Saturday, March 31, 2007

Kursus Dr Azimuth

Bismillah..
Kali ni, kursus dibuat di Kak Long Chalet, Melaka. Tak banyak input pun. Sebab benda ni untuk bakal-bakal WDC yang baru. Tapi aku datang untuk memperkukuhkan pengetahuan produk. Sempat gak la snap beberapa keping gambar kat chalet tu. Kak Long Chalet ni terletak kat Permatang Pasir, Alai, Melaka. Sesiapa dah ada pengalaman lepak kat sini, boleh la cerita :)Tempat ni dekat je dengan kawasan ikan bakar Umbai. Haa.. sambil lepak-lepak kat chalet boleh la makan ikan bakar :)
Ni ko-ordinator negeri, En. Satar

Entrance sebelah dalam

Entrance sebelah luar

Panorama

Panorama

Panorama

Salam Maulidur Rasul

Thursday, March 29, 2007

Lagu Kenangan Lalu

Siapa Dihatimu? - Rahmat
Pernah dengar lagu ni?
(klik untuk dengar)
Lagu ni popular tahun 1993. Memang meletup lagu ni masa dulu-dulu. Aku pun suka dengar lagu ni. Ada cerita di sebaliknya. Aku tak pasti samada aku dah pernah tulis pasal ni kat blog. Kalau dah, tak pe la. Ulang tayang je la.
ooo... kalau korang mengharapkan sebuah kisah cinta, aku minta maaf, kisah cintaku hanya termaktub dihati, tidak di blog.. muahahahaha
OK lah. Berbalik kepada lagu ni. Tadi aku layan Sinar FM. Masa tu Abby Fana online on air. Sekali dia putarkan lagu ni. Teringat la suatu kisah di sebalik lagu ni. Secebis je. Bukanlah sebuah kisah yang panjang.
Lagu ni popular pada penghujung tahun 1993. Masa tu aku form 5. Nak dijadikan cerita, lagu ni popular masa aku ambik SPM. Dan kejadian ni berlaku ketika aku nak ambik exam SPM la. Aku lupa paper apa masa tu, tapi yang pasti tengahari lah.
Seperti biasa, aku menyiapkan diri untuk ke sekolah. Dah tentu la aku pakai uniform sekolah, kan? Dah siap semua, aku pun melangkah keluar, nak tunggu bas. Lepak la kat bus stop. Bus stop ni pulak depan sebuah kedai runcit. Nak jadi cerita, akak kedai runcit ni bukak radio, berkumandang pulak lagu ni. Sedang aku menghayati bait-bait lagu ni, bas yang sepatutnya aku naik, meluncur laju di hadapan aku. Aku terkejut sebab terpandang bas yang dah terlepas. Aku cuak giler masa tu. Exam lak kurang dari sejam dan kat kampung aku time tu bas sejam sekali. Muahahaha... peluh jantan pun keluar (oh!! peluh pun ada jantina rupanya). Sudahnya, aku tahan teksi. Fuh!! patut tambangnya 30 sen, dah jadi rm3.00 (lebih kurang la. Aku tak ingat berapa yang aku bayar ketika itu. Maklum la, dah 14 tahun berlalu. Tapi yang pasti, tambang teksi lebih mahal dari tambang bas kan?).
Nasib baik aku sempat ambik exam. Kalau tak, tak pasal2 je paper tu aku fail. Subjek apeeee ek?? Lupa dahh....

Tuesday, March 27, 2007

Selamat Ulang Tahun

SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 KEPADA BLOG
MENCARI DAMAI ABADI
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI

Monday, March 26, 2007

Jawapan Kepada Persoalan

Bismillah..
Aku dapat soalan ni dari seorang teman blog, Su Purple
Nak tanya sikit boleh, adakah disebabkan sikap Phd orang melayu atau sikap melayu suka mengikut orang lain yang menyebabkan melayu jadi mundur. Suka mengikut orang maksudnya kalau jiran sebelah jual nasi lemak, maka orang lain pun jual juga nasi lemak.

Soalan ni sungguh menarik. Tapi jawapan ni adalah pandangan aku sahaja. Mungkin ramai orang tak bersetuju. Walaubagaimanapun, aku akan menerima segala pandangan pembaca dengan hati terbuka.

Perniagaan makanan merupakan perniagaan typical orang melayu. Seringkali kita melihat dalam sesuatu kawasan kampong atau taman perumahan, terdapat beberapa warung nasi lemak atau warung goreng pisang/kuih muih. Malah jika diteliti, kesemua konsep warung-warung ini adalah sama. Sebagai contoh, jika menjual goreng pisang/kuih muih, sudah pasti, tiada meja kerusi disediakan. Ini bermakna, kuih tersebut akan dibawa pulang oleh pelanggan. Rupa warungnya pula adalah sekadar meja kecil untuk meletak produk jualan, payung dan kerusi untuk si tauke. Manakala, jenis produknya juga hampir sama. Goreng pisang, karipap, popia, tauhu sumbat dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan gerai nasi lemak. Kedudukan meja dan kerusi yang tidak stabil, bekas air basuh tangan yang kosong pada tekonya tapi penuh pada takungannya dan fenomena tisu habis. Produknya pula, nasi lemak lauk sambal ikan bilis, kacang goreng dan telur goreng serta hirisan timun.
Perniagaan sebegini menjadi ikutan di kalangan orang melayu. Kebanyakan warung orang melayu, inilah rupanya. Kalaupun yang teratur sedikit, kita boleh lihat di medan-medan selera. Keadaannya agak teratur dan bersih.
Apabila seseorang memulakan perniagaan sedemikian di sesuatu kawasan, sudah pasti beliau mampu menarik ramai pelanggan. Ini kerana hanya dia sahaja yang menjalankan perniagaan tersebut. Tetapi apabila banyak permintaan, maka timbullah perasaan ingin membuka perniagaan yang sama oleh orang lain. Di sinilah kelemahan kebanyakan orang Melayu. Mereka tidak mencipta sesuatu yang baru. Perniagaan mereka sama sahaja sedangkan dalam perniagaan, keunikan merupakan perkara penting untuk menawan hati pelanggan. Jika perniagaan mereka tidak mendapat sambutan, mulalah timbul perasaan hasad dengki di dalam hati mereka. Maka akan timbul la cerita kedai si polan tu kena tabur nasi basi, tauke kedai kena penyakit misteri dan macam-macam lagi. Sikap ini wujud kerana orang kita tidak berani menghadapi persaingan. Walhal, persaingan itu adalah sangat baik dimana kita dapat mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kita.
Dengan adanya perasaan hasad dengki ini, sampai bila pun kaum kita tak akan maju. Mana taknya, ada 2 peniaga nasi lemak, sorang mati kena santau. Timbul lagi sorang, sorang pulak jatuh bankrupt, timbul lagi sorang, sorang lagi dah tak berniaga sebab warung kena tolak dik pihak berkuasa tempatan sebab bina warung haram. Yang seorang tu maintain, tapi perniagaan dok takuk tu juga, tak kembang-kembang. Jadi, bila kita nak maju?
Tak salah kalau kita berniaga bersebelahan dengan pesaing kita. Yang paling penting, kita mesti tau apa kelemahan dan kekuatan pesaing dan diri kita sendiri. Barulah wujudnya persekitaran perniagaan yang sihat dan harmoni. Pernah tengokkan bagaimana mamak berniaga? Kedai mereka sebelah-menyebelah, tapi tak der pun nak gaduh-gaduh kan? Berapa pula keuntungan mereka? Makanan mereka? Sama jeee… ayam masak madu sedap, kan? J
Walauapapun perniagaan yang dijalankan, persaingan merupakan sesuatu yang harus ditempuhi. Pesaing-pesaing ini boleh dijadikan rakan perniagaan sebenarnya. Contohnya, jika masing-masing nak buka warung kuih, pakat-pakat la. Agih-agihkan jenis kuih yang hendak dijual. Kau jual pisang goreng, aku jual karipap. Barulah pelanggan boleh buat pilihan. Dan peniaga, sama-sama dapat untung. Namun, sesungguhnya, dalam perniagaan, keuntungan tak dating sekelip mata.

So, itulah jawapan aku. Aku bukanlah hebat sangat dalam perniagaan. Masih lagi belajar. Kadangkala, wujud juga perasaan phD tu, tapi, kena balik pada matlamat asal, berniaga untuk apa? Kerana Allah, kan?

Memang benar, dunia perniagaan tak semudah yang disangka. Banyak cabarannya. Sekarang ni pun, aku sendiri menghadapi beberapa masalah. Tapi Insyaallah, aku akan cuba bertahan. Dunia perniagaan memerlukan orang yang cekal. Tapi aku tak secekal yang aku sangkakan. Pokok pangkalnya, kemahuan.....

Sunday, March 25, 2007

Selamat Hari Polis ke 200

PDRM ke Arah Terbilang Di dunia

Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dari Ilahi. Selamat Bertugas.
Berikut adalah senarai Ketua Polis Negara sejak negara mencapai kemerdekaan:-

  1. Tan Sri Sir Claude Fenner (1958 - 1966)
  2. Tun Mohamed Salleh Ismael (1966 - 1973)
  3. Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim (1973 - 1974)
  4. Tun Mohammed Hanif Bin Omar (1974 - 1994)
  5. Tan Sri Abdul Rahim Bin Mohd Noor (1994 - 1999)
  6. Tan Sri Norian Mai (1999 - 2003)
  7. Tan Sri Mohd Bakri Hj Omar (2003 - 2006)
  8. Tan Sri Musa Bin Dato' Hj Hassan (2006 - )

..............................................................................................................................

Sempena ulangtahun ke 200 ni, ada ura-ura gaji anggota polis nak dinaikkan. di samping penambahan anggota. Diharapkan, lepas ni ramai la anak-anak muda yang nak jadi polis. Semoga menjadi anggota polis yang penuh dedikasi.

Aku adalah beberapa kali berurusan dengan pasukan polis ni. Seingat aku lah, first time aku kena tahan polis adalah ketika di tingkatan 4. hehehe.. aku disoal siasat kerana ponteng sekolah. alahai... sebenarnya bukan ponteng sekolah. Dah hujung-hujung tahun, selalunya budak-budak ni bersepah. So aku ngan kawan-kawan aku pun cabut la. Entah cam mana, terserempak dengan beberapa orang anggota polis. Terus la diberinya beberapa soalan untuk dijawab. Masa tu jam 11.00 pagi. hahahaha.. pukul 11 dah cabut dari sekolah...

Yang terkini aku berurusan dengan polis adalah ketika membayar saman trafik. hehehe...

Korang ada cerita dengan polis?

Friday, March 23, 2007

JKR Pernah Beri Amaran Kepada Putrajaya Holdings

KUALA LUMPUR 22 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) pernah memberi amaran kepada Putrajaya Holdings, pemaju pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya, mengenai kewujudan aliran air di kawasan bukit yang runtuh di Presint 9, Putrajaya awal pagi ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, amaran yang disampaikan menerusi sepucuk surat bertarikh 13 Julai 2006 itu memaklumkan mengenai kewujudan aliran air akibat kebocoran tangki air di atas bukit berkenaan.
‘‘Kita minta mereka membaiki kerosakan itu kerana kebiasaannya apabila ada air, air akan masuk dalam tanah menyebabkan tanah menjadi lembut,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran jualan projek kondominium mewah Matahari di Desa Seri Hartamas di sini hari ini.
Samy Vellu diminta mengulas keluhan penghuni pangsapuri di Presint 9, Putrajaya yang mendakwa pernah membuat aduan mengenai kewujudan aliran air di bukit berkenaan tetapi tidak diendahkan.
Bagaimanapun, Samy Vellu menegaskan, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kewujudan aliran air itu menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh tersebut.
Katanya, siasatan rapi bagi mengenal pasti punca kejadian itu masih dijalankan oleh cawangan Kejuruteraan Cerun JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).
Samy Vellu berkata, aliran air di Presint 9 itu ditemui oleh pegawai JKR ketika mereka menjalankan pemeriksaan biasa ke atas bukit serta cerun di Putrajaya.
Beliau berkata, JKR tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan kerja pembaikan dilakukan kerana ia di luar bidang kuasa jabatan itu.
‘‘Tugas kami ialah memberitahu tetapi terpulang kepada mereka (Putrajaya Holdings) sama ada hendak melakukan pembetulan atau tidak,’’ katanya.
Mengenai situasi semasa di kawasan kejadian tanah runtuh itu, Samy Vellu berkata, laporan awal JKR dan Ikram mendapati keadaan tanah telah stabil dan tidak berlaku sebarang pergerakan tanah.
Bagaimanapun, jelas beliau, sebagai langkah berjaga-jaga, JKR menasihatkan Putrajaya Holdings memindahkan penduduk di pangsapuri berkenaan selama dua minggu.
............................................................................................
Kalau betul la sesuatu kawasan tu tak selamat didiami, kenapa projek diteruskan?
Perkara macam ni selalu terjadi. Bila dah berlaku sesuatu yang buruk, masing-masing dok tuding jari kat orang lain. Semuanya nak melepaskan diri masing-masing. Baik orang politik, mahu pun orang-orang yang menjawat jawatan paling kanan kat sesuatu jabatan. Yang kena bahananya, rakyat juga. Bila dah ada jadi mayat, baru nak bertindak. Tak pun lepas masuk tv. Letih lah.... (DSSSV.. bila nak berhenti???)

Thursday, March 22, 2007

Stok Baru

Bismillah...

Alhamdulillah, hari ni, stok baru yang aku order kelmarin dah sampai. Kali ni banyak juga lah. Kopi, teh, madu, kelapa dara, bunting + T-stand dan purfume. Wanginya purfume ni. Purfume ni aku dah taip detail kat http://kesidangteguh.blogspot.com/, so kalian boleh ke sana. Tapi purfume yang aku order buat masa ni tak banyak. Nak tengok market macam mana dulu. Tapi semalam call SAHABAT, bagitau produk baru ni, so masing-masing dah nak order. Alhamdulillah. Kena order lagi la minggu depan ni. hehehe.... Besok, kerja aku adalah pergi ke tempat SAHABAT-SAHABAT ni, hantar barang-barang mereka.
Aku dah rembat 1, bau diaaa... peeehh!!.. melekat!! :)

Wednesday, March 21, 2007

Ketika Ini

Bismillah....
Ketika ni, gegendang telinga tengah dihiburkan oleh gendang cina. Gendang cina mati tu la. Entah dari mana agaknya. Takkan la gendang YB Machap kot. Punya la jauh Machap tu ngan Jasin. Dah lewat-lewat malam ni rasa seram gak. Teringat pulak cerita-cerita hantu cina. muahahaha...
Tadi ronda-ronda sekitar Serkam Darat. Buat marketing kat beberapa tempat. Tak berapa menjadi. Tapi besok sambung lah. Hujan tadi, terus balik.
Lagi?
Beberapa masalah yang aku alami kat PC aku ni. Semalam blog ni tak berapa stabil. Entah apesal entah. Lepas tu sejak kebelakangan ni, tak leh buka fotopages. Korang ada masalah sama ke?

Keajaiban Tongkat Ali

Oleh KHAIRUL ANUAR MASUAN (Utusan Malaysia)
TIDAK disangka-sangka tongkat ali sekarang menjadi bualan tidak kira sama ada dalam sidang lembaga pengarah untuk sekurang-kurangnya melepaskan ketegangan ataupun surau-surau dan kedai kopi. Secara tiba-tiba pula orang akan mula menilai kembali apakah khasiat sebenar tongkat ali. Lebih dari itu kita juga akan mula terfikir inilah khazanah orang dahulu kala yang diamanahkan kepada kita.
Penulis masih lagi teringat bahawa sebelum tahun 2000 tongkat ali ini tidak lebih sebagai ubat tradisional yang hanya dijual di kaki lima, pekan sehari dan juga pasar malam. Tidak keterlaluan kita sebenarnya amat berterima kasih kepada penjual ubat jalanan yang berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan khasiatnya. Penulis pernah melihat bagaimana si penjual itu dicemuh oleh bangsa sendiri.
Tetapi si penjual ubat tadi tetap tersenyum jauh dan segera disambut oleh orang lama ‘otai’ yang telah pun mengetahui khasiat tongkat ali. Tidak cukup dengan itu ada sebilangannya pula yang begitu merendah-rendahkan khazanah ini dan mula mengeluarkan hujah ‘saintifik’ kononnya ia tidak setanding dengan ubatan luar negara. Malah ada mengatakan bahawa ubat penguat nafsu syahwat tidak mungkin dapat dicipta.
Mencemuh
Namun setelah gergasi farmasi dunia di Baratmula memperkenalkan ubat penguat syahwat maka berbunyilah orang yang mencemuh ubatan tradisional tadi, mengiakan dan mengagungkan ubat ‘ajaib’ dari Barat ini. Sejauh mana berkesannya ubat ini masih tidak diketahui kecuali telah dibuktikan secara klinikal. Itu pun di dalam keadaan terkawal.
Berbeza dengan ubat dari barat ini, tongkat ali adalah ubat tradisional semula jadi dan lebih membanggakan ia dilaporkan boleh menambah jumlah serta kualiti sperma lelaki. Lebih dari itu tongkat ali telah digunakan oleh nenek moyang kita secara turun temurun.
Penulis amat berterima kasih kepada datuk nenek moyang kita kerana meskipun jika dijajah tetapi khazanah ini disimpan rapi oleh mereka sehingga sekarang. Khazanah ini boleh gunakan pada masa di mana orang berlumba-lumba dengan bioteknologi. Ia bukan sahaja berharga malah boleh digunakan untuk kepentingan perubatan tradisional Melayu pada masa akan datang.
Lebih dari ini kita juga memempunyai kecerdikan sejagat. Lihat sahaja kebolehan kita berdagang, bukan setakat sebagai peruncit; lihat kebolehan kita mereka cipta bukannya setakat menciplak dan jadi mekanik yang hanya tahu buka dan pasang balik; lihat kehebatan berdebat dunia dan bukannya hanya di gelanggang kecil; lihat kebolehan rundingan dan diplomatik; dan kebolehan merawat dan mencegah dengan hasil bumi sendiri. Mungkin penawar terbaik untuk gejala dadah, sosial, dan lain-lain ada tinggal kita kena membukanya.

Monday, March 19, 2007

Melayu Masih Lemah Sistem Kewangan

Oleh: LUKMAN MOIDIN (seperti yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia)
APABILA timbul skim cepat kaya dan pelaburan menerusi Internet, orang Melayu yang paling ramai berhimpun mendengar cerita dan sanggup menghabiskan wang untuk menyertainya.
Sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan di mana wang itu dilaburkan dan siapa yang menguruskan dana tersebut. Betapa singkatnya minda bangsa kita untuk mendapatkan wang dengan cara mudah hanya dengan menaja beberapa orang kononnya akan mendapat pulangan yang lumayan.
Tetapi apabila terdapat sistem kewangan yang dipantau oleh kerajaan, kebanyakan kita mempersoalkan halal dan haram dan perkara remeh yang sengaja diperbesarkan untuk menyempitkan minda bangsa sendiri.
Dalam membicarakan soal-soal kewangan, orang Melayu agak jauh ketinggalan dalam sistem kewangan seperti bidang insurans, unit amanah dan lain-lain produk kewangan yang mendapat kelulusan kerajaan dan di bawah pemantauan Bank Negara.
Kelemahan ini wujud hampir di semua lapisan masyarakat Melayu dari yang berpendidikan tinggi hingga kepada mereka yang berpendidikan rendah. Amat mendukacitakan untuk mengakui bahawa hampir 80 peratus golongan profesional Melayu masih kurang memahami mengenai sistem perancangan kewangan yang boleh membantu menjana ekonomi keluarga mereka.
Sikap tertutup bangsa Melayu seperti ‘katak bawah tempurung’ masih tebal dalam soal membicarakan pengurusan kewangan khususnya melalui penasihat kewangan yang bertauliah. Malah keadaan ini juga mungkin disebabkan sikap negatif diri mereka sendiri (paling ramai) dan kemungkinan sikap ajen dan penasihat kewangan yang tidak profesional dan beretika.
Dalam membina kekuatan ekonomi, tugas perunding kewangan insurans dan wakil takaful adalah sangat penting demi memberikan pemahaman yang baik untuk bangsa kita mengubah paradigma dalam pengurusan kewangan.
Namun kekesalan utama bidang kewangan ini ialah apabila ada wakil takaful menjalankan tugas tanpa etika profesional semasa berurusan dengan pelanggan. Apa yang berlaku di depan mata menyebabkan penulis terfikir mengenai sistem dan amalan perniagaan takaful yang kononnya ‘Islamik’ adalah benar-benar tidak beretika.
Daripada 10 penasihat takaful yang ada, saya berani mengatakan hanya seorang dua daripada mereka menjual produk syarikat dengan profesional, dan selebihnya memburukkan syarikat insurans konvensional dengan pelbagai tohmahan kononnya haram dan tidak Islam. Malah di kalangan penasihat takaful juga mereka memburukkan syarikat takaful yang lain demi menambat hati pelanggan.
Untuk pengetahuan, ramai penasihat takaful berhijrah dari sebuah syarikat ke syarikat takaful yang lain demi mengejar komisen dan ganjaran. Apa yang berlaku ini adalah realiti yang menjejaskan reputasi takaful yang dilihat sebagai sistem kewangan Islam. Malah pemegang polisi menjadi mangsa apabila wujud pelbagai masalah yang berlaku disebabkan sikap penasihat takaful yang mementingkan diri sendiri.
Bank Negara melalui badan khas yang mempunyai kuasa perlu menyiasat bagaimana begitu ramai pelanggan insurans konvensional yang menamatkan polisi mereka melalui usaha wakil takaful yang bermoral rendah ini. Terdapat banyak bukti pelanggan dihasut dan diminta menulis surat memberhentikan polisi yang telah dibayar bertahun-tahun kerana dikatakan ‘haram’ menggunakan wang tersebut.
Sepatutnya menjadi dasar Bank Negara untuk bertindak tegas jika amalan ini dikesan. Maklumat atau info insurans yang dikeluarkan oleh BNM melalui kerjasama syarikat insurans dan takaful di dada-dada akhbar yang tertulis “Membeli polisi insurans hayat, jangan jadi mangsa kepada penukaran polisi” jelas tidak diendahkan oleh kebanyakan wakil takaful. Adakah info tersebut hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan tiada usaha konkrit menanganinya? Kita bimbang jika industri kewangan ini terjejas pastinya merugikan ramai pemegang polisi dan kaum keluarga mereka jika terjadi sesuatu.
Keutuhan sistem kewangan juga secara tidak langsung akan terjejas akibat sikap penasihat takaful yang sebegini.
Apa yang tidak diketahui oleh pemegang polisi insurans konvensional ialah kebanyakan sistem konvensional telah lama mematuhi pelaburan berasaskan syarak. Malah hal-hal yang meragukan seperti riba tidak lagi menjadi amalan syarikat insurans konvensional kini. Paling terbukti ialah sistem takaful sehingga hari ini masih tidak dapat menanding operasi insurans konvensional yang jauh cekap dan efisien.
Malah rungutan mengenai masalah tuntutan adalah amat minimum berbanding surat pembaca yang terpampang di akhbar dan banyak lagi masalah yang sebenarnya tidak diadukan secara terbuka. Inilah natijah yang ditanggung oleh operasi takaful kerana sikap tidak beretika wakil mereka dalam urusan menambat hati pelanggan.
Pengalaman seorang rakan yang pernah menjadi ajen insurans konvensional dan dipujuk menyertai sebuah syarikat takaful menjadi asas dan bukti kukuh apa yang sedang berlaku dalam industri takaful. Setelah mendaftar dan lulus sebagai ajen beliau telah menghadiri sesi penerangan dan mesyuarat oleh agensi takaful berkenaan selama beberapa minggu.
Akhirnya beliau mengambil keputusan menjalankan semula perniagaan insurans konvensional apabila mendapati ‘modal besar’ syarikat tersebut memasarkan produk mereka ialah dengan memburukkan insurans konvensional. Persoalannya adakah mereka ini benar-benar memahami sistem insurans konvensional.
Paling menyedihkan kebanyakan orang Melayu difahamkan bahawa maksud ‘konvensional’ adalah ‘haram’. Sedangkan merujuk Kamus Dewan, ‘Konvensional’ bermaksud sesuatu amalan, ciri-ciri atau lain-lain yang sudah diiktiraf secara meluas dan dipatuhi.
Seperti yang dinyatakan dalam satu dalil “ Janganlah engkau menghukum tanpa ilmu, kelak engkau akan menganiaya orang lain.”
Sudah sampai masanya Bank Negara mengambil tindakan proaktif terhadap amalan niaga wakil takaful seperti ini agar mereka tidak menjadikan amalan ini sebagai budaya kerja syarikat takaful yang semakin ketara. Sikap mereka yang seronok memburukkan pihak lain tidak pernah diajar dan dibenarkan dalam Islam. Apakah rezeki yang mereka peroleh dengan usaha ‘memijak’ orang lain mempunyai keberkatan ?
Adalah amalan niaga yang berunsur kotor seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman orang Melayu terhadap sistem dan pengurusan kewangan yang berkesan. Lihatlah teras dan amalan niaga bangsa lain yang mengutamakan kepuasan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan.
Jarang sekali kita mendengar sikap ‘menghentam’ orang lain dalam budaya niaga mereka. (Rujuk buku Rahsia Bisnes Orang Cina – Ang Wang Seng).
Orang Melayu sebagai bangsa yang beragama Islam wajar mengubah budaya ini dalam segenap kontek khususnya dalam bidang ekonomi, perniagaan, politik, kemasyarakatan dan sebagainya. Amalan bermoral dan membina kekuatan peribadi dalam kontek modal insan yang dibina dalam diri sendiri dan seterusnya masyarakat Melayu perlu terus diterapkan dan diingatkan sesama kita.

Saturday, March 17, 2007

Kursus Intensif Membuat Perhiasan Kristal


Bismillah
Hari ni, aku gi kurus kat Pusat Latihan EDI di Durian Tunggal. Kursus membuat perhiasan diri dari kristal, salah satu produk yang terdapat dalam Rangkaian Usahawan Muslimin. Dengan pengetahuan ini, aku boleh buat produk perhiasan kristal aku sendiri. Pada mulanya, tangan agak aku nak buat benda-benda tu tadi. Tapi dah praktis beberapa kali, tak der la kekok sangat. walaupun hasilnya agak kasar. hehehe...

So, selepas ni, sesapa yang berminat nak barangan kristal dari aku, boleh la bagitau. Harga yang disyorkan adalah diantara RM10.00 hingga RM50.00. Untuk permulaan ni lah. Kristal yang digunakan adalah kristal asli yang mana ianya mengandungi getaran warna dan cahaya. Dengan adanya getaran warna dan cahaya ini, batu kristal ini dapat membantu seseorang dalam melawan penyakit yang dialaminya. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami darah tinggi, penggunaan batu kristal berwarna biru, hijau atau oren dapat membantunya melawan penyakit tersebut. Namun, ianya adalah bersifat terapi yang mana merupakan perubatan alternatif sahaja. Insyaallah, aku akan tulis tentang kegunaan batu kristal ini dalam blog Kesidang Teguh Enterprise nanti.. tungguuuuuuuuuuu

Thursday, March 15, 2007

Hari Aku Marah - Edisi Janji Sawo Matang

Bismillah..
Pagi tadi, aku set appointment dengan seseorang. Tujuannya, aku nak sesuatu dari dia untuk aku bagi kat client aku di Alor Gajah. Memula nak gi tempat dia jam 10 pagi. Tapi dia kata dia ada hal. Set petang. OK, fine.. set kol 3 petang. Deal!
So, pagi tadi, aku buat appointment dengan orang lain, kat Umbai. Deng dong deng dong.. Deal!Tengahari balik office aku (rumah la tu), buat la kerja2 pentadbiran sikit. Lebih kurang jam 230, aku call mamat tu, confirm kan balik, jadi ke kol 3. Confirm! Jumpa kat Jasin. Kat 1 kedai makan. Deal!
Memandangkan rumah aku ngan town tu tak der la jauh sangat, makanya aku pun gerak la dalam kol 255ptg. Sampai town ngam2 kol 3.
3.15.............
3.25............ (aku SMS, 'tembak kalau dah sampai' - aku tak betah duduk ni, so aku pun gerak jalan2 la area town tu.... dah lama dah aku tak ronda2 jalan kaki kat town. Biasa park depan kedai tertentu.. beli brg..then cabut.)
3.30............
3.45............
4.00........... (jiwa aku dah kacau. call mamat tu...)
aku : mana?
dia : tunggu jap Zad, aku on the way. Sampai nanti aku call
4.15..............
4.30 (Si*L)
4.45............ (handphone aku berbunyi)
dia : mana?
aku : depan supermarket
dia : aku kat kedai ni
aku : OK
4.50 - 530 - Discussion
5.30 - aku start kereta, menuju ke Alor Gajah. Nak hantar barang yang kat mamat tadi untuk client aku
6.10 tiba di Alor Gajah
6.20 segala urusan di Alor Gajah selesai
.......................................................................

Aku ni, nak kata menepati masa sgt pun tak la. Aku ni jenis, kalau janji kol 3, maksud aku jam 3.00 lah. Kalau 3.15, maknanya dah lewat la tu. Tapi, ramai kawan-kawan kata aku ni punctual. Itu aku tak tau la! Orang yang kata.
Biasanya bila berjanji (katakan nak jumpa pukul 3), aku akan kata "aku akan sampai antara jam 2.50 hingga 3.15. Kalau kau sampai dulu, kau tunggu la kejap. Kalau aku sampai dulu, aku tunggu.. no hal".
Tapinya, mamat tu tadi sampai jam 4.45. Berapi aku tunggu tau!!. Tadi tu, nasib baik aku perlukan barang tu. Dah janji dengan client aku kat Alor Gajah nak bawa petang tu juga. Terpaksa la aku tunggu. Kalau ikut hati tadi, aku dah balik dah.
Eiiiiiiiiiiiii........ Sawo matang.. kenapa la janji kau ni macam haprak!
(Masa aku makan gaji dulu, office hour jam 8 pagi, aku sampai jam 7.15 pagi! - so, aku bukan la punctual, kan?)

Tuesday, March 13, 2007

Perasmian Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Melaka

Bismillah...
Hari ni, aku berada di Ayer Keroh kerana menghadiri majlis perasmian Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Melaka.
Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Tak banyak yang dapat aku coretkan di sini sebab aku datang pun dah lewat. Lepas tu dapat tempat duduk yang hujung-hujung. Lepas tu, tak dapat dengar dengan jelas sebab duduk jauh. So, tiada input pun. Sekadar dapat sebungkus cenderahati dari pihak penganjur. Tu je la. Kira dapat juga lah, kan?


Monday, March 12, 2007

Desktop Background

Bismillah

Sue-Purple tag aku. Kali ni pasal desktop background pulak. Dulu aku rajin ubah-ubah background & screensaver. Sekarang ni dah kurang dah. So, background aku tu pun yang biasa-biasa je. Tak der la canggih macam orang lain punya.

Resolution yang digunakan - 1024 x 768 pixel (taukan cam ne nak check? hehe) Jenis monitor - CRT Guna sejak - sejak dua menjak ni la.. hehe rasanya awal tahun ari tu aku tukar. Sebelum ni gambar Stonehenge kalau tak silap Cara nak dapatkan gambar background desktop - tekan button print screen>paste kat photoshop/powerpoint (ala.. senang je kan?)

Kenapa aku pilih gambar ni? (senang la pada sapa2 yang nak saiko aku)

Bagi aku gambar ni lembut. Sedap je mata memandang. Dengan rona warna biru dan setompok warna putih untuk bulan, gambar ni sempurna.

Aku suka colorfull, tapi aku lebih suka kalau penggunaan warna tu diatur dengan sebaik mungkin. Kalau tak nanti berserabut beb. Bulat biji mata nanti. Lagi satu, warna yang terang2 cam merah ke.. kuning ke, aku tak gemar sangat. Boleh guna, tapi dalam keadaan yang terhad. Tapi aku suka biru. Biru sgt lembut dan mendamaikan.

Ikon short cut aku tak banyak. Berserabut kat depan tu kalau letak semua. So aku pilih yang tertentu je. Kalau nak guna Microsoft, Adobe, Macromedia, aku akan bukak kat program file. Mungkin setengah orang kata kerja tu leceh. Tapi aku tak menyemakkan desktop aku.

OK.. siapa lagi nak kena buat ni? Angkat tangan.. alaa... korang rasa nak buat, korang buat la. Lepas tu inform aku. Boleh la kau gi tengok

Saturday, March 10, 2007

Kisah Kasut

Bismillah
Kak Red marah-marah pasal kasut yang dia beli kat Primavera tu dah rosak (sorry Kak Red, Primavera tu jenama kasut ke, jenama butik.. kekeke). Dia baru pakai 3 kali tapi tapak kasutnya dah tercabut. Kesian, kan? Kalau aku pun marah. Beli mahal-mahal, tapi cepat rosak. Tak puas nak pakai. So, untuk menyokong Kak Red, aku buat entry ni. Sokong untuk marah Primavera la. Tapi, aku tak nak cerita pasal kasut Kak Red tu, aku nak cerita pasal kasut lelaki.
Semasa seminar WDC Rangkaian Usahawan Muslimin baru-baru ni, Dr Azimuth bagitau bahawa beberapa produk terbaru akan masuk ke dalam pasaran. Antaranya adalah kasut. (sebagai promosi, selain kasut ada minyak wangi, produk gamat dan barangan penjagaan muka juga akan dikeluarkan). Kasut yang akan dikeluarkan adalah kasut wanita sahaja. Tiada kasut lelaki. Bila ditanya kenapa, Doc jawab...
Macam mana nak jual? Kasut yang I pakai ni pun dah 5 tahun dah, tak rosak-rosak pun lagi. So, kalau kita bawak masuk 1 kontena, entah bila nak sold out. Orang lelaki ni kasut dia paling banyak pun 2 pasang aje.. kakakaka...
Menarik? mesti la, sebab kasut lelaki lebih mantap.. hehehe.. Untuk aku, sepasang kasut akan mengambil masa 4-5 tahun untuk dilontarkan ke pusat pelupusan sampah. Biasanya, aku tak hantar kedai repair kalau mengalami masalah tapak rosak. Kalau rasa boleh pakai, aku pakai je. Kasut terkini aku, apa ntah brandnya, dulu sekali tapaknya tercabut (kasut murah la ni). So, aku gi workshop tempat aku bekerja dulu, ambik super glue. Setengah botol aku tuangkan kat tapak kasut tu. Sehingga hari ni, tak tercabut pun lagi tapaknya. Dan aku masih lagi menggunakannya hingga kini.... hehe..

Wednesday, March 07, 2007

Bangun Tidur

Bismillah..
Tadi baca blog suratan atau kebetulan (tehbunga). Menceritakan kaedah bangun tidur dengan menepuk bantal. Misalnya nak bangun pukul 6, maka, pukul la bantal tu sebanyak 6 kali. Kalau nak bangun pukul 12, pukul la bantal tu 12 kali.
Haa.. korang percaya tak kaedah ni?
Aku percaya. Sebab aku sendiri amalkan.
Seingat aku lah, aku amalkan perbuatan ni selepas mendengar ceramah motivasi. Lama dah. Masa zaman sekolah lagi. Makanya, aku amalkan tepuk bantal ni sejak kat kolej lagi. Kata motivator tu, bila nak bangun jam sekian-sekian, kita perlu setkan dalam minda kita. Ianya berkaitan dengan minda separuh sedar yang ada dalam otak kita. Perbuatan memukul bantal itu hanyalah pendorong bagi merangsang minda separuh sedar supaya kita bangun tepat pada masanya. Macam kita nak yakin kan diri kita, kita akan genggam tangan, kemudian menggerakkannya depan-belakang.. kan? Itu cara kita merangsang diri kita supaya yakin pada diri sendiri. Ha... macam tu la lebih kurang konsepnya. Ceramah motivasi tu dah lama. Tapi cara tu tetap aku amalkan sehingga sekarang. Tapi bukan la selalu. Cuba la amalkan. Tapi yang paling penting adalah setkan masa nak bangun tu dalam minda. Kau tepuk bantal aje, tak niat apa2, tak do laaa... terlajak la subuh korang u nanti.. hehehe

Tuesday, March 06, 2007

Hari Ini

Bismillah...
OK, lepas bengongz dua-tiga hari, aku rasa, hari ni aku dapat semangat baru. hehe.. poyo je
Aku nak cerita peristiwa semalam
Semalam, aku kembali memegang cangkul. hehe.. Aku mula bercucuk tanam semula. Semalam aku tanam cili dan bendi. Bukan aku tak pernah bercucuk tanam. Tapi, pokok yang aku tanam dulu dah mati akibat hujan berterusan yang hampir menyebabkan banjir pada bulan 12 dulu. Dulu ada terung, cili, bendi, kangkung tapi semua tu dah mati. So kena la start dari tanam benih balik. Nasib baik pokok misai kucing aku tak mati.

Haa.. ni la untung duduk kampung kan? Boleh bercucuk tanam, boleh bela ayam. Lepas bercucuk tanam, aku bagi ayam-ayam aku makan lak. hehehehe..



Tau tak ni apa? Ni la busut kat belakang rumah kita orang. Aku tengok busut ni makin lama makin besar. Rasa-rasa boleh tak kita buang busut ni?
Teringat lagi, masa aku tahun 5, aku kena batu karang. Masa memula kena tu, tak gi hospital, ingat kan ape hal la kan, makanya nenek aku bawak la gi jumpa sorang nenek ni. Dia ni pandai ubat orang sakit guna kaedah tradisional la. Kira cam dukun la gitu. So nenek ni pun jampi serapah la. Sapu air sirih kat seluruh badan aku. Lepas tu dia cakap, ni kalau tak kencing kat busut, mesti kencing kat air yang berarus. Last-last, masih sakit juga, terus gi hopital. Doktor kata kena batu karang. Tapi masih peringkat awal la. Btu lom besar lagi, so tak yah bedah. Makan ubat je. Pas tu semuanya normal balik. Setahun lepas tu, benda tu kena potong la... hahaha...
Korang pernah dengar apa-apa cerita pasal busut ni? Boleh kongsi? hehe Bukan kongsi fat cai.
Next? Tak der dah.. tu je la nak cerita pun.

Monday, March 05, 2007

Hari Yang Banyak Idea Tapi Hilang Entah Ke Mana

Bismillah...
kekekeke... korang jangan la marah aku. Sebenarnya, aku masih blur ni. Tak tau la apasal. Tapi sejak 2 menjak ni, aku letih sesangat.
(Ini juga 1 entry kan??)

Friday, March 02, 2007

Hari Yang Letih

Bismillah..
Hari ni, aku tak keluar buat sales pun. Badan letih la. Siang tadi bukak PC sepanjang hari. Ngadap dari pagi hingga la ni. Nak tulis blog, tapi tak tau nak tulis apa. Pusing-pusing lawat blog orang, masih tak mampu mengundang idea. Banyak cerita nak tulis sebenarnya.
Macam mana tu? Ada banyak cerita, tapi tak ada idea nak tulis. Maknanya, aku tak der idea nak start dari mana la. Kepala ada-ala blur gitu.Setakat ni tak der apa-apa masalah. Cumanya mungkin banyak sangat dok fikir buat sales. Lepas tu dok fikir yang bulan ni aku tak capai sasaran seperti mana yang dah aku tetapkan. Tu yang buat lemah badan kot.. hehehehe..
OK.. stop cerita pasal business dulu. Cari topik lain la. Tapi topik apa ye??
Sehingga kini, aku masih blur............. :)
Sudahnya, takat ni sahaja la ye.. hehe..