Begitu berat beban yang harus dipikul insan ini, tetapi kebanyakannya berjaya mengatasi halangan dengan tabah tanpa bersungut soal kepayahan.
Ibu tidak kisah tentang empat potong kek yang harus disuap kepada lima nyawa, dengan alasan si ibu tidak memerlukannya.
Pengorbanan dan jasa ibu kepada kita sewaktu kecil cukup besar, sepatutnya kita perlu menghargainya.
Hari Ibu akan disambut 8 Mei (esok) pada setiap tahun. Di Amerika Syarikat (AS), tempat di mana idea Hari Ibu tercetus, ia diraikan pada 11 Mei bermula 1908.
Dalam kalendar Mei, Hari Ibu ialah hari yang kedua kita menyambut beberapa hari penghargaan.
Sebelum ini, kita menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, manakala Hari Belia 15 Mei dan menyusul Hari Guru pada 16 Mei ini.
Seperti Hari Kekasih dan Hari Setiausaha misalnya, Hari Ibu juga disambut meriah.
Pelbagai persediaan dibuat oleh anak-anak, ada yang berkira-kira menghantar bunga, mengajak sekeluarga makan malam bersama ibu dan tidak kurang juga menempah hadiah mahal untuk si bonda.
Sebelum tahun 2000, boleh dikatakan generasi hari ini kurang mengingati Hari Ibu, barangkali kerana ia jatuh bersama hari cuti umum lain.
Menurut sejarah, Hari Ibu berasal usul ekoran daripada rasa bersalah wanita bernama Anna Jarvis pada 1907. Ibu Anna meninggal sebelum dia sempat meminta maaf akibat satu pertengkaran.
Anna memasang niat untuk melakukan sesuatu bagi mengenang jasa ibunya itu dengan mula menghadiahkan 500 jambak bunga teluki putih untuk diagihkan kepada setiap ibu yang datang ke gereja St. Andrew's Methodist Episcopal di Grafton, West Virginia.
Itu cerita di AS. Kita di sini menyambutnya pada 8 Mei. Kalau ada yang skeptikal dengan cara kita menyambut Hari Ibu itu seolah-olah meniru cara AS atau negara Barat lain, anggap sahaja ia sama seperti hari lain - Hari Guru dan Hari Pekerja.
Walaupun pengorbanan ibu perlu dihargai sepanjang masa dan setiap tahun, jika ada hari khas diwujudkan ia adalah lebih baik.
Pada hari itu, jika tiada hadiah mahal, pemberian seadanya cukup memadai untuk mengenang jasa mereka. Kalau tiada juga, ingatan dan ucapan sayang pasti dihargai mereka.
Lalu, kepada mereka yang tidak berkesempatan membelikan hadiah atau menawarkan jambangan bunga ros, masih mempunyai 24 jam, 1,440 minit dan 86,400 saat untuk mengucapkannya esok.
Kita bersikap aneh kerana lebih senang mengucapkan penghargaan dan sayang kepada orang yang kurang dikenali hati budinya berbanding individu yang menanggung sakit berjam-jam lamanya untuk melahirkan kita.

Hari Terakhir Si Khairul

Assalamualaikum...
Hari ni, merupakan hari terakhir si Khairul sebagai Designer kat KFC. Nampaknya VGM meluluskan pelatakan jawatannya. Nak buat cam mana. So, nak cari orang lain lagi. At the same time, boss suruh aku push Anuar, sebab kerja dia tak siap-siap lagi. Aku tengok keje dia pun tak berapa memuaskan. Tapi tak pe la. Tak pernah kerja lagi. So bagi la peluang. Macam aku jugak dulu.. kan??
Hari nie half day. Lepas office hour, terus balik rumah. Ada kenduri kawin kat depan rumah. Adik Fizah pun kawin gak hari ni. Tapi tak pergi la. Layan tido pun best gak.. ahaks....
Ni baru lepas makan. Semua lauk kenduri kawin. Banyak. Sampai separuh kena hantar kat rumah nenek. Tak bagi karang, tak der sapa nak makan kat rumah nie. Banyak...

Friday, May 06, 2005

Jumaat..

Bismillahirahmanirrahim...

Hari ni, hujan sampai tengahari. Dari jam 8 pagi. Hujan bukan main lebat lagi. Nasib baik aku dah sampai office masa tu. Kalau tak, sure aku patah balik.. ehehehehe...
Hari ni, aku dah siapkan king bed aku. Perfect! Kacang je tu.. ehehehehe..
Khairul lak bagi notis berhenti. Nak keje oil & gas pulak dah. Tapi, Chong tak approve. Si Anuar lak. Dok lagu tu je. Mirror tak siap2 lagi.

Call Adi. sembang2. Banyak gak cerita pasal kengkawan. Lobo dah berhenti dari BumiHiway rupanya.....

Thursday, May 05, 2005

Pembetulan

Assalamualaikum

Aku nak buat pembetulan sedikit. Semalam, aku ingatkan 05.05.05. Rupanya semlam baru 4hb. hari nie baru 5 hb. Terawal sehari pulak. Macam mana perasan? Bila aku tengok berita then dia bagi tau petrol naik harga mulai 5 hari bulan. AKu tengok kalender, hari nie la baru 5hb. Mabuk betul la....
Cakap pasal petrol la hari nie. Kenaikan 10sen tu, bagi aku tak la teruk sangat (ehem... just for my personal opinion, ok!) Kalau boleh beli benda-benda yang tak berfaedah cam rokok ke, ganja ke...lipstik ke... ehem... baik la support kerajaan ngan bayar 10 sen tu. So, kerajaan boleh la kurangkan subsidi. So, duit lebih tu, boleh la bangunkan negara tercinta nie...tol tak? So, jgn la fikirkan sangat bab 10 sen tu. Nothing la...ehehehehehe.. kan?
(aku cakap cam nie, sebab semalam aku dah isi penuh, harga lama lagi. Hari sabtu nanti baru aku beli minyak ikut harga baru. ehehehehe... Lagipun pakai kancil. save maaaa... Oleh itu kengkawan sumer, tukarlah kepada kereta yang lebih comel & ekonomik.. KANCIL.. SEBIJAK ANDA.....:))
Kalau nak pakai kereta mahal2, jangan la bising petrol naik 10 sen, kan???
Muahahahahahahaha.......

Wednesday, May 04, 2005

05.05.05

Assalamualaikum...

Ketemu lagi kita:)
Menarik tarikh hari nie. 05.05.05. Macam IP address pulak:)
Sepanjang berada di office, tak ada apa-apa yang menarik pun. Tapi aku dah siapkan queen bed aku. Masa buat king, VGM check drawing aku. Salah pulak:) Biasak la tu kan.
At the same time, aku dapatkan profile katil untuk group yang baru. Yang nie tak siap lagi, dah kena fikir yang baru pulak.

Lain? hmm.. aku dok tunggu kopi yang aku order via internet hari tu:) Kata 3 hari. Tak mai pun. Kalau cam nie.. payah lee..... beli kopi pun seminggu..ehehehe..
klaka la pulak:D
Dah arr.. layan tv pulak laaaa...
Nak dengo kot2 ada citer LHDN. Aku dah panas nie. Takut sangkut je:P

Chow chin chaw

Tuesday, May 03, 2005

Demam Denggi

Gejala demam denggi:
* Demam kuat secara tiba-tiba dan berterusan hingga melebihi 39 Celsius
* Ruam merah pada kulit
* Sakit-sakit tulang, sengal-sengal otot dan sendi sehingga menyukarkan pergerakan
* Sakit biji mata dan di bahagian belakang mata
* Sakit kepala yang teramat sangat
* Muntah-muntah
* Sakit perut
* Hilang selera makan
* Pendarahan dalaman pada badan, hidung dan mulut
.

Kawalan dan pencegahan

Hapuskan pembiakan aedes:
* Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
* Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali
* Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung
* Pastikan tempat bertakung air seperti tayar buruk, kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan aedes
* Tanam semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya
* Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate mengikut sukatan yang ditetapkan (10 gram untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.

Hapuskan nyamuk dewasa:
* Gunakan racun serangga (aerosol) di rumah
* Pasang jejaring nyamuk pada tingkap
* Semburan kabus (pogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Lain-lain saranan:
* Tidur menggunakan kelambu
* Mengenakan baju berlengan panjang dan tidak berseluar pendek
* Pakaian yang diletakkan di dalam almari kalau boleh jangan dibiarkan bergantungan tetapi dilipat
* Losen antinyamuk juga boleh digunakan pada permukaan kulit yang tidak bertutup.

Hari baru di bulan yang baru

Alamak!!!

Aku baru type something tadi.. Try nak pakai keyboard shortcuts, terus hilang semua. Tak boleh undo lak tu. Hampeh tolll...
Rasa malas pulak nak recall ape yang aku type tadi:(
Anyway, hari nie, 2 orang staff baru memulakan kerja di KFC. Satu untuk Admin, satu lagi untuk IED (department aku la tu..) Namanya Anuar. So sebagai permulaan, aku bagi assignment buat mirror. Senior aku tak der, so aku la yang kena handle. Hari nie aku uruskan budak baru tu, stationary & printer. Hari nie, beberapa masalah timbul. Tapi bukan la major sangat. Kecil2lan aje. Tu pun project senior aku.
Queen bed untuk RTG group baru je aku siapkan. Tapi VGM tak sign lagi. So, tunggu la besok. Besok aku masuk buat king size punya pulak.
Then, minah kat marketing mintak aku printkan drawing dr email dia. Hmm.. dia kata dia print kuar separuh je. Aku print selamba aje. Last2 aku ajar dia, cara2nya. Bak kata Khairul pun, aku kan hasler.. ehehehehehehe... hampeh!!! print pun tak reti. abaaangg jugak (ala2 style kak ogy).
Lain? tak der.. oo.. balik tadi, ada surat dari tm net.. ehehehehe.. alaa.. dah kena bayo la pulak. ingat free jeee.. :)
Kay la... nak chow

Tata
(compose boleh guna memalui IE.)

Monday, May 02, 2005

Isnin - Cuti Hari Pekerja

Hari nie, cuti lagi. Tapi besok kerja macam biasa. Baru lepas iron uniform. Tapi 4 helai je.
Aktiviti hari nie? Melepak aje. Petang tadi pergi Jasin. Beli beberapa barang sikit. But the important thing is.. Aku Baru Hantar Borang Income Tax.. ahaks.. mampoz aku kali nie. Lewat kena paw RM200. Entah apesal, tahun nie aku risau semacam. Sebab apa ntah. Mungkin tahun nie, aku tak confident about the amount. Ye lah, dah la tak der borang EA, at the same time aku tak kira amount VSS aku. Alamak!! kantoi la yang nie:(
Hmm.. first time STS diwujudkan. Aku harap ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. eheheheh.. berdoalah untuk aku sekali.
Rujukan: STS means sistem taksiran sendiri
(alahai.... compose tak boleh pakai ke?? hek eleehh... macam2 hal la pulak)

Ape lagi ek?? Hmmm.. tak der ape2 lah. Nak tengok tv pulak la

Nite all

Sunday, May 01, 2005

Hari Pekerja

Bismillahirrahmanirrahim
Hari Pekerja. Alhamdulillah. Aku masih bertitle 'pekerja':). Tak tau lagi bila nak jadi 'usahawan'. Banyak benda tak settle lagi. Tapi hari nie, aku join uptrend team. Company MLM secara internet. ehehehe.. entah sampai bila la pulak yang nie. Masa mula-mula hidup dulu, aku pernah join gak benda macam nie. Tapi dulu2, aku jual barang kemas. Macam gelang, cincin. Tu sumer ustaz Nazri punya pasal. ahaks!.. Mana ntah dia sekarang nie. Dulu keje ngan INMIND. So, tu cerita dulu. Sekarang nie aku join uptrend pulak. Ni KJ punya pasal. ahaks...
So, meh aku citer pasal uptrend nie. Untuk beli barang2 seperti barangan kecantikan, makanan kesihatan dan pinggan mangkuk sumernya melalui internet. Barang2 yang kita order akan sampai dalam tempoh 3 hari. Bab2 yang melibatkan internet nie, memang aku cukup suka. ehehehe.. Anyway, benda nie bukan la baru kat Malaysia nie. Aku dah usyar cybershop, team 700, e-cosway dan beberapa lagi (namanya aku tak ingat). So, konsepnya sama lah. Beli barang thru internet:) Tadi, lepas lepak ngan dia orang aku balik rumah. Terus order kopi. ehehehe.. nak test je. By the way, aku tak target sangat benda nie. Cuma aku nak tau je. Sebab aku pernah baca pasal jutawan MLM, jutawan network marketing... so, aku nak tau gak. Hebat sangat ke benda nie. Memang betul, part paling sakit hati ialah menaja orang untuk join benda alah nie. Tu la satu2 nya benda yang aku rasa berat nak buat. So aku target 6 bulan je buat benda nie. Kalau dalam tempoh tu 2 orang pun tak dapat. aku bungkus la... ahaks.... Tapi aku tetap nak jadi usahawan. Sekarang ni kan, Kementerian Pembangunan Usahawan ada motto baru.. Keusahawanan Kerjaya Pilihana. Ahaks, Mana main kerjaya jadi engineer ke, laywer ke, arkitek ke.. ehehehe.. Sumer nak jadi usahawan. Tu target aku balik kampung & berhenti kerja ngan Sapura. Buat masa ni, aku tengah tunggu result dari Karangkraf. Untuk apa? Tungguuuu... aku akan ceritakan kelak:) Tapi yang nyata, bukanlah jadi staff Karangkraf tu..
Hari nie, Hari Pekerja. Aku pun tak faham. Kenapa 1 Mei jadi hari pekerja. Dalam setahun ada 365 hari, 1 Mei yang dipilihnya. Bunyi macam aku tak puas hati kan? Tak der la. Saje je.. Sesuatu peristiwa tu, mesti ada sebabnya terjadi pada hari tu kan? Tak kisah la tu. So besok pun cuti lagi. Best rupanya cuti nie. ehehehehe....
Kay..makan time... babaiiiiii

Kisah Saidina Ali & Pengemis

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah.Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu. Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu.Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalubertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.
MORAL & IKTIBAR
Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan. Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi. Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak